Tuesday, August 09, 2011

Sayang Abah Ketat-Ketat !

salam semua ..entry kali ni dela nak update pasal ALLAHyarham Abah dela . kita refer dia dengan beliau ok . buat pengetahuan semua, beliau sudah kembali ke rahmatullah pada tanggal 19Jan 2007 yang lalu ..walaupun sudah 4tahun berlalu , dela n siblings always long for him :)

awal tahun 2007, dela baru je masuk Uitm, kos sains komputer . lebih kurang 2minggu cmtu la, dapat panggilan mengatakan yg beliau sudah tenat . beliau mula sakit sejak sebelum Ramadhan tahun sebelumnya, kalau dela tak salah . bila dengar beliau tenat, dela rasa sedih sangat2 n nak cepat2 balik . masa tu kalau ikutkan stat cuti pertengahan sem hari Jumaat, 19hb, tapi auntie dela nasihatkan balik awal, dia suruh dela balik hari Rabu 17hb, takut tidak sempat jumpa beliau . then dela beli tiket balik Rabu.

then, bergilir2 jaga beliau di hospital . memula kakak gn Umi, then dela gn Umi . dela jaga hari Khamis mlm Jumaat .. dela n family tak dapat nak cakap2 gn beliau, sebab beliau dalam koma . dela sedih tak dapat nak cakap2 gn beliau . pastu malam tu malam Jumaat, dela n Umi baca surah Yaasin utk beliau . keesokan harinya, keadaan beliau masih tidak berubah . kira2 pukul 9.25 pagi hari Jumaat, 19Januari tahun 2007, beliau menghembuskan nafas terakhir . dela rasa nak meraung , tapi tahan lagi . air mata bercucuran, tak mampu nak bendung dah . dela sedih sangat coz tak dapat nak mintak ampun ngan beliau sebelum beliau pergi ..then, dela start call family & relatives, bagitau pasal berita pemergian beliau ..

kenapa dela tetiba tulis entry pasal beliau ? sebab, hari ni, 9Ogos ialah tarikh beliau dilahirkan . Selamat Hari Lahir, Abah ! Ila Sayang Abah Sangat-sangat . Ila Rindu Abah Ketat-ketat ..

dela teringat masa dela still duk sekolah asrama dulu, hari tu 9Ogos, dan dela niat nak wish birthday kat beliau . then, pegi kat telefon awam kt ground floor, n terus call . berikut ialah perbualan kami:

dela: assalamualaikum abah..
abah : waalaikummussalam..
dela: abah duk wat gapo ? (abah tengah buat apa)
abah: tak dok wat gapo, bakpo? (takda buat apa, kenapa)
dela: dok eh, ila nok wish selamat hari lahir ko abah ! hehe (takdalah, ila nak wish selamat hari lahir kat abah)
abah: ohhh...timo kasih-timo kasih (ohhh, terima kasih, terima kasih)
dela: xpo deh, tu jah nok oyak . (takpelah, itu je nak bgtau)
abah: ho..(ya)

pastu dela bagi salam, beliau jawab salam, then letak telefon . sampai hari ni dela ingat conversation ktorang, coz rasanya itulah pertama kali dela wish besday kat ayah sendiri . sebelum ni tak ambik pusing pun . teruk bebenor mung nih ..hehe dulu, rasanya dela tak ingat pun bila birthday abah . tapi sejak dah dewasa sket, mula ingat dan akan selalu ingat ..miss u abah ! <3

semoga Abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman di alam sana . aminnn



Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...