salam semua . sekarang dela nak update kisah berpuasa pada hari ini, iaitu hari ke24 . Ramadhan beransur2 meninggalkan kita, sebelum ia pergi sepenuhnya, marilah kita meningkatkan amal ibadah kita . kalau dah malas sangat pun, berzikirlah memuji Pencipta kita .
hari ni, takda aktiviti jugak . sama macam semalam, dela isi dengan aktiviti mengaji . cuma yang lain nya, hari ni adik tak pergi sekolah . malas katanya . cikgu jarang masuk . hari ahad sorang je cikgu yang masuk . ok apa2 je lah . tapi adik ada pun, takda buat aktiviti jugak . sebab dua2 asyik berhibernasi . haha
jom kita layan menu iftar plak . arini berbuka dengan nasi goreng . dah lama tak makan nasi goreng sejak bulan puasa ni . emm baru sekali rasanya time sahur . walaupun nasi goreng, tetap membuka selera . lebih2 lagi ada ayam goreng (haha) dan keropok kering . sedap amat . pastu siap2 nak p terawih .
masa kat surau, ktorang dapat tahu jiran belakang rumah kami meninggal dunia Asar petang tadi . Innalillahiwainnahiroji'unn ..tak sangka Allahyarhamah pergi tiba2, coz rasanya baru petang semalam dia berjual nasi berlauk dekat dengan area rumah dela di Jalan Bayam, Kota Bharu . nasi berlauk dan kueh mueh Allahyarhamah digemari ramai . Orang selalu singgah beli .
pastu pas habis terawih, dela n Umi plan nak p melawat jenazah Allahyarhamah . ktorang pergi sekali gn mak sedara dela sorang lg . sampai sana, dah ramai orang yang memenuhi area rumahnya . dela, Umi, n mak sedara masuk jenguk Allahyarhamah dan menghadiahkan surah Yaasin kepadanya . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah . Aminn
done update for today .
No comments:
Post a Comment