Friday, May 21, 2010

maksud, sejarah pengharaman, kesan buruk, hukuman kepada peminum, hikmah larangan ARAK- MARI BACA!

salam readers n followers yg dela kasihi sekalian. hari ni lepas sehari tak berposting, dela nak kongsi beberapa info tentang arak, sejenis minuman yg memabukkan. kalau kita lihat sejak akhir2 ini, ramai org Melayu (and for sure, Muslim) yg sambil lewa teguk minuman terkutuk tu. em, kenapalah nak minum benda haram tu. bukan sahaja dapat dosa, malah memudaratkan kesihatan dan boleh menggangu gugat keharmonian antara manusia.

ok2 panjang pula muqaddimah dela. hehe. kita ikuti beberapa info tentang arak ni. baca tau, jangan tak baca. lepas baca, bolehlah buat amal dengan menyebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja, mudah-mudahan memperoleh keberkatan dan pahala dari-NYA. insya ALLAH.

HURAIAN RINGKAS
Islam adalah agama yang suci dan tinggi yg meletakkan manusia pd darjat yg mulia. Islam membawa perubahan dgn mengharamkan arak serta menghukum mereka yg terlibat secara langsung atau tidak dlm penghasilan arak. Golongan yg terlibat dgn arak adalah berdosa krn arak boleh memudaratkan akal manusia meskipun ada sedikit kebaikannya.

MAKSUD ARAK DAN SEJARAH PENGHARAMANNYA
Dalam Al-Quran, arak disebut sbg 'khamrun' berasal dari 'khamara' yg bermaksud menutupi. dr segi bahasa, arak ni bermaksud menutupi. maksud menutupi di sini ialah org yg minum arak biasanya akan mabuk, hilang akal fikiran, tertutup drp jalan kebenaran, dan lupa diri serta lupa ALLAH SWT. Manakala dr segi istilah pula, arak bermaksud, setiap minuman yg memabukkan hasil drp perahan anggur dan lain-lain.

Sejarah pengharaman arak ada 3 peringkat. Peringkat pertama ialah ketika ALLAH SWT menurunkan ayat ke-219 surah Al-Baqarah yg menerangkan tntg keburukan arak meskipun di sebalik keburukan itu terselit sedikit kebaikan, tetapi syarak menolaknya krn dosa dan kemudharatan yg besar hasil drp arak iaitu kemudharatan kpd individu, keluarga, dan masyarakat.
Peringkat kedua pula ketika turunnya ayat 43 surah An-Nisaa' yg mengharamkan arak hanya ketika hendak solat.
Peringkat ketiga pula ialah ketika turunnya ayat terakhir iaitu ayat 90-91 surah Al-Maidah tntg pengharaman arak secara menyeluruh.

ANTARA KESAN BURUK ARAK KEPADA MANUSIA
1. tak akan dapat merasa minuman arak yg dihalalkan oleh ALLAH SWT di dalam syurga.
2. memberi kesan kepada emosi spt kemurungan, bengis, percakapan bercelaru dan hilang kawalan pergerakan.
3. menghidap pelbagai penyakit berbahaya spt kerosakan hati, limpa, otak, kekurangan vitamin dan zat makanan.

GOLONGAN YANG TERLIBAT DENGAN ARAK BERDASARKAN HADIS
ada 10 golongan yg terlibat dengan arak ni:
1. pemerah arak
- orang yg bekerja utk menjadikannya sebagai minuman
2. meminta diperahkan arak untuknya
- pemilik kilang arak utk tujuan pasaran
3. peminum arak
- orang yg meminum arak sama ada mabuk atau tidak
4. pembawa arak
- orang yg menghidangkan arak atau yg membekalkan arak ke tempat2 tertentu
5. meminta dibawa arak kepadanya
- orang yg memesan arak utk diminum
6. memberi minum arak kepada orang lain
- orang2 yg menjadikan arak sebagai minuman kepada orang lain
7. penjual arak
- orang yg menjual arak sbg pekerjaan atau punca pendapatannya
8. orang yg mendapat hasil drp arak walaupun sedikit
9. orang yg membeli arak sama ada utk dirinya atau orang lain
10.orang yg meminta dibelikan arak untuknya

nauzubillah.

CARA ULAMA MENGISTINBADKAN HUKUM
ulama mengistinbadkan hukum pengharaman arak melalui kalimah 'la'ana' dlm ayat 'la'ana Rasulullahi sollallahu'alaihiwasallama fil khamri 'asyrotan' yg bermaksud Rasulullah SAW melaknat sepuluh golongan yg terlibat dgn arak. setiap perkara yg dilaknat oleh Rasulullah SAW adalah perkara yg diharamkan oleh ALLAH SWT. oleh itu, hukum arak adalah haram.

SEBAB HUKUM PENGHARAMAN ARAK BERDASARKAN HADIS
1. jumhur ulama berpendapat sebab pengharaman arak adalah memabukkan sama ada ia diminum ketika sedikit atau banyak. wajib dikenakan hukuman terhadap peminumnya, krn dia sudah biasa minum arak dan tak mabuk ketika dia minum sedikit sahaja.
2. arak juga tak terbatas kpd hasil tertentu sahaja spt anggur, beras, gandum, dan lain-lain, tetapi apa sahaja yg memabukkan adalah termasuk dlm kategori arak walaupun dinamakan dgn berbagai nama.

HUKUMAN KEPADA PEMINUM ARAK DAN CARA MENSABITKANNYA
orang Islam yg disabitkan kesalahan minum arak dikenakan hukuman sebat sebanyak 40 kali sebatan
cara mensabitkan hukum ialah dgn penyaksian dua orang lelaki Islam yang adil dan pengakuan peminum arak itu sendiri.

SEBAB-SEBAB GOLONGAN YG TERLIBAT DGN ARAK TURUT BERDOSA
drp 10 golongan, 4 golongan yg dikira terlibat secara langsung dgn arak ialah:
1. orang yg bekerja di kilang arak
2. pemilik syarikat arak
3. orang yg bekerja di kedai mejual arak
4. orang yg membawa atau menjual serta memasarkan arak ke tempat-tempat tertentu

golongan2 ni dikira berdosa kerana terlibat secara langsung dgn arak dan akan memberi kesan yg buruk kpd individu, masyarakat dan negara.

HIKMAH LARANGAN ARAK BERDASARKAN HADIS
1. mendatangkan keburukan kpd jasmani, rohani dan emosi
2. pembaziran wang yg boleh digunakan kpd jalan yg berfaedah
3. punca pelbagai jenis penyakit antaranya jantung, buah pinggang, darah tinggi dan lain-lain
4. kunci kepada maksiat dan penyakit sosial
5. membawa kemusnahan hidup dan perpecahan kpd institusi keluarga, masyarakt, dan negara.


jadi, itulah sedikit sebanyak maklumat tntg arak, sejarah pengharaman arak, hukuman bg peminumnya, dan lain-lain. dela harap info ini dapat memberi munafaat kpd readers dan followers sekalian.
salam.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...