salam para pembaca sekalian . hari ni sudah pun hari Jumaat, dan dela di sini tak keje, cuti . eh bila masa plak dela keje . hahahaha . dela cuti semester laaa . hehe . ok arini rasa nak berkongsi pasal buah KURMA . ya, buah kurma . semua tahu kan ? ke ada yang tak tahu ? eiii mana boleh tak tahu kan ..buah ni amat popular pada bulan Ramadhan . memakan nya semasa nak berbuka puasa menjadi anjuran Junjungan Besar kita . sunnah Baginda .
tapi kita ramai taknak buat . nak minum air manis dulu . apa salahnya amal sunnah Nabi, makan kurma dulu . ye tak ? dapat jugak pahala . satu lagi, Nabi SAW bukan sahaja makan kurma time berbuka, kurma juga merupakan menu sahur Baginda selain daripada air . KURMA dan AIR . tapi kita ? makan nasi kenyang 3hari . betul dak betul dak ? termasukla penulis blog ini . yang membezakan sahur kita dan sahur Nabi dan para ulamak ialah menu itu sendiri , KURMA dan AIR . ok now jom kita lihat pelbagai jenis kurma seperti di bawah . ada 10 semuanya . tapi yang sebenarnya ada banyakkk lagi jenis kurma di dunia :)
1. Kurma Nabi/ Ajwa – Kurma ini hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma payorit Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan citarasanya hampir mirip seperti kismis.
2. Kurma Sekki – Kurma ini memepunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwana coklat-kecoklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.
3. Kurma Barhi – Kurma yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.
4. Kurma Kholas – Kurma berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi. Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya juga di kadar yang sedang.
5. Kurma Khidri – Kurma berwarna merah maron gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.
6. Kurma Mactoumi – Kurma berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak permukaan agak keriput dan kenyal tetapi rasanya manis.
7. Kurma Sokari – Kurma berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.
8. Kurma Siraj – Kurma berwarna kecoklatan kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa manis sedang.
9. Kurma Majol – Kurma berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.
10. Kurma Monief – Kurma berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.
perkongsian dari blog ini
stay tuned :)
2 comments:
thanks info.=)
same2 cik merahitujambu hehehehhe
Post a Comment