Tuesday, June 29, 2010

gabungan majlis guru besar malaysia ( GMGBM ) sokong UPSR dihapus

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zakarshi.

Beliau berkata GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali sahaja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.

"Kalau UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) ini sijilnya tiada nilai selepas daripada itu. Sebab itu GMGBM setuju UPSR diganti dengan penilaian sekolah atau 'school based assessment'," katanya pada sidang media selepas menyampaikan diploma dan sijil pada konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras YPC-ITWEB kali ke-6 di Kuala Lumpur hari ini.

Puad berkata kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan SPM sahaja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

"Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor...jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

- Bernama

sumber : malaysiakini
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, June 27, 2010

'ragging' perbuatan zaman jahiliah

salam semua. hari ini dela ingin berkongsi tentang satu isu yg melanda bebudak sekolah terutama yg tinggal di asrama, iaitu buli a.k.a ragging. dulu masa dela kt sekolah takde la plak dengar bebudak kene ragging teruk2 sampai membawa maut. cuma, senior ragging junior time minggu suai kenal. tu pun bukan ragging sangat,just sesi kenal mengenal je. itu sahaja. tapi perbuatan ragging atau buli ini tidak baik dan boleh memudaratkan sebenarnya. dan ia tidak berlaku di asrama sekolah2 sahaja. kat kem tentera pun ada jugak ye. spt yg kita tahu dulu kuar kat berita budak sekolah asrama maut sebab kene ragging gn bebudak lain. pastu ade lg. yg dela terlepas pandang pun ada. yg terbaru, kejadian buli di sekolah tentera di mana Allahyarham Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 dikatakan maut kerana dikaitkan dengan kejadian dera dan buli. kita ikuti berita dr berita harian online ini:

Zahid anggap 'ragging' perbuatan jahiliah

2010/06/26
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dikaitkan dengan kejadian dera dan buli adalah satu tindakan jahiliah.

Katanya, kejadian ‘ragging’ pelajar junior tidak seharusnya berlaku di mana-mana sekolah, khususnya di sekolah tentera dan pelakunya mesti dikenakan hukuman berat.

“Kementerian memandang serius perbuatan zaman jahiliah ini. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar terbabit selepas siasatan siap sepenuhnya dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah tentera selain mengikut undang-undang sivil.

“Berulang kali saya tegaskan supaya jangan jadikan buli sebagai satu budaya kerana ia adalah perkara yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh di sini, semalam.

Zahid turut menafikan dakwaan pihaknya lambat bertindak dalam menangani kejadian itu, sebaliknya beliau berkata kementerian menubuhkan lembaga siasatan sejurus dimaklumkan mengenainya.

“Kejadian itu berlaku tengah malam semalam (kelmarin) dan kita menjalankan siasatan serta mengambil tindakan secepat mungkin termasuk menghulurkan bantuan penerbangan ehsan membawa jenazah pulang ke kampung halamannya,” katanya.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Muhammad Naim pengsan selepas dikatakan dibuli oleh sekumpulan lima pelajar senior di bilik asramanya dan meninggal dunia sebaik tiba di Pusat Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) Kem Perdana Sungai Besi sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.
Jenazah Allahyarham kemudian diterbangkan ke kampungnya di Baling, Kedah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siong.

salam.

p/s: dela pernah kene buli mase form1! hehehe
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, June 26, 2010

another award this month!

salam. petang2 sbl maghrib ni sempat lg dela berposting..hehehee. ok2 nak cerita pasal award neh. award yg dela dapat ni nama die "the bestest award until everever, the bestest blog greatest award blog". hehehhe panjang nye nama award! banyak betul penghargaan yg ingin diberikan.dela dapat award ni drp ain najwa, my blogger fren a.k.a my ex-junior. ni awardnye;

ok, macam biasa ( macam tak biasa ) ade tag2 yg perlu dijawab ye :)

1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni
terima kaseh banyak2 ye ain, sbb kasi award ni pd kak dela..hehehehhe jasamu dikenang

2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..
matdin
ubi
fit
lily
aleesya
yana
dan siapa2 yg nak, tinggalkan link dan amek lah ek!

3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni
matdin
ubi
fit
lily
aleesya
yana
ambiklah award ikhlas dr dela neh! :)


4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great
huhu dela pun tahu cmane blog ini boleh digelar mcm tu. ok mcm ni, kalau ade yg kata blog dela bagus, angkat tangan! hehehe..blog dela ni biasa2 sahaja, dela banyak kongsi info n artikel berbanding personal issues..hope readers n followers sekalian enjoy baca blog dela yg tak sepertinya ini..ok?


salam blogging!

p/s: harap terus follow blog
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, June 24, 2010

punca isteri terjebak maksiat patut dikaji

salam semua. ada satu artikel yg dela ingin kongsi bersama. artikel ini dela tak tujukan kepada siapa2, just utk pedoman dan panduan kita semua.

APABILA tersiar kisah isteri ditangkap khalwat oleh suami serta isteri menjalinkan hubungan sulit dengan remaja lelaki, ia bukan saja memalukan kaum hawa tetapi juga umat Islam seluruhnya.

Ketika kajian mengenai gejala sosial di kalangan remaja dijalankan pakar akademik dan pelajar di institusi pengajian tinggi, ‘ibu’ remaja pula turut sama terjebak ke kancah kehidupan gelap. Oleh itu, wajar juga dilakukan kajian punca isteri menghampiri zina sedangkan boleh berkasih sayang dengan suami masing-masing, malah mendapat keberkatan Allah SWT.

Ramai isteri yang tidak kasihkan suami. Ada juga berkahwin tanpa rasa cinta dan rasa hormat yang tinggi terhadap suami. Benar, ada yang baru mengenali hati budi suami dan keluarganya hanya selepas majlis akad, sebab itulah banyak masalah dikatakan timbul selepasnya.

Tetapi kepada Muslimah yang arif ajaran agama, mereka akan berusaha sedaya upaya membina persefahaman dan keharmonian dalam rumah tangga, malah menjadi benteng untuk menghalang anasir jahat yang mengganggu ketenteraman istana cinta mereka.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, June 23, 2010

nice blogger award

salam semua. malam ni dela nak coret tentang award yg dela dapat di mana award ini award ke8 kot. rasenye lah. hehehe. award ini dtgnye drp ain si budak baik. hehehehh jom tgk awrd tuh; cantik tak?

lepas dapat award, mcm besa kene jawab tag :)

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?
em, skang ni? semua ade. ini itu ini itu :)

2. Apakah nama samaran anda ?
bola. tp jangn pgl dela gn nama tu kat sini hehe :P

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
tiga je? tak cukup neh :)

4. Panggilan untuk si dia ?
heehehheehehe ( sengih memanjang )

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?
em ape ek. kejujuran dan kasih syg yg tiada batasnya. wah..:P

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
blog yg informative, tak banyak iklan n animation sgt, yg takde lagu

7.Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
mijie
mizah
ain
ika
semakness
aideal fitri
kaizer
shamimah
ninie
ubi
fit
ady
aril lanang
ron
wawa


yg dapat tu nti wat entry pasal ni tau. kepada fit, ambiklah award neh, ikhlas dr dela :)

salam blogging dr dela.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

ujian khas masuk sekolah asrama penuh

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mewujudkan ujian khas menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai kelayakan untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bagaimanapun berkata, ujian khas itu tidak akan diwajibkan, sebaliknya terbuka kepada pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh.

“Sebelum ini pun ada pelajar cemerlang mendapat 5A dalam UPSR, tetapi tidak mahu memohon asrama penuh dan mahu kekal di sekolah harian, jadi mungkin kita tidak mewajibkannya, sebaliknya terbuka untuk pelajar berminat,” katanya pada sidang media selepas menerima lawatan kira-kira 49 anak yatim dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini, semalam.

Dr Mohd Puad berkata, ujian khas itu juga akan diselaraskan Kementerian Pelajaran sendiri dan bukan pihak sekolah berasrama penuh.

Di BANGI, Pengambilan pelajar lepasan sekolah rendah dan sekolah menengah ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak akan terjejas jika kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata MRSM mempunyai kaedah sendiri dalam membuat penilaian bagi pengambilan pelajar ke maktab berkenaan dan bukannya berdasarkan kepada keputusan UPSR atau PMR sepenuhnya.

“Saya ingat itu tak jadi masalah dan jika Kementerian Pelajaran memutuskan untuk memansuhkan UPSR dan PMR, kita akan guna pakai kaedah penilaian sedia ada dalam MRSM untuk dasar pengambilan pelajar,” katanya.

sumber dr berita harian online
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, June 21, 2010

award datang lagi!

salam semua. bosan betul malam ini. dela ni tiap2 malam boring. huii..boring la, kat facebook xde org, kat sini pun. dela pun on9 ym n masuk chat room putrajaya. em, happy dapat jumpe (jumpe ke) hehe, boleh chatting n sembang2 gn chatterz dlm chat room tersebut.( dedicated to baba, mama, ika, en kogi, cikgu (baldazor2000) n lain2) lepas la gak boring.

oh ya, ada satu bnda dela nak kene buat! selesaikan utang award! hehehehe..ok ni awardnye;

award ni dtgnye dr cik mary. tenkiu ye cik mary coz bagi dela award neh!

seperti biasa, ade tag2 yg kene jawab:

1. Adakah anda rasa happy sekarang?
- iye, maybe happy maybe tak (erkk)

2. Kenapa anda rasa happy?
- of course sebab dapat award neh!

3. Apakah yang boleh membuatkan anda happy?
- salah satunya ialah bila dela dpt gift yg ikhlas drp si pemberi

4. Pernah anda menerima tag.
- pernah

5. Nyatakan warna yang anda suka.
- pink n ijau

6. Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
- affan
- mijie
- tornado
- yana
- ikapukpuk
- najah
- kaze


huhu, xcukup lah plak. sape2 yg nak, ameklah! tapi, tinggalkan link ye! (jgn mencuri tak baik berdosa)


ha, siap dah. hhuhuuu

salam blogging dr dela :)
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, June 20, 2010

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

salam semua. mari baca artikel menarik! dela kongsikan khas utk tatapan semua :)

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

isteri berleter 6 hari setahun

LONDON: Satu kajian terbaru mendapati isteri tidak merasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.

Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum dan kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun.

Satu kajian membabitkan lebih 3,000 orang dijalankan kumpulan kempen kesihatan Everyman merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita mengenai pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah.

Aduan lain termasuk tidak membantu membersihkan pinggan mangkuk, terlalu banyak minum dan tidak mendapatkan rawatan doktor.

Majoriti wanita tidak berasa malu suka berleter dengan 87 peratus mengakui sukar untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu.

Manakala lelaki berkata, mereka tidak mengakui perkara itu dengan 83 peratus merasakan mereka sentiasa betul.

Walaupun berleter adalah satu perkara yang tidak disukai dalam satu perhubungan, strategi berkenaan kadang kala dilihat lebih efektif berdasarkan kepada kajian. – Agensi


sumber dr berita harian online
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

selamat hari bapa, abah!

salam semua. hari ini 20 jun, hari bapa disambut di Malaysia. kat negara lain tu hari lain lah. hehe di negara kita, hari bapa ini disambut pada hari ahad ketiga bulan jun setiap tahun.jadi, apa persiapan korang sempena sambutan hari bapa ini? adakah dibelikan hadiah berupa jam tangan, baju, souvenir istimewa sempena hari bapa or sebagainya. walau apa pun hadiah yg diberikan, ia tidaklah setulus n seikhlas kasih sayang kita pada bapa kita kan?

sambutan utk ibu atau bapa ini sebenarnya bagus dianjurkan kerana ia akan lebih mengingatkan kita akan pengorbanan, kasih sayang dan cinta terhadap ibu bapa kita. idea sambutan utk ibu bapa ini sebenarnya dtg dr orang putih yg menetapkan tarikh2 tertentu utk mengingati ibu n bapa. padahal kita dianjurkan supaya sentiasa menyayangi parents kita. jangan sayang ibu bapa kita secara bermusim. menyayangi ibu bapa adalah salah satu drp tanggungjawab kita sebagai anak. iya lah, kalau tiada mereka, tiadalah kita.

buat pengetahuan semua, Abah dela telah kembali ke rahmatullah pada awal 2007. masa tu dela baru berada dlm semester pertama di uitm terengganu. walaupun amat berasa kehilangannya, tetapi semangat dr ahli keluarga, sanak saudara, dan rakan2 telah membantu dela utk bangkit dan mengharungi kehidupan di universiti. terima kaseh semua!

Ya ALLAH! kau tempatkanlah abahku dlm kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. cucurilah rahmat ke atasnya selalu. Amin.

p/s: al-Fatihah utk Allahyarham Abah

i love you abah

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, June 19, 2010

tekanan hilang jika tidak merokok

salam semua. hoho semangat berposting masih ada walaupun jam suda menunjukkan pkul 2.27 pagi. kali ni dela nak berkongsi tentang rokok. ye rokok. yang ramai duk hisap sampai tak ingat dunia tu. hehe. ramai yg menganggap merokok dapat menghilangkan tekanan. actually, tekanan tu akan hilang jika anda tidak merokok! mari ikuti artikel tentang rokok yg dela petik dr berita harian online. yep!

NEW YORK: Perokok sering berkata mereka memerlukan sebatang rokok untuk menenangkan kegelisahan namun kajian di Britain mendapati paras tekanan kronik mungkin turun selepas seseorang itu meninggalkan tabiat terbabit.

Kajian ke atas 469 perokok yang cuba berhenti selepas dimasukkan ke hospital kerana penyakit jantung mendapati mereka yang menjauhkan diri daripada rokok untuk setahun melaporkan pengurangan dalam paras tekanan yang dihadapi.

Tahap tekanan pada awalnya tidak berubah di kalangan pesakit jantung yang merokok, menurut penyelidik ‘Barts’ dan Sekolah Perubatan dan Pergigian London.

Kajian itu yang dilaporkan dalam jurnal Addiction (http://www3.interscience.wiley.com/journal/123497661/abstract), menyokong teori sekurang-kurangnya untuk sesetengah orang merokok sebenarnya lebih menyumbang kepada tekanan kronik. – Reuters



gambar menunjukkan kandungan bahan kimia dalam setiap batang rokok. nak isap lagi?


katakan taknak pada rokok!


dela harap yg hisap rokok tu berhentilah. banyak cara yg boleh dipraktikkan utk berhenti hisap rokok. cakap memang senang, huhu, inisiatif kene ada. ingatlah orang yg tersayang. bukan memandu di jalan raya je kene ingat pesanan ni. smokers pun kene bear in mind gak. okeh!

salam blogging dr dela.

p/s: serbia 1 0 jerman || slovenia 2 2 US
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, June 18, 2010

special entry for my dear sista

salam semua. malam ini boring betul kan? sama mcm mlm2 sebelumnya. ye la. boring bg orang yg tak tengok bola. malam ini US lwn Slovenia kan? huhu. nanti gtau tau sapa menang ( wat2 concern).

ha, actually entry dela ni sebenarnya nak story tentang kakak dela, zara. dia ialah seorang kakak yg baik, n banyak tlg dela. apela dela ni, nama pon adik -beradik. ye tak. haha betul lah tu.

petang td, bila dela cek2 masuk blog die, dela tengok die ade wat special entry pasal kejayaan dela mendapat tempat di IPTA bagi menyambung ijazah sarjana muda dela. kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ke sini. hehe, thanx my dear c's for ur congratulations wish!

bagi siapa2 yang nak kenal zara lebih lanjut, bolehlah ke blog dia. get to know each others well! dan juga merapatkan silaturrahim sesama bloggers. ye tak, ye tak? tak kira, ye jugak!!

hehehe, salam blogging dr dela. to c's, happy blogging to u :)
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

siapa nak award, datang amek!

salam semua. entry petang hari ini dela nak kasi award lah. first award dela dapat dulu, dela tak tag sapa2 pun coz mase tu tak ramai followers lagi. hik3. ok ni dia awardnye ye;

ok ni senarai bloggers bertuah yg kene tag gn dela:
zara
jom datang blog zara!
matdin
miss mary

dan sapa2 yang nak amek je :)

ok ni pulak tag2 yg korang kene jawab sbl amek:

1) make a post thanking the person who gave you the award and link the person

2) list all you know about her (haha)

3) list 10 awesome things about yourself ( once again, haha)



ok done. have fun :)

salam jumaat, all!
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

tahniah!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


eh kenapa dela ni. ucap tahniah kat sapa ney? hehehe, dela just ucap tahniah buat siapa2 yg berjaya. tak kira la yang dah kahwin ke, dah tunang ke, dapat sambung belajar ke, dapat baby ke. tahniah kepada semua especially yang mengenali diri ini.

tahniah kat sepupu dela yg dah kahwin dan sepupu dela yang dah dapat baby!

hehe.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

pengedar dadah kini guna bom

Oleh ANGELINA SINYANG
jenayah@utusan.com.my

KAJANG 17 Jun - Sindiket pengedaran dadah kini semakin berani apabila bukan sahaja menggunakan senjata api bahkan bom tangan untuk melindungi kegiatan jenayah mereka.

Dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Koperasi Cuepacs, semalam, polis bukan sahaja merampas dadah, malah tiga butir bom buatan sendiri.

Dalam serbuan pukul 5.30 petang itu, empat anggota sindiket pengedaran dadah termasuk sepasang kekasih berusia 20 hingga 39 tahun ditahan.

Turut dirampas pelbagai jenis dadah iaitu 12 gram syabu, 18 biji pil eramin 5 (3.34 gram) dan tujuh biji pil ekstasi (2.39 gram).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, polis juga merampas dua pucuk pistol buatan sendiri, dua kelopak peluru dan dua butir peluru di dalam rumah berkenaan.

Katanya, turut dirampas 15 unit telefon bimbit, parang (empat), telefon bimbit yang diubah suai menjadi alat renjatan elektrik (tiga), rangkai kunci (tiga), alat penimbang (dua), komputer riba (dua) dan masing-masing satu cota besi, walkie-talkie, kereta Volvo dan wang tunai berjumlah RM27,578.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

award dari matdin

salam semua. ha, hari ini dah jumaat. cepat betul masa berlalu yek. pagi2 mcm ni mcm takda idea sgt. so, dela nak buat post pasal award yg matdin bagi. actually award ni dela dah dapat. tapi sebagai menghargai jasa baik matdin bagi dela award ney, dela buat gak entry ney. hehehe, ok ni lah awardnye :P


terima kaseh ye matdin. =)

p/s: salam pagi jumaat semua.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, June 17, 2010

10 nasihat untuk orang bercinta

salam. dela merasakan malam ini agak sunyi berbanding malam2 sebelumnya. ke mana kah bloggers semua pergi ye? adakah tgk world cup? adakah tido? adakah kuar jalan2? adakah? adakah? ok2, takpelah takde orang pun, janji, dela terus posting dan blogwalking. ye tak? mlm ni dela nak kongsi tentang 10 nasihat untuk orang bercinta. haa, siapa yg makan lada, mulut die lah yg ternganga. hehhehehe. mari kita lihat apakah nasihat2nya;

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

dela petik artikel ni dr iluvislam.com
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

top 100 followers award

salam semua. entry kali ni adalah pasal award. ini ialah award yg keempat dela. alhamdulillah, terima kaseh byk2 kpd yg memberi kerana kesudian anda menganugerahkan award2 tersebut. (clap) hehe. yelah kan, tanpa si pemberi, mana mungkin si penerima nak menerima kan. ye tak.

ok2 pasal award td. award terbaru yg dela dpt ni adalah drp najah. award ni dia dedikasi kan kt Top 100 Followers die. so, sapa2 nak award ni, sudi2lah jenguk ke blog najah dan follow, then ameklah award ni.ye? dela tengok ramai yg wat post dan kasi award utk follower yg ke100, 200, 300, dan ke atas. memang bagus idea tu sbb sambil2 blogging ni, kita menghargai followers2 yg follow kita. dela pun nak start buat lah insyaALLAH utk follower ke 200 nti :).ok ni dia awardnya;



tq ye najah. naseb baek takda tag kan? hehehehhe

p/s: mari berblogwalking secara berhemah
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

facebook membunuh rakyat palestin?

salam petang khamis semua. dela nak kongsi sikit tentang facebook ni. jom baca2. artikel kredit to iluvislam.com.

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

UiTM Cemerlang

salam semua. hehehe, selamat hari khamis ye semua. cepat betul masa berlalu, tup2 da ari khamis dah. ok2, sebelum dela semakin melalut (hehe) ni dela nak kongsi kejayaan students UiTM kita yg mendapat tempat ke-3 dlm pembentangan kertas kerja pada Persidangan Antarabangsa Kaspersky baru2 ini. kat mana? ha, kalau nak tahu ceritanya lebih lanjut, jom ikuti berita di bawah ney;

Dua pelajar menang anugerah di Poland

DUA pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama negara apabila meraih tempat ketiga pada Persidangan Antarabangsa Kaspersky yang berlangsung di Universiti Jagiellonian, Krakow, Poland, baru-baru ini.

Asnita Hashim dan Raihan Md Saidi melalui pembentangan kertas kerja, ‘Normal Signature Based IDs for E-cafe’ menerima wang tunai 1,000 Euro (RM4,018) untuk tempat ketiga selepas juri menilai lebih 100 penyertaan lain yang dihasilkan pelajar dan profesor dari universiti terkemuka dunia.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

menyusu anak sambil bawak keta?

salam semua.

wah, macam2 benda berlaku sekarang ni ek. memang macam2. ada ke menyusu anak sambil bawak keta? jom tengok berita kt bawah ney

Macam-macam: Wanita susu bayi sambil memandu kena tahan

VELVET: Polis menahan seorang wanita selepas dia dilihat menyusui bayinya yang berusia 18 bulan, sambil memandu kenderaan di bandar raya barat Jerman.

Seorang jurucakap jabatan polis berkata, seorang anggotanya yang membuat rondaan terkejut melihat ibu berusia 47 tahun memandu kereta tanpa memakai tali pinggang keledar, manakala bayi itu berada di celah dadanya. Ibu berkenaan dikenakan denda. – Agensi

ha, kan dah kene tahan. baliklah rumah dulu, baru susukan bayi. kesian baby tu.

sumber dr berita harian online

p/s: dah la tak pakai tali pinggang keledar
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, June 16, 2010

hukum bermain bola sepak

salam semua. ni dela nak berkongsi sedikit tentang hukum bermain bola sepak dlm Islam. adakah ianya dibolehkan atau tidak? dela postkan untuk tatapan semua. selamat membaca!

Soalan:
Bukankah Olahraga yang dianjurkan diantaranya berkuda, bermain panah dan
berenang. Apakah kita tidak sedang meniru golongan bukan islam dimana
bola sepak berasal daripada non-muslim? Bukankah tidak ada contohnya dari para salaf?

Jawapan:
Di dalam buku “Sepak Bola Manfaat dan Mudharatnya Menurut Syari’at Islam”
ditulis oleh Asy Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman diterjemahkan oleh Abu
Ibrahim Arman LC penerbit Darul Qolam Jakarta Cetakan Pertama Th 1424H/2003M
hal 10 -13 dijelaskan sebagai berikut :

**** Awal Nukilan****
Dibolehkannya Berlatih Bola Sepak dan Manfaat-Manfaatnya.
Latihan bola sepak termasuk hal-hal yang dibolehkan kerana kami tidak
mengetahui satu dalilpun yang mengharamkannya. Hukum asal kepada segala
sesuatunya adalah mubah atau boleh, bahkan tidak menutup kemungkinan bahwa
latihan sepak bola termasuk mustahab (disukai) jika yang berlatih adalah
orang Islam agar kuat jasmaninya dan memperoleh semangat dan vitalitas
hidup.

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

privasi Facebook mudah diceroboh

PADA masa kini, salah satu laman web sosial yang amat popular dan sering disebut ramai ialah Facebook. Facebook berada jauh di hadapan meninggalkan Friendster dan Myspace dengan bilangan pengguna seramai 500 juta di seluruh dunia.

Ke mana saja kita pergi, pasti akan terdengar perkataan Facebook. Sehingga ini, Facebook dilihat lebih mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pengguna.

Saya sudah berpengalaman selama berbelas tahun dalam hal berkaitan internet dan laman web sosial. Keajaiban Facebook ialah laman ini mencetuskan satu fenomena luar biasa terhadap hampir kebanyakan masyarakat dunia melalui cara berinteraksi dan mengenali rakan sehinggakan laman sosial Friendster dan Myspace semakin dilupakan.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Piala Dunia: Brazil 2, Korea Utara 1

JOHANNESBURG: Juara Piala Dunia sebanyak lima kali, Brazil menundukkan Korea Utara dalam perlawanan pembukaan kumpulan G di Stadium Ellis Park sebentar tadi.

Brazil kelihatan sukar menembusi tembok pertahanan Korea Utara sebelum separuh masa pertama, sehingga menyebabkan kedudukan terikat 0-0 ketika itu.

Bagaimanapun, pada minit ke-55,Maicon menjaringkan gol melepasi sudut sukar.

Pemain tengah Brazil, Elano menjaringkan gol pada minit ke-72.

Di sebalik ketinggalan dua gol, pemain Korea Utara meningkatkan usaha bagi mencari so sagu hati; yang mana diperoleh pada minit ke-89 hasil jaringan Ji Yun Nam.

sumber dr berita harian online
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, June 15, 2010

award ketiga dela

salam semua. kali ini dela nak bercerita tentang award dela yg ke3 yg dianugerahkan oleh yana. terima kaseh ek yana. ok2 ni dia awardnya:


ok2 mcm biasa, ade syarat2 penganugerahan ye :D dela kene jawab soklan2 kat bawah:

1) Thanks the person who gave you the award and link the person
yana, arigato gozaimasu! dela really appreciates it. :D

2) Spread the words to 15 blogggers who you like and you think their blogs are awesome!

* kaze
* semakness
* roy
* huda
* tqah
* misz maryane
* nur
* mamaGee
* ain
* akuanakpahang
* bella
* faten
* adam
* abu luqman
* safina

3) Tell 7 things about yourself

* nama : adila
* umur : 22
* hobi : badminton, baca
* kegemaran : nc ayam, soya
* movies : Harry Potter series
* suke choki2 jugak :P
* suke milo jugak :P

p/s: gatal tangan nak terima award lg! perasan betul dela neh.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA sesi Julai 2010

salam semua. ni dela nak inform pasal tarikh semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi bulan Julai 2010 ni. ok2 ni dia tarikhnya:


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian DIPLOMA PENDIDIKAN (DPLI) AMBILAN JULAI 2010
(Mulai 17 Jun 2010 jam 12.00 tgh)


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2010/2011 :
(Mulai 18 Jun 2010 jam 12.00 tgh)


untuk semakan atau rujukan, boleh pergi ke laman web rasmi upu.

p/s: good luck! ^_^
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

tag kelima untuk dela!

salam. hai pagi ni dela nak jawab tag drp matdin lah. hehe. mcm biasa. terima kasih ye matdin. nanti lain kali bagi lg. (alamak)

1.Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
awak rasa? haha

2.soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.


3.Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.
ni ialah wallpaper yg bertajuk "kami blogger picisan menentang kekejaman israel". sy letak sbb ye lah, saya benci dan mengutuk kekejaman zionis tersebut kerana kebiadapan dan kerasukan mereka menghancurkan gaza.

4.Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?
emm. tahun lepas. ye.

5.Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.
rindu nyanyian hijjaz

6.Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
takda buat apa2

7.Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
bola. ntah kenapa.

8.Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.
1) huda
2) kaizer
3) liyana aziz
4) miera
5) belladiea
6) qellissa
7) faten
8) whitey mommy

9.Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
huda? kawan blogger sy! :)

10.Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5
bella, datanglah ke blog dela selalu..ye?

11.Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?
em, yana, dgn siapa yana? hehehhehe

12.Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?
miera? antara blogger terbaru dela kenal..:)

13.Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no.6
majulah qellissa utk negara..hehhehe

14.Soalan ke-empat belas : kata2 cinta untuk orang no. 2.
hah? kata2 cinta...bedal je. "walau kau tidak ku kenal, tetapi lobang idungmu tetap menjadi pujaan hatiku" kaizer, jgn terasa, ni jokes je :P

15.Soalan ke-lima belas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
ya, faten n whitey mommy sama2 perempuan

16.Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
nama dia matdin
lelaki
bujang (matdin, single ke?)
rajin blogwalking
warganegara Malaysia

18.Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
suka2!! :D

19.Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal
si razman mane lak ney

Soalan ke-duapuluh : gay or less?
jawapan sy A. none of the above

hahaha. sudah da jwb.

p/s: terhibur jawab tag
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, June 14, 2010

dela dapat award!

salam semua. entry kali ini dela nak cerita pasal award yg dela dpt. ni award kedua dela. hehe, first dulu dr missglam, dan yg terbaru dr matdin. tq ye matdin, for giving me this award. n sorry coz only managed to write about it now. hehe, ok2 ni dia awardnya



ok ni pulak syarat2 penerimaan anugerah ini :)

1. Thank and link the person that tagged you
to matdin, thanx for tagging n giving me the award. so nice of you!

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic
ika pukpuk
ain najwa
aideal fitri
ain budak baik
ninie azriena
orang muo
asyrafhamasaki
tqah
kaze
missglam
apek
nik rosmawati
semakness
mijie
nadya

3. Contact that blogs and let them know they've been tagged
ok, dela akan inform diorang nti

4. State 7 things bout yourself
suka mesej
suka makan
suka tidur
suka air soya
ada blog hehe
suka nasi ayam
suka layari internet


ok siap pun.dela dah penuhi syarat2 penerimaan anugerah blog menyeronokkan ni. hehe

p/s: gembira terima award
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, June 13, 2010

kelebihan bulan rejab

salam semua. bulan rejab yg penuh rahmat dan barakah datang lagi. jadi, dela ingin berkongsi kelebihan bulan rejab ini bersama korang. sebagai panduan utk semua dan diri dela sendiri. :)

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, June 12, 2010

sungai dalam sungai

salam. boring betol dela rase. macam takda org je kat blog ni. wuwuwuwu, semua dok layan world cup ek? hehe.. ni ha, dela nak kongsi beberapa gambar menarik sungai dalam sungai. hah, ape tu? sungai dalam sungai? ha kalu nak tahu jom tengok2;






ha, nak tgk lagi? jom!
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

hukum memakai baju jenama arak

salam semua. hari ini dela sibuk sbb menghadiri majlis menghantar menantu sepupu dela di Tumpat, Kelantan (tengahari) dan majlis perkahwinan bekas rakan pejabat ummi dela di Mulong (petang). jadi, tak dapat balas kunjungan rakan bloggers sekalian hari ini. tp, jangan risau, dela dah balas kunjungan2 anda tadi :)

dela ade kisah nak diceritakan. mase kat majlis di Mulong petang td,dela ade ternampak hamba ALLAH sorang ni. die pakai jersi warna kuning tertulis carlsberg di atasnya. ya, hamba ALLAH itu Melayu lah.seperti yg kita tahu, carlsberg merupakan sejenis jenama arak. arak itu haram di sisi agama Islam, jadi sebarang bentuk pengiklanan berhubung benda haram ini adalah dilarang dan berdosa kerana kita dikira redha dengan benda haram tersebut. kalau pakai t-shirt jenama carlsberg tu macam nak promote la kan? walau pun kita hanya niat saje2 nak pakai. dela tertanya2 sama ada hamba ALLAH tersebut tahu atau tidak tentang ini.


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, June 11, 2010

tag keempat untuk dela!

salam. entry kali ni dela nak jawab tag drp matdin. eh dela ni, org sibuk nk tengok piala dunia, dia duk jawab2 tag lak. haha biarlah, lgpun mls lah tgk bola. bg peluang yg fanatik2 tu tengok yer. hehe. ok2 jom start;

1. ucapan time kaseh kpd blogger yang tag anda & sertakan blog link sekali
terima kaseh kpd matdin. baik sungguh hati tuan hamba sbb tag hamba. haha, kalau korang nak tau matdin ni blogger yg rajin. rajin ape? rajin tag org! hehe. baguslah, dapt up traffic sesebuah blog tu. hehe ye tak matdin? betul tak betul tak? [matdin sila respond]

2. tagkan kat kawan2 yang akan layan berangan terok ngan korang
-nuyuena
-belladiea
-apek
-ubi
-qellisa
-miji
-ninie
-qdine
-nadiey
-cik qiqi
-missglam

3. start berangan now..!! list kan sume angan2 tuh
1. nak kawin cepat
2. nak kerja sedap
3. nak makanan2 sedap2
4. nak duit banyak

haha mcm2 lah. sebenarnya angan2 dela banyak, cuma tak tersenarai. "lalala..joget angan tak sudah"..

p/s: korang kene list panjang2 tau!
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

10 tips menolak cinta sahabat karib

salam. ha, dah kul3.25 pagi. hari ni jumaat 11jun 2010, bola sepak piala dunia udah bermula ye. hehe. ni bukan entry pasal bola sepak, ni dela nak kongsi tips sket. tips pasal ape? haa..pasal tips menolak cinta sahabat karib. mungkin ramai di antara kita yg berada dlm dilema sbb besfren kita gtau kita die suke kt kita, padahal kita nak kawan je. tips ni kredit to blog tentang cinta. korang masuk lah blog tu, mcm2 ade. hehe ada tips cinta, isu cinta, wanita n lelaki cinta, personaliti cinta,etc. aisy, promote lak dela ni. hehe. ok2 ni tips nye;

10 tips menolak cinta sahabat karib

1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, June 10, 2010

manusia dihisab di akhirat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Wahai manusia! apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, ia menyusun kejadianmu. (al-Infitar: 1-8)

Mukadimah

Surah al-Infitar termasuk dalam kategori Surah Makkiah, ia berjumlah 19 ayat dan diturunkan selepas surah al-Nazi'at. Persamaan surah ini dengan surah al-Takwir.

Firman Allah SWT: Apabila langit terbelah. Al-Maraghi berkata: Ketika langit terbelah dan susunan planet-planetnya berubah, maka tidak ada lagi bintang yang beredar pada orbitnya sebagaimana yang kita lihat sekarang.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, June 09, 2010

to: isteri kesayanganku

salam. hai, dela kembali lagi dengan kisah lucu. lucu ke. ah, kire lucu lah. kalau tak lucu, buat2 lah lucu, ye tak? haha. melalut sudah. ok gni ceritanya;

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. terdapat sebuah komputer dlm bilik yg dia duduk tu. dia pun mengambil keputusan utk menghantar emel kpd isterinya. ai, baru sampai dah rindu. hantar emel lak tu, mesej henpon suda..ok2 stop. lelaki tu pun start la menaip. malangnya, dia telah tersalah taip alamat emel isterinya dan tanpa menyedari kesilapannya itu, die pun terus menghantar emel tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang dr majlis pengkebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan utk menyemak emelnya utk melihat kalau2 ade mesej dr saudara- mara atau teman2. selepas membaca emel pertama itu, janda tersebut terus jatuh pengsan. anak lelakinya yg kebetulan melalui bilik ibunya bergegas mendapatkan ibunya yg sudah tidak sedarkan diri. si anak pun terus membaca emel di skrin komputer:

To: Isteri kesayanganku
Date: 16 May 2002
Subject: abang telah selamat sampai. abang tahu sayang pasti akan terkejut dgn kehadiran mesej ini. mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar emel kepada sesiapa shj terutama insan kesayangan kita. abang telah selamat sampai dan telah menginap dgn aman di sini. abang lihat semuanya telah disediakan di sini utk kedatanganmu pada hari esok. semoga berjumpa denganmu nanti, sayang. abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna spt apa yg telah abang lalui ketika ini.

sekian, salam sayang dr abang.


p/s: berhati2 bile nak taip emel tu.

salam dr dela.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, June 08, 2010

facebook tempat bukti kecurangan | betui ka?

hi, semua. ni dela nak berkongsi satu info tentang facebook, laman web sosial terkenal gitu. yela, berjuta2 yg melayarinya. tp facebook ade baik n buruknya. mcm2 artikel dah kita tengok, kita baca pasal facebook. tp yg penting, niat kita baik. ikhlas nak cari member2 lama or sebarkan Islam etc. yg penting niat kene betul.

ok2. ni pasal facebook tempat bukti kecurangan. kat US, ramai pasangan yg bercerai gara2 kecurangan pasangan mereka. bukti kecurangan tu pulak ade kt facebook! sama2 kita ikuti info yg dela petik dr berita harian online.

Hubungan sulit pasangan didedah dalam web sosial

NEW YORK: Semakin ramai pasangan yang bercerai menjadikan laman web sosial Facebook sebagai bukti pasangan mereka melakukan kecurangan, menurut hasil kajian terbaru.
Kajian yang dijalankan sekumpulan peguam terkenal di Amerika mendedahkan, pelanggan mereka datang ke mahkamah dengan membawa bukti yang mereka temui di laman web itu.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Rayuan Fasa 1 Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011

salam sejahtera semua. hehe, ni dela just nak bagi info je, tentang keputusan permohonan kemasukan ke ipta utk lepasan SPM bg yg buat rayuan hari tu. anda boleh semak di sini. rayuan ni adalah untuk fasa 1. nanti fasa 2 dia akan umumkan keputusan sama tarikh dengan keputusan budak-budak STPM (kalau dela tak salah ye). biasanya rayuan ni berdasarkan kekosongan tempat, jadi banyak2lah berdoa supaya anda berjaya mendapat tempat di ipta. F.Y.I, tak semestinya anda akan dapat ipta yg anda mohon, itu terpulang pd pihak yg berkenaan utk menempatkan anda di ipta mana satu. okeh!

jadi, selamat berjaya buat adik-adik! hehe
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, June 07, 2010

tag ketiga untuk dela!

salam my lovely readers n followers! ha, ni first entry dela pas beberapa ari tak dapat seriously ber'posting'..hehe, so dela nak updatekan blog yg sedikit bersawang ini dengan menjawab tag drp matdin. terima kaseh ya matdin, sbb tag dela. ok2, jom start ek;

RANDOM QUEST. BOUT UR RELATIONSHIP
1. the date u have declared with ur first couple
first couple? lupe daaa...;p

2. apa yang anda lakukan sekiranya anda merindui bf anda
tak wat pape pun..ceh!!! ;p

3. adakah anda mempercayai bf anda 100%
em,,dia percaya tak kat saya?..;p

4. how ur first date with ur 1st couple
we, nnnnever meet..!! ;p

5. adakah anda rasa bf anda pandai pujuk
ntah, no comment.

6. reaksi & tindakan anda bila bf anda habiskan kredit untuk orang lain
ikut dia, kredit dia..;p

7. what r u goin to do if ur besties have a relation wit ur ex
nevermind :P

8. adakah anda akan menelefon bf anda jika disuruh
penting ke..hheehe ;p

9. reaksi anda bila bf anda masih berhubungan dengan ex dy.
cepat pilih yg mane satu!! hehehe~


huhu.. Nak tag gak orang lain:
cik adila
missglam
bella
hafiz
jaya jr
mijie
illafira

ok, harap kwn2 semua jawab tag ni ek~ nti dela kembali lg dengan entry yg lain! keep following..;p
p/s: kalau anda lelaki, tukar soalan tu kepada gf~

salam.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, June 02, 2010

rindu a.k.a. miss

salam readers n followers sekalian. huhu rindu sungguh dela pd korang semua, tak dapat dibendung lg. sory lama tak update belog ni..missing u guys! dela berceloteh kejap je neh
harap korang suma terus blogwalking ke sini ek. nti dela balas balik. wuwuwu

salam.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...