Monday, August 29, 2011

Kad Raya Special dari Dela Untuk Rakan Blogger

salam semua . sebelum bertolak balik kampung petang nanti pas Asar, dela nak amek kesempatan ni nak ucapkan Selamat Idilfitri , Maaf Zahir & Batin kepada semua warga bloggers dan sesiapa sahaja yang mengenali diri dela . kalau ada sesiapa yang terasa hati gn dela . dela mtk maaf ok . oklah , dela nak bagi kad raya ni , spesel utk awak2 semuaaa :)


amacam ? lawak kan ? hahahha dela tak pandai sebenarnya nak design2 ni . ni pun dah kira ok boleh letak ketupat tu . haha sila gelak . =,=

mesti ramai yang dah tak on9 kan coz nak buat persiapan raya , kemas rumah wat kali terakhir , or maybe ada yang tengah on the way balik kampung sekarang . dela bertolak pas Asar nanti . doakan dela selamat pulang selamat kembali ye ! :)

selamat hari raya maaf zahir dan batin

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Istiqamah Dalam Beribadah

salam semua . hari ni dah pun hari ke29 kita berpuasa, di mana merupakan hari terakhir kita bersama2 dengan Ramadhan . Ramadhan dah nak pergi . Syawal bakal tiba . walaupun begitu, diharapkan kita semua dapat istiqamah dalam beribadah , terutamanya dalam membaca al-Quran . dan perbanyakkan solat2 sunat di malam hari . dela akui diri dela sendiri pun agak liat melakukan ibadah2 ini, tapi dela berusaha mengingatkan diri sendiri tentang kelebihan ibadah2 sunat ini dan ganjaran pahalanya . dela ade terbaca di sebuah blog . bukan blog orang lain, kakak dela sendiri . bunyinya ;

"Mesti kita tertanya2, bilakah Allah SWT paling ambil kira amalan kita? Sebenarnya, it's when we agak2 malas nak baca al-Quran/berzikir/solat sunat, tapi kita teruskan jugak buat. "

jadi, walaupun kita rasa malas sangat , berat sangat punggung ni nak bangun nak amek Quran baca , tapi kita tetap teruskan jugak niat kita nak baca , insyaALLAH Tuhan akan ambik kira dan bagi ganjaran .

pic googled

jadi, sentiasalah membaca al-Quran . kalau dah malas sangat pun, boleh dengar orang lain baca . takpun dengar kat internet ni . kat Tanzil.net . mcm2 saluran ada . kat TV pon ada orang mengaji kan . bila kita mengaji atau dengar orang mengaji , jiwa kita boleh jadi tenang, insyaALLAH .. peluang kita utk beribadah sebenarnya terbentang luas depan mata, cuma atas diri kita sendiri je nak buat ke tidak :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Hari Kedua Puluh Lapan Puasa

salam semua . now dela nak update kisah berpuasa hari yang ke28 pulak . stay tuned ye . pagi tadi (28hb) ktorang balik semula ke Kota Bharu dan Umi plak lepas tu terus kerja . hari ni baru Umi stat cuti . so dela n adik duk kat rumah . on9 kejap, pastu takda line pulak . pastu tidur coz boring . adik plak tidur sebaik sahaja sampai . adeihh .

pastu bangun solat2 semua, on9 balik . BW , facebook, dan wat entri sambil dengar bacaan ayat suci al-Quran dekat Tanzil.net . pastu petangnya Umi pon balik . ehehee menu iftar ktorang tadi ialah ayam masak pedas , daging kutub , dan ikan cencaru masak sumbat . kueh lak KURMA dan akok. pas bukak posa, siap2 nak solat .

ktorang tak p terawih tadi coz Umi cakap lorong tempat biasa lalu nak ke surau tu ada pokok tumbang . baru petang tadi, Umi tengok masa balik kerja . so ktorang decide tak pergi kerana beranggapan pokok tersebut belum dialihkan . tambahan pulak time tumbang tu hujan dan time orang hampir nak bukak posa . ktorang stay rumah je . pas solat Isyak, dela makan2 jap pastu tidur .

pastu bangun basuh pinggan dan basuh baju . then on9 . rasanya tak tidur sampai pagi nanti . coz Umi kata pagi nanti nak pergi beli bahan2 nak buat laksa penang . yummyyy antara menu utk raya nanti . ikan dah beli . laksa dah tempah, nti karang nak ambik . barang2 lain seperti nenas, salad, bawang etc nak kena beli kat pasar besar nanti . :)


oklah tu je update utk 28hb . stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, August 28, 2011

Watpe Nak Bace Quran, Bace Pon Tak Paham !

salam semua ..korang terkejut tak gn tajuk entri ni ? sebenarnya kali ni dela nak berkongsi pasal satu kisah tentang al-Quran . cerita ni bagi dela agak menarik , sebab tu dela merasa terpanggil utk berkongsi . thanks, cik nadia fatihah !

.Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya,
‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,
‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata.
‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’

dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.
Orang tua itu berkata,

‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’

dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan.
Katanya, 'tengok Atuk, tak guna!'
‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’
Orang tua itu berkata, 'tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Semoga kita mendapat manafaat daripada kisah ini .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Hari Kedua Puluh Tujuh Puasa

salam all readers . hari ni sudah pun 28 hb kan . tak dapat dinafikan lagi , masa begitu pantas berlalu . esok dah ari last kita berpuasa . esok ari last kita bersama Ramadhan . bilakah kita akan bertemu Ramadhan lagi ? mudah2 an kita dapat bertemu lagi Ramadhan pada tahun depan . mtk2 dipanjangkan umur . Aminn .

dela baru je sampai dari kampung sebenarnya ni . dalam kepala dah set nak update pasal puasa semalam punya . petang semalam lepas Asar, dela, Umi , n adik balik kampung kat Pasir Puteh . balik berbuka puasa n terawih kat sana . em ni kali ke3 kot . kakak n abg ipar dela dari Puchong pun balik juga . dorang sampai petang tu jugak, tapi lebih awal dari ktorang . hehe

dah lama tak jumpa both of them . hehe seronok lak rasanya . dapat berbuka puasa ramai2 , lagi ramai dari biasa . time iftar tu semua ada, kecuali pak sedara je takda, coz kerja . menu iftar ktorang ialah ikan cencaru sumbat, pastu ikan ape ntah dela lupe ..haha menu lain ialah gulai ikan dan gulai ayam ..kueh lak ada KURMA n ondeh2 . ehehe Alhamdulillah .

pastu siap2 nak p terawih lak . dela, Umi, dan nenek je pergi coz adik sakit perut dan kakak lak penat coz baru sampai petang tu . so ktorang bertiga je malam tadi . pastu time dlm surau, tetibe blackout . 2x plak tu . pastu Alhamdulillah dah ok . pas habis, ktorang tak stay utk moreh , terus balik . hahha pastu balik, berbual2 kejap gn kakak . pastu dia kasi ktorang kerongsang raya for free ! how nice of u, sis <3 haha ..

pastu takda aktiviti da, mata dah mula layu , esok pagi dah nak balik KB semula . hehe !

ok done . stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, August 27, 2011

Nak Balik Kampung Gak Laa

salam . semua dah balik kampung ke ? senyap je ni . kat fb pun dah kurang . kalau macam tu, dela nak balik kampung gak la . hehehhe jangan jeles .. hik3 . ok, kepada yang sedang berada di jalan raya, berhati2 lah . pandu cermat jiwa selamat , ye . biar lambat pun asalkan selamat sampai, selamat tiba .:)

okla nak prepare barang sikit . pas Asar insyaALLAH bertolak . sehingga berjumpa lagi ye . daa

stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Hari Kedua Puluh Enam Puasa

salam semua . huhu lambatnya dela update cerita berpuasa hari semalam punya . huhu takda mood pulak malam semalam . ok dela start ye, walaupun takda orang nak baca . waaaa ..hehe semalam pagi2 pergi buang sampah gn Umi pastu p kedai perabot nak beli rak, tikar getah, dan sarung kusyen . ktorang p kat kedai perabot Lee Boon Tin . yang tinggal dekat area kota bharu mesti kenal kan kedai ni . ke tak kenal ? kalau tak kenal, p la cari . ahaks .

dela n Umi beli rak besi utk letak bekas2 gula, biskut, dan macam macam bekas lagi lah kat dapur tu . ada 5 section semuanya . harga dlm rm140 cmtu la . pastu beli tikar getah kaler ijau coz nak matching kan dengan cat kat ruangan bwh rumah ktorang . dela tengok mcm masuk je . nice ! pastu beli sarung kusyen, pun kaler ijau gak . hehe green lover :) pastu tauke gtau nanti dia akan datang hantar kat rumah . sarung kusyen tu ktorang bwk balik sendiri je . hik3

pastu balik rumah . hampir tengahari, dela apa lagi, tidur la . kan sunat . ehehe . tapi yelah kan tak penah tdo kejap. pas dela bangun, tengok2 tikar getah dan kabinet tu dah sampai . ehehe the rest of da family sedang working on cutting da tikar getah to suit it with the area kt ruang bwh rumah . yeayyy nice kaler ijau tu, memg masuk lah dengan cat dinding . pastu rak pun dah terisi dengan bekas bekas segala . :)

pastu petangnya dela n Umi kuar lagi, p cari air soya dan lauk2 lain . kami mencari2 sampai ke Paloh jauhnya . biasa cari dekat2 ngan area rumah je. time tu hujan uhukk . Umi tanya nak beli lauk apa . dela pun suggest ikan keli goreng, dan ayam percik . malangnya ikan keli takda (waaa) so Umi beli ayam percik dan ayam pedas je . selain tu beli kueh ondeh2 tu . then balik rumah prepare utk berbuka .

pastu nak p terawih lak, berpakat gn sepupu . kalau terlalu lecak kat depan rumah , dela tak pergi . tapi rasanya tak lecak sangat . pastu sepupu bgtau dia tak jadi pergi, sakit perut katanya . ehh kenapa ramai sakit perut ni . Umi pun sakit perut, sebab tu takleh nak p . dela masa tgh siap2 pun rasa gak sakit perut tu . pastu tgk2 masa dah berlalu , dah nak azan , dela pun decide tak p . duk umah je . pas solat, makan2 jap . pastu tidur .

Umi pun tidur gak . sama macam semalam . hehe pastu pukul bapa ntah dela tersedar coz rasa sakit perut sangat . rupa2nya dela cirit birit . huhu pity me . pastu Umi suruh makan ubat cirit birit dia . ok fine telan 2biji . pastu p amek wudhuk then buat solat2 sunat . pastu mengadap lappy dan bukak Tanzil.net, dan dengar alunan ayat suci al-Quran kat situ . best . dela paling suka dengar recitation yang al-Ghamadi punya . sedap suaranya . pastu dela terus stay, tak tdo dah, sampai sahur dan Subuh . pas Subuh baru tidur .

ok siap utk hari ke26 ! stay tuned :)



Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, August 26, 2011

Jom Lihat 10 Jenis Kurma Popular

salam para pembaca sekalian . hari ni sudah pun hari Jumaat, dan dela di sini tak keje, cuti . eh bila masa plak dela keje . hahahaha . dela cuti semester laaa . hehe . ok arini rasa nak berkongsi pasal buah KURMA . ya, buah kurma . semua tahu kan ? ke ada yang tak tahu ? eiii mana boleh tak tahu kan ..buah ni amat popular pada bulan Ramadhan . memakan nya semasa nak berbuka puasa menjadi anjuran Junjungan Besar kita . sunnah Baginda .

tapi kita ramai taknak buat . nak minum air manis dulu . apa salahnya amal sunnah Nabi, makan kurma dulu . ye tak ? dapat jugak pahala . satu lagi, Nabi SAW bukan sahaja makan kurma time berbuka, kurma juga merupakan menu sahur Baginda selain daripada air . KURMA dan AIR . tapi kita ? makan nasi kenyang 3hari . betul dak betul dak ? termasukla penulis blog ini . yang membezakan sahur kita dan sahur Nabi dan para ulamak ialah menu itu sendiri , KURMA dan AIR . ok now jom kita lihat pelbagai jenis kurma seperti di bawah . ada 10 semuanya . tapi yang sebenarnya ada banyakkk lagi jenis kurma di dunia :)


1. Kurma Nabi/ Ajwa – Kurma ini hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma payorit Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan citarasanya hampir mirip seperti kismis.

2. Kurma Sekki – Kurma ini memepunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwana coklat-kecoklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.

3. Kurma Barhi – Kurma yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.

4. Kurma Kholas – Kurma berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi. Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya juga di kadar yang sedang.

5. Kurma Khidri – Kurma berwarna merah maron gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.

6. Kurma Mactoumi – Kurma berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak permukaan agak keriput dan kenyal tetapi rasanya manis.

7. Kurma Sokari – Kurma berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.

8. Kurma Siraj – Kurma berwarna kecoklatan kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa manis sedang.

9. Kurma Majol – Kurma berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.

10. Kurma Monief – Kurma berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.

perkongsian dari blog ini

stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Hari Kedua Puluh Lima Puasa

salam all ..waaa dah lama kot rasa tak update . hehe perasan tak habis2 . tapi memg rasa lama kot . ntah kenapa . rindu sama kawan2 blogger kot . ok tanpa membuang masa dela nak update kisah berpuasa hari ke25 . hehehhe tak kira, nak cerita jugakk.

semalam (25hb), aktiviti still macam biasa . cuma pada pukul berapa ntah , dela tengok ramai orang lalu kat kawasan depan rumah dela sebab nak mengziarahi jenazah jiran dela. kat belakang rumah ada shortcut . Alhamdulillah, ramai yang pergi nak tengok Allahyarhamah buat kali terakhir . semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya . Aminnn..

pastu petang tadi hujan turun dengan sangat lebat . terasa kelebatan nya . pastu dela n Umi prepare utk iftar . menu iftar kami hari ni ialah ayam goreng, sambal ikan bilis, dan tomyam . best2 .. Alhamdulillah . kueh plak ada ondeh2 tu . besar2 saiznya , susah nak telan . erkkk orang kunyah2 dulu la dela ..tau2, tapi dia punya saiz besar tu susah tau kita nak kunyah2 ..heheheh makan je la, cakap banyak watpe ..hehhehe ok2..(dela berbual dgn sapa ni)

pic source here

pastu bile dah hujan lebat, konpem2 kat lorong depan rumah tu lecak dengan sangat banjirnya (ehh ayat apa ni) , so dela n Umi xp terawih malam tadi . duk umah je . time tengah tngu Isyak, both of us rasa sleepy...tapi tahan lagi . nak solat Isyak dulu . pas masuk waktu terus solat, n dela terus rebah (rebah tidur ye) dan membuat peta dunia sampai pukul 1 lebih tadi ..Umi pun join sekali ..sama2 wat peta dunia ..:)

pastu bangun ktorang buat solat Tahajud dan baca ayat suci al-Quran dan surah Yaasin sekali ..tadi ngantok punya pasal tak sempat nak baca Yaasin dulu . pastu dela kemas2 rumah sikit, adik lelaki plak sambung mengecat ruangan bawah rumah ktorang . pas kemas2, dela pun on9 . rindu sama blog, rindu sama member blogger , rindu nak BW ! hehehehe korang rindu dela tak ? (tak habis2 gn statement perasan dia)

ok lah done utk 25hb 8 bersamaan 25 Ramadhan ..stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, August 24, 2011

Hari Kedua Puluh Empat Puasa

salam semua . sekarang dela nak update kisah berpuasa pada hari ini, iaitu hari ke24 . Ramadhan beransur2 meninggalkan kita, sebelum ia pergi sepenuhnya, marilah kita meningkatkan amal ibadah kita . kalau dah malas sangat pun, berzikirlah memuji Pencipta kita .

hari ni, takda aktiviti jugak . sama macam semalam, dela isi dengan aktiviti mengaji . cuma yang lain nya, hari ni adik tak pergi sekolah . malas katanya . cikgu jarang masuk . hari ahad sorang je cikgu yang masuk . ok apa2 je lah . tapi adik ada pun, takda buat aktiviti jugak . sebab dua2 asyik berhibernasi . haha

jom kita layan menu iftar plak . arini berbuka dengan nasi goreng . dah lama tak makan nasi goreng sejak bulan puasa ni . emm baru sekali rasanya time sahur . walaupun nasi goreng, tetap membuka selera . lebih2 lagi ada ayam goreng (haha) dan keropok kering . sedap amat . pastu siap2 nak p terawih .

masa kat surau, ktorang dapat tahu jiran belakang rumah kami meninggal dunia Asar petang tadi . Innalillahiwainnahiroji'unn ..tak sangka Allahyarhamah pergi tiba2, coz rasanya baru petang semalam dia berjual nasi berlauk dekat dengan area rumah dela di Jalan Bayam, Kota Bharu . nasi berlauk dan kueh mueh Allahyarhamah digemari ramai . Orang selalu singgah beli .

pastu pas habis terawih, dela n Umi plan nak p melawat jenazah Allahyarhamah . ktorang pergi sekali gn mak sedara dela sorang lg . sampai sana, dah ramai orang yang memenuhi area rumahnya . dela, Umi, n mak sedara masuk jenguk Allahyarhamah dan menghadiahkan surah Yaasin kepadanya . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah . Aminn

done update for today .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Jom Mengundi Tagline di Komuniti.2dayblogger.com

salam all . proses mengundi tagline di komuniti.2dayblogger.com telah pun bermula . sila ke link tersebut dan tekan like untuk tagline yang anda suka . kalau anda suke tagline dela, anda tekan like . hehehheehhe jom2 dela pun dah like tagline yang dela suke . dela tak like yg diri sendiri punya . boleh ke like diri sendiri punya, saudara Faisal ? hehe

undian sampai 27hb ni ye !
stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, August 23, 2011

Segmen Kenangan Bersama Kad Raya

salam . lupe lak . dela sebenarnya nak join satu segmen ni, pasal kenangan kad raya . uhuu . pasal kad raya lagi . biaa la . nak kumpul kad raya punya pasal . ^_^ ok2 , segmen kali ni dari Sergeant Keroro yang diberi nama Segmen Kenangan Kad Raya . kena cerita kenangan2 yang kita ada gn kad raya . sama ada kita tidur gn kad raya, peluk cium kad raya or sebagainya . tehehhehehe . kalau nak join (maybe dah lambat kot, habis kul11.59 nanti) sila klik banner empunya segmen di bawah :



ok dela start ye. masa kecik2 cili padi dulu yakni time skula rendah, dela tak dapat banyak sangat kad raya . eh jap, tak banyak or tak pernah ?? kot2 taktau kad raya tu apa masa tu . kah3 ignorant betul . lepas tu masuk sekolah menengah barulah pandai sikit . mula bertukar2 kad raya dengan best friend time skula rendah dulu . suke sangat . baru tahu feeling bile dapat hantar kad raya dan feeling bile terima kad raya . rase sangat2 dihargai kan ? pastu bile dah kenal ramai orang kat asrama tu , kenal sunbae2 dan kenal hoobae2 (senior n junior), time cuti sekolah mula la menghantar kad raya utk mereka .

ada juga time dela Form2, ada sorang member 1 batch ni dia siap wat sendiri dia punya kad raya . dia amek kertas kaler, tulis2 n hias2, pastu dia amek kertas lain plak lipat2 jadik sampul . nice work ! takyah membazir beli kad raya kan . pastu makin meningkat umur yakni time Form3 ke atas, makin bertambah liat dan malas lak . masa Form5, member2 gune cara yang lagi senang dan pantas . misteri pon ada . nak tahu ape ? dia beli kad raya, tulis siap2, pastu letak bawah meja kita dlm kelas . mak aii ingat boyz mane dah nak ngurat ..eheheh pasan . ada gak yang letak bawah bantal kita time kita takda dalam bilik . misteri kejap je, pastu belek2 tgk ada nama pengirim . kenapa takda yang bagi face to face ek ? maluuu ke ? eheh .

tu kenangan kad raya gn member2 skulah . gn ehem2 ada gak . tapi gn bekas ehem2 lah . dulu ex dela suka anta kad raya . dan dalam kad rayanya, dia akan sertakan pantun . dan pantun nya mesti sama je . dia suka kot pantun tu . ehhe . pastu dia tulis gak, harap2 dela balas kad raya dia tu . dan dela balaslah . baru best bertukar2 kad raya, ye tak ?

oklah . itulah kenangan dela n kad raya . takda nak peluk cium nya . hehehehe tapi apa salahnya kan ? hahaha

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Hari Kedua Puluh Tiga Puasa

salam all . harini tanpa buang masa dela nak update cerita berpuasa hari ke23 pulak . em tinggal beberapa hari sahaja lg , ada 6hari je lagi kan . cepat betul masa berlalu . Ramadhan dah nak tinggalkan kita . ok lah dela teruskan topik penceritaan ye . hari ni pun aktiviti dela mengaji Quran jugak, macam semalam .

lepas tu sink kat dapur sumbat, pastu terpaksa basuh pinggan mangkuk kat dalam bilik air . wahhh aktiviti yang sangat mengeluarkan peluh bila terpaksa buat trip dari dapur ke bilik air, dapur ke bilik air . pas habis 3 trip, ulang alik ulang alik amek sabun pinggn mgkuk dan letak kt sink dapur . takleh jadi ni, kena baiki jugak saluran paip tu .

menu berbuka arini sambal ikan bilis (rasa nya jadi menu tetap dela sampai nak raya) , ikan rebus goreng, dan ayam goreng . adik ada beli pizza tadi, pizza yg murah tu je, bukan Pizza Hut ye. hehe dela xmakan, coz dah full makan nasi . erkk . pas makan, siap2 p terawih . malam ni pun penuh saf . Alhamdulillah . cuma orang lelaki je kurang . pastu ktorang terus balik tanpa tunggu makan moreh . tadi nampak macam mi sup je . ehehhe .

oklah done . stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, August 22, 2011

Hari Kedua Puluh Dua Puasa

salam semua . sihat dop hari ni ? harap semuanya sihat lah ye . mudah utk kita menjalankan ibadat terutama pada 10malam terakhir ni . ok now dela nak update plak ceritera berpuasa hari ni . hari ni dela buat aktiviti mengaji je . masa lain, tidur je ehhehehe . kuat betul tdo, sebab malam tu selalu tdo lewat , asyik godek blog . haa sapa suruh . nak salahkan siapa ?

hahaha kita cerita terus pasal menu iftar ye . arini menu berbuka ialah ayam goreng, sambal ikan bilis, dan apa lg ek ..lupe dah . aihhh . (dia ingt yg dia makan je) hahhaa . xpelah ek, lupe lak arini, maybe ada ayam pedas satu lg kot . oh ya, menu nasi kerabu ada lg, seperti sambal tumis, dan ulam2 dia . Umi je yg makan . tapi kecuali budu la . Umi tak suke budu . ehehhe .

pastu siap2 n p terawih macam biasa . tadi ramai jugak lah jemaah perempuan . muat2 tempat solat . Alhamdulillah . mungkin dalam beberapa belas orang . ruangan solat perempuan kecik sahaja, jadi hanya belasan jemaah je boleh muat . pastu time tengah berdoa lepas habis rakaat ke16, hujan mula turun , makin lebat makin lebat . alamakkk payung tak bawak , acaneee nii ..uhuuuhhhu . pastu mtk2 dalam hati hujan akan berhenti nanti . majoriti jemaah perempuan jalan kaki, semua tak bawak payung . sebelum tu takda tanda2 nak ujan pun . cuma right before it started to rain, dela rasa panas . berpeluh kot walaupun duduk saf depan dan kipas kiri kanan . pastu tiba2 ujan turunnn .

pic ehsan Google

pastu Alhamdulillah time nak balik tu hujan dah beransur berhenti . kami terus balik (mcm biasa, tanpa moreh) takut2 nanti hujan lebat balik . dela n Umi redah air dekat lorong sebelum lorong rumah . huhuhu. sampai rumah terus cuci kaki . sejukkk nyee ..ehhee rasa mcm nak tdo , tup2 bukak lappy n on9..^_^

ok done utk hari ni punye . stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Dapat Kad Raya dari Cik Niesya !

salam semua ..dela nak berkongsi pasal contest yang dela join baru2 ni , iaitu Contest Kad Raya oleh cik niesya . terkejut sangat dapat mesej kat shoutmix dari cik niesya mengatakan dela menang contest ni !! ehehhehe . dia suh inbox alamat gak kat fb . dela teruja punya pasal terus p inbox alamat . tapi sambil2 taip tu rasa ragu2 gak coz entri pengumuman pemenang contest belum kuar lagi . ntah2 ada orang saje2 je kan .

pastu pas terawih bukak fb tengok2 cik niesya balas . katanya betul la cume dia belum umumkan lagi time tu . arini dia akan pos kad raya tu . ehehhehe mtk2 abe posmen still sudi menghantar kad raya ke teratak dela ni :)

to niesya bella,

THANK YOU VERY VERY MUCH !!

walaupun kontest ni skop dia kecik je, n hadiah dia cume kad raya, tapi hadiah tu amat3 lah bermakna bagi dela ni . dah lamaa sangat tak dapat . nampaknya raya kali ni ada lah sikit kelainan coz dapat kad raya setelah sekian lama tak dapat, lebih2 lagi dr blogger plak tu . ok , sapa2 bermurah hati seikhlas hati merajinkan diri nak pos kad raya utk dela, amatlah dialu2 kan ..=) haha

sekalung tahniah jugak buat para pemenang yang lain . congrate to my sis, Zara too :)

terima kasih daun keladi , lain kali buat kontes lagi ^_^

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, August 21, 2011

Hari Kedua Puluh Satu Puasa

salam semua. watpe tu ? dela bru balik ni . ehehhehe . malam ni dah pun malam ke22 . cepat sangat masa berlalu . kan kan kan ? ok lah, sebelum dela mengarang ayat yg lebih panjang , jom kita lihat apa aktiviti puasa hari ni .

hari ni takda aktiviti jugak, borim sangat . takda geng nak buat berbual or pape je lah . bual bende manfaat dahla ye . huhuhu . pastu petang tadi kulbpe ek, lebih kurang kul5 cmtu la, letrik xda lagi ..malam semalam pun xda gak, kul12 tgh malam lebih2 mcm tu . huhu ni dah masuk kali ke3 letrik xda . kenapa ek . tiang letrik dekat kwasan perumahan ni ada problem ke ? huhu

pastu masak nasi atas dapur lah jawabnye ..a few minutes later (wahh ckp omputih) Alhamdulillah letrik ada balik .. pastu mak sedara rumah sebelah kiri datang bagi 1 set hidangan lengkap nasi kerabu ..uhuuu sebab tak cukup tangan nak bwk, dia siap buat 2 trip ehehehe . mula2 dia bawk nasi kaler kuning, ayam goreng, kerabu, limau nipis, n ulam2 dia . second round dia bwk budu n sambal tumis ..hehehhehe best2 . apa yg best di mata dela ? apa lagi, ayam goreng tula ...panas2 lagi ..hehehhe . tq2 !!

pastu menu iftar ktorang selain nasi kerabu tu ialah ikan cencaru sumbat, dan ayam masak pedas . hehe dela amek sambal tumis yg nasi kerabu tadi n ayam goreng yg nasi kerabu jugak . ahahhaa . takda mood nak makan set dia . hehehe . Umi ada beli labu sira hari ni . eheehe tapi dela tak makan labu . ahaks

labu sira . pic credit to sini

pas habis solat semua, dela n Umi gerak nak p surau . malam ni ramai jemaah perempuan . lepas habis 8rakaat, 2orang je yg balik . jemaah lelaki plak tak berapa ramai, after 8rakaat, tinggal ciput je. iskh3 sepatutnya time2 10malam terakhir ni lah kita datang sama2 mengimarahkan masjid . betui dakk .

pastu ktorang terus balik, tak stay utk moreh macam biasa . boleh bilang gn jari kot berapa kali stay utk moreh . kurang dari 5 . heheh ntah kenapa malas . menu dia ok je . hehehe

ok done utk hari ke 21 ! ^_^ stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, August 20, 2011

Hari Kedua Puluh Puasa

salam semua . taknak celoteh panjang2 . jom baca update hari ke20 pulak . hari ni lepas Subuh, dela tdor coz rasa mengantok sangat . berat tersangat berat mata ni . arini takda watpe sangat . Umi n adik kuar p beli barang dia . semalam dah kuar, arini kuar lagi . ehehe sebab semalam lupa beli barang2 adik .

menu iftar arini plak macam biasa . lauk tak berubah sangat . sambal ikan bilis, ayam goreng, tomyam . hehe . pas makan, siap2 nak p terawih . malam ni adik ikut sama . jadi ktorang bertiga pun pergi lah ke surau sama2 . tadi awal2 dela tak ngantok . pastu time dah nak habis tu, mata mula rasa berat. adehh ..pastu boleh tahan lagi . then balik rumah, tak stay utk moreh . nak cepat balik rumah, nak prepare nak buat biskut raya . yeayy ..

pastu balik adik cakap "buatla kek malam ni" . alaaa, semalam dah set nak buat biskut malam ni . uhuuuu xkire2 ..hehe . last2 adik jugak menang . semasa dela tengah menulis post ni, Umi n adik tengah wat kek kat dapur ..japg dela turut serta . ahakss sedey ke tak dapat buat biskuttt ?? ahahhaha no komenn .

ok lah entri ni sampai cni je . stay tuned:)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Makan Kenduri Tak Dijemput?

salam all . harini dah pun hari yg ke20 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yg mulia ni . Amacam puasa ? adakah penuh puasa anda ? bagi lelaki, anda memg wajib puasa penuh kecuali atas sebab2 tertentu . perempuan pulak, ada dua keadaan . ada yang puasa penuh, ada yang tidak . jangan pelik coz ada jugak perempuan baligh yg puasa penuh . dela pernah masa dekat sekolah asrama dulu . ada yang tertanya2 ada ke pompuan yg puasa penuh . mestilah ada . tak semua ada kitaran haid normal . ye dop.

ok entri hari ni bukan nak cakap pasal pompuan puasa penuh ke dak , tapi nak berkongsi pasal 1 isu yang mgkin ada korang alami atau saksikan sendiri . pernah tak korang sebagai tuan rumah mengadakan majlis walimatul urus dan menjemput sanak saudara sahabat handai makan ? dorang biasanya akan bagi duit or kasi hadiah kan ..ni yang dela experience la . time kakak kahwin aritu . tapi, dalam byk2 orang ni, ada yang tak dijemput, dan kita tuan rumah tak kenal pun dia . tak pernah kenal . tiba2 datang makan kt majlis tu . adakah haram atau halal makanan yang dia makan ?

dela pun tertanya2 gak . halal ke x. katakanlah haram kan . yelah main redah je makan . tapi macam mana kalu lepas makan tu dia jumpa tuan rumah dan kasi duit ? adakah hukumnya halal pula ? mari kita lihat jawapan dari Ustaz Azhar Idrus berhubung hal ni .

menurut ustaz, HARAM makan kenduri kahwin kalau tak dijemput waima kita bayar sekalipun . kalau nak bawak kawan plak, wajin minta izin tuan rumah dulu . ok mgkin kita tak tahu pasal ni sebelum ni . takpelah nak buat mcm mana . tapi sekarang dah tahu kan ? sama2 lah kita mengingat2 kan sesama kita umat Islam .

p/s: malam ni nak bikin cookies lagi . ^_^


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, August 19, 2011

Hari Kesembilan Belas Puasa

salam semua . tanpa membuangkan masa yang tak banyak ni (hehe) dela nak update story puasa hari ke19 pulak . pagi tadi ikut Umi p anta adik tuisyen . adik SPM taun ni . tujuan ikut Umi ialah sebab Umi suruh . hehe takda la . sebab nak beli2 barang nak raya dan barang2 nak buat biskut . mula p Pasar Besar Siti Khadijah , beli bawang, kacang hijau . beli ayam ikan . then dela beli purse . hehe nak try pakai pulak. sebelum ni tak berapa suke pakai . Umi plak beli kerongsang . She is kerongsang lover . ^_^ then, Umi cakap dia rancang nak buat LAKSA arini . apa ??? laksa ? yeayyy dah lama kot tak makan laksa penang Umi buat .

pastu start beli bahan nak masuk dlm kuah laksa . ikan dah ada, bawang dah ada, oh ya, bunga kantan . pastu ktorang masuk Mydin lak . beli biskut sampai 4 bekasss . adehhh melayang rm40++ . beli barang keperluan diri, barang dapur, etc. then p letak barang kat kereta .

pastu, ktorang masuk supermarket Pantai Timur plak . kat sana terjumpa ayah Long n his family, tgh turun tangga, maybe dah siap beli . pas greeting n salam2, dela n Umi naik atas, cari dapur gas dan cawan mini tempat nak letak biskut tu . adik mesej . dia keluar awal katanya . sejam awal . adoii . apa nak jadi la . then suruh dia tunggu je kat kereta . pastu ktorang p umah tailor, nak amek baju raya. yeayy. then sebelum balik, singgah beli cat . nak cat rumah :)

pastu sampai umah terus tolong2 potong bawang, blender bawang, blender ikan . pastu panaskan kuah laksa. pahtu dela rehat jap sampai tertidur . petangnya, Umi gtau lupa beli lada dan nenas. Umi pun ajak kuar . nak beli air soya gak . time kuar tu adik cakap umah xda letrik . aih, kenapa tiba2 xde letrik. pastu balik ktorang siap2 kan ingredient laksa dan bahagi kat umah mak sedara dua orang kat kiri dan kanan rumah . then letrik dah ada balik ..syukur ..hehehe

pastu masuklah waktu berbuka . dan, menu berbuka kami hari ni ialah . LAKSA PENANG .hheheehe best2 . pastu p solat terawih macam biasa . then balik umah rest2 jap . dela on9 jap sebelum prepare nak wat biskut .

picture credit to sini

oklah . done utk hari ni . stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, August 18, 2011

Hari Kelapan Belas Puasa

salam semua .. now time to update puasa story for today ..ngeh3, ckp ompuntih plak ini malam hahaha..semalam dela on9 dari pukul11malam sampailah 11pagi tadi uhuuuuu lama nyee. bukan apa, yg menyebabkan lama tu sebab nak tngu tengok habis cter Rasuk yang tak seberapa seram tu (hehe).

sambil2 tengok cte dela blogwalking gak .. huhuhu cter tu bagi dela tak sedap pun biasa shaja, cuma yang menggerunkan dela bunyi dia tu. terutama time fouziah gous tiba2 bukak mata, bunyi audio effect kuat amat . terkejut den . walaupun tengok di siang hari . haha so, sambil tengok tu sambil susun jari dan tengok kot celah2 jari lah ..penakut, nak tengok sangat . kawan dela Wani, dah tengok 8kali katanya . ehh betul ka ..tengok 1kali pun rasa takda feeling ..cuma seram gn audio effect dia je .. haha

ok lah tutup cter tutup cte . kita story pasal menu berbuka lak. menu berbuka arini ialah sambal ikan bilis (lagi..dan lagi..), ikan kembung rebus goreng, ikan keli masak lemak, dan ape lagi ekkk .. aihhh lupa lakk . dela makan sambal n ikan tu je . ikan keli dela makan yg goreng dan pedas je , adik lak suke yg goreng je . so xdak sapa makan lah ikan keli masak lemak tuu. huhu membazir tu . nak wat cmane, Umi tak tanya dulu suka ke tak . biasa tanya .

picture credit to kondakondi.com

pastu ktorang p solat terawih . malam ini Alhamdulillah tiada apa2 keuzuran dapat pergi solat . ^_^ malam ini jemaah pompuan ada lebih kurang 14orang . tadi mula solat dela rasa nak mengantuk coz suara Tok Imam perlahan walaupun guna mic . adehh .then, ok la pastu sudah boleh concentrate . pas solat, ktorang balik terus, tak stay utk moreh . malas . ahah

oh ya tadi dlm surau, ada nampak notis . bunyinya, majlis berbuka puasa 19Ogos 2011 di Madrasah Aminatul Rahman . semua qariah masjid dijemput hadir . lebih kurang macam tu la ..huhu nak p ke tak ek ? ntahla . will see .

esok nak p beli barang nak buat biskut raya yeayyy .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Penyakit Join Contest Dah Mula

salam semua ..nampaknya penyakit tak boleh tidur dela semakin menjadi2..makkk tulun2 ..hehehhe selain dari kedatangan penyakit xley tdo ni, ade satu wabak baru datang . nak tahu wabak ape ? jeng3 wabak mengjoin contest ! heheheh apa laaaaaaaaaaaaaaa dela ni, orang lain dah berkurun join contest, ko baru nak mula ye ...xpe2, everyone has their own starting point, ye dop ? tunggu dela tunggu dela ..pon2...ngeh3

lepas join contest kad raya, dela nak join contest lain plak . actually dulu ada tag daripada rakan blogger, tapi sebab busy masuk U punya pasal + esemen berlambaknya, dela takda peluang nak berblogging sangat . huhuhu xpe2 dela akan usaha keep track balik ye!! jangan marah, nanti kene jual ! hahaha

ok lah, nanti kalau ada segmen/contest apa2, jemputlah dela sekali ye! * muka tak maluuu ..hehehhee . insyaALLAH, dela akan update pasal contest yang dela join pasni :)

stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Jawab Soalan Contest Kad Raya

salam semua ..alang2 on9 ni, dela nak jawab tag daripada junior sekolah dulu lah. tenkiu Su coz tag akak ek ! hehehe tanpa membuang masa, jom kita terjah soklan tag tersebut >>

kalau baca dari blog Su, contest ni dianjurkan oleh cik niesyabella dan diberi nama Contest Kad Raya dan siapa2 yg menang, akan dapat kad raya daripada beliau . hehe first time dela join contest ni. mimpi ke ape pagi2 buta ni . takla, ni first try la ni . kalah menang belakang kira, janji experience. tahniah buat cik niesyabella sebab attempt to create such a nice and enjoyable contest. maybe ada yang fikir hadiah nya tak seberapa coz kad raya je, siapa lah yang nak layan kad raya sekarang kan ? tapi tidak buat dela . sudah berabad lamanya tak dapat kad raya. sekarang dunia dah makin maju, orang main anta ucapan kat fb je, pantas dan cepat, kurang dari 5saat kot nak taip wish tu . tapi, berbeza la gn dela. teruja pulak rasanya nak dapat kad raya.

alamak ! terbebel panjang plak . takpe kan takpe kan cik niesyabella ? hehe oh ya contest ni sampai kul12 tengah malam 19Ogos jek . sampai esok malam je la. huhuhu cepat2 korang ! hehe ok2 jom jawab soklannya iaitu :

"Kenapa dela nak kad raya ?"

ohhhhhhh..sebab dah lama tak dapat, teruja kott . sebab lain, nak merasa suasana zaman muda2 dulu (dapat kad raya) . lagiii...susah kot nak dapat kad raya dr blogger, kan ? hahaha dela tak pernah main anta2 kad raya kot alam maya nih ..hahaha . dan, kalau cik niesyabella insist on giving card raya to me, what can I sayyyyy hehehe ^_^

oklah tu saje jawapan dela . ohh kene tag ye .. dela taktau la nak tag sape . oklah dela tag Zara . satu je xpe kan xpe kan ?? heheehhehehhehee..:)

ok done :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, August 17, 2011

Hari Ketujuh Belas Puasa

salam semua . sekarang dela mahu update itu cerita berpuasa hari ini punya pulak. jeng3..hehehe nebes tak nebes tak ..hahahha ok2 let's start. petang tadi baru sampai di Kota Bharu dr Pasir Puteh. then siap2 utk buka puasa . sebab tiada aktiviti sangat hari ni, moh kita p terus kepada menu iftar ye .

menu berbuka arini ialah sambal ikan bilis (lagi dan lagi) hahahah sedap punya pasal, belum puas makan lagi ..hehehe pastu ada ayam goreng, ayam bakar, ikan goreng, dan gulai ayam . dela sapu sambal ikan bilis dan ayam bakar sahaja. then pekena air soya. jawabnya....tak dapat nak bergerak la..hahaha tu la siapa suruh minum..dah terliur kan air soya hari ni nak wat cmana kan ..uhuuuu. kueh pulak ada onde2, akok, dan KURMA.

pastu pas solat Maghrib tadi, dela rasa mengantok sangattttt..mata ni berat sesangat...huhu pastu gtau Umi, Umi cakap xpyh pergi ..uhuuuu Umi pun tak p sebab dela tak p. Umi tak berani p sorang2 ..cian plak kat Umi. then dela tdor sebab dah tak dapat nak tahan dah tahap kemengantokkan tu . perosak bahasa mai dahhh..hehehhee

ok la tu saje update utk hari ni . stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Guna 2 Bahasa Ajar Sains & Matematik

Kerajaan pertimbang pilihan sekolah guna bahasa Malaysia, BI

PUTRAJAYA: Kerajaan masih mengkaji kemungkinan menggunakan dua bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah, walaupun pada dasarnya program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kajian itu dibuat dalam konteks mengekalkan dasar MBMMBI tetapi pada masa sama, menimbang sama ada tawaran atau pilihan boleh dibuat kepada mana-mana sekolah yang berminat menggunakan bahasa Inggeris tanpa menimbulkan masalah.
"Apa yang kita utamakan dalam dasar baru ini ialah bagaimana kita nak perkukuh bahasa Inggeris. Ramai ibu bapa berminat pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris, sebab itu apabila ada saranan sebegitu, ada pihak meminta sama ada kita boleh beri kelonggaran.

"Perkara ini masih pada peringkat kajian oleh sebuah jawatankuasa kecil yang ditubuhkan dan dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud," katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011, di sini semalam.

April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mendapatkan maklum balas ibu bapa sebelum memutuskan pelaksanaan PPSMI di sekolah selain mengkaji kemungkinan subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah terpilih tanpa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata, buat masa sekarang, tumpuan diberi terhadap kaedah memperkukuh pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah.
Katanya, pelajar didapati kurang kemampuan menguasai bahasa Inggeris, sekali gus memerlukan kajian lebih mendalam kerana kerajaan tidak mahu melaksanakan sesuatu dasar tetapi tidak mempunyai guru terlatih bagi menjayakannya dan akhirnya tidak mencapai apa yang diharapkan.

Justeru, katanya, kerajaan perlu mengambil pandangan menyeluruh kerana cadangan yang bagus pun tidak bermakna jika tidak ada kemampuan melaksanakannya, seperti PPSMI , yang diiktiraf bagus tetapi kebanyakan sekolah tidak ada guru yang cukup fasih bahasa Inggeris bagi mengajarnya.

sumber artikel : berita harian online

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Hari Keenam Belas Puasa

salam semua . dah lama rasa tak update hahahahhaha padahal baru pagi semalam last update . hehehe ok2 now kita tengok pulak kisah berpuasa hari yang ke16 ^_^

petang semalam, dela, Umi dan adik balik kampung kat Pasir Puteh. nak bermalam 1 malam lah kat sana coz arini cuti Nuzul Quran. perjalanan ambik masa lebih kurang 45 minit je. pastu beli air, kueh, dan lauk2 sikit bawak balik . pastu bukak puasa ramai2 macam hari tu . tapi semalam ayah saudara pun ada sekali, Selasa dia tak kerja, cuti .

menu berbuka semalam ialah sambal ikan bilis, ayam masak merah, sambal isi kerang, tembikai, dan ape lagi ek, lupa lak . adeihh . kueh2 pulak ada PUTERI MANDI, akok, dan KURMA . air pulak ada soya, teh, dan tebu. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan rezeki berbuka puasa ni...

pastu ktorang p terawih. kat surau umah nenek ni ramai warga emas yang datang . yang muda2 pun 2,3 orang je. pas solat, ktorang tak stay utk moreh, malas..hehehe nenek stay gn pak sedara. yang lain balik umah terus hehe. then balik umah ktorang makan2 lagi. pak sedara n mak sedara makan nasi coz dorang belum makan time iftar tadi. dela xda watpe, main2 dengan budak kecik Hanis je. pastu tdur.

esoknya, bangun lebih kurang kul5 dan bersahur. sepupu2 punyalah liat nak bangun. pas sahur, dela rest jap, pastu p mandi dan ikut nenek p solat Subuh kat surau. lepas solat, ada kuliah Subuh kejap. lebih kurang pkul 7.05minit, dela n nenek balik umah. then, kemas2 rumah n basuh2 baju plak. pastu tengahari dela tdo. pas bngun solat Zohor suma, ktorang siap2 nak balik ke Kota Bharu . huhuhu apa lagi, Hanis nak ikut naik kereta jugak la, macam biasa. pastu dela terpaksa dukung dia bagi kat mak sedara balik, meronta2 dia tak mau ...hhuuhhuuhuh Hanis2...

pastu on da way balik, ktorang beli makanan berbuka untk hari ni dan sampai di rumah lebih kurang pukul5 lebih..pas kemas2 dan solat Asar, dela bukak lappy, dan on9 ..hehehehe

ok lah . done utk semalam punya . stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, August 16, 2011

Hari Kelima Belas Puasa

salam semua . arini dah pun masuk hari ke16 kita berpuasa . lupe lak nak update cerita berpuasa semalam punya . ok2 semalam takda buat aktiviti sangat pun, it's boring to be alone at home doing nothing, except for reciting Quran lah . pleaseee sapa2 nak temankan dela kat rmah ni ...hehehe

ok lah tak payah cakap banyak, kita pergi terus kepada menu iftar ye . sejak hari pertama puasa, tak habis2 gn menu berbuka . haha yelah, nak tengok dengan apa kita berbuka sepanjang bulan puasa ni . patut bersyukur dengan rezeki ALLAH bagi . Alhamdulillah.

menu berbuka yang ada ialah ikan CENCARU SUMBAT, daging kerutub, sup tulang, sambal ikan bilis masak petai, isi kerang masak pedas, dan ikan goreng. dela makan sup tulang (sup je, tulang x) dan ikan cencaru tu je . yang lain xmasuk . hehe bagi can kat the others . haha Umi ada wat kuew tiaw gak selain nasi . adik je yang makan, yg lain makan nasi . pastu minuman mcm biasa, teh , soya . mesti ada yg tertanya2, tak boring ke. jawapan nya tak lah tu kot, sebab hampir setiap hari air sama . peminat ramai . huhu . kueh pulak ada KURMA dan onde2 . kueh feveret dela takda semalam. hik3 nanti kita beli petang ni ye . arini Umi cakap mungkin balik kampung pasal esok cuti Nuzul Quran .yeayy

pastu semalam pun xpeg gak terawih, hujan jugak dan jalan kat lorong rumah lecak jugak. macam malam semalam punya ..aii dah rugi 2malam..sebenarnya 3malam dah dela xp, campur malam yg mula2 sekali, coz Umi tak berapa sihat nak p. huhuuu..pas solat Isyak semua, dela nak tdur dulu kejap, hajatnya nak bgun balik. tapi tu lah, tak pernah ada istilah tidur kejap. mesti lama, hahahaha sahur tadi bru bangunnnn. lalallalalalaa~

ok lah . itulah cerita semalam punya . stay tuned :)
*tahniah kepada my big sis coz berjaya wat nasi beriani . her very 1st attempt :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, August 15, 2011

Buaya Darat, Cikgu !

Cikgu : Baik anak-anak murid,pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Udin,

macam mana bunyi ayam berkokok?

Udin : Kok kokk kokkkkk!

Cikgu : Bagus Udin,Limah, buat bunyi kucing pula

Limah: Meowwww

Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya. Ajoi, buaya bagaimana pula bunyinya?

Ajoi : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya

Cikgu: Bunyi buaya apa tu?

Ajoi : Buaya darat cikgu!


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Kisah Rasulullah SAW & Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.


Agungnya akhlak dan peribadi Rasulullah SAW.


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, August 14, 2011

Hari Keempat Belas Puasa

salam semua . sekarang dela nak mengupdate ceritera hari berpuasa yg ke14 pulak . pejam celik pejam celik dah pun masuk hari ke14 Ramadhan . pejam dan celik lagi, dah nak raya . cepat betul ek masa ni berjalan . umur kita plak makin tua . tapi, dela muda lg okeh! (hahaha pasan tak habis2). oklah, sahur pagi tadi mcm biasa . malam semalam pun xtdo, jadik burung hantu lg . bila la nak berenti. adoyaiii hahaha cmne ye nak bantu kes orang insomnia niiii ?

pastu siang harinya mula lah nak membuta . haha mesti ramai kan wat mcm ni . huhu tak yah nak tipu, tak yah nak tipu...hahahahaha. ini hari dela banyak melakar peta dunia berbanding buat kerja lain . opsssss xda geng la, kalau x boleh la gak buat aktiviti sama2 ...yang berfaedah je ye..! :)

ok kita cerita terus pasal menu iftar hari ni . tadi ktorang berbuka dengan lauk sambal ikan bilis, ikan keli goreng, dan ikan goreng. air pulak macam biasa . teh dan soya. teh dan soya . kadang2 wat anggur dan sunquick . lepas tu ada kueh feveret delaaaa ...PUTERI MANDI dan bunga tanjung ..yeayyyy ..happy sangat . huhu tadi lepas iftar, hujan turun lebattt sangat beserta angin ribut kencang ..sejuknya bukan main ..adehhh.

pastu tanya Umi, p tak terawih malam ni . Umi cakap kat lorong depan umah tu lecak. emm okay, kira tak pergi la ni. pastu Umi tanya lagi lepas tu ,"baru pukul8.15 ni"..ala..ila dah memg set dah tak pergi tadi ..kih3..kan lorong depan umah tu lecak sampai lorong depan nu..dela lak belum mandi lg time tu ..nak mandi tadi sejukkkk . pastu Umi cakap xpelah xyahlah . sebab dela belum mandi lagi . kalau dela mandi berjam2, kata Umi . tu tipu dah tu, sampai berjam2. 15 minit jek ..kih3..dela makan jap kt dapur sbl g mandi . habiskan kueh bunga tanjung. haha

so, arini duk umah je, msuk Isyak terus solat dan mengaji bersama Umi . pastu g dapur, habiskan kueh puteri mandi lak. hahahhaha jahat tak ? kerja menghabiskan kueh jek malam ni . pastu rest kejap. then adik tanya lapar x . dela cakap la lapar, mana tau dia nak bagi something delicious ke . haha . pastu dia tunjuk bihun PAMA dia . nak3 ..! aritu lagi mengidam nak makan . yeayyyyyy ..pastu terus makan bihun PAMA kongsi ngan adik sambil tengok cte KL Gangster buat kali keberapa ntah . erkk kurang dari sepuluh lagi . hehehe

ok, itulah ceritera puasa hari ni . stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Terbaru ! Keputusan Liga Perdana Inggeris

Blackburn 1 (Formica 20) - Wolves 2 (Fletcher 22, Ward 47)

Fulham 0 - Aston Villa 0

Liverpool 1 (Suarez 12) - Sunderland 1 (Larsson 57)

QPR 0 - Bolton 4 (Cahill 45, Gabbidon 67-gs, Klasnic 70, Muamba 79)

Wigan 1 (Watson 21-pen) - Norwich 1 (Hoolahan 45)



Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, August 13, 2011

Duit RM1 dan RM50

Pada suatu hari, duit seringgit terserempak dengan duit lima puluh ringgit.


RM1 : " Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"

RM50: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik

AirAsia, lepak One Utama, konsert, tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?


Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,


RM1 : " Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama...'SURAU..MASJID.....SURA​U....."



renung2kan ..dan selamat beramal.. ^_^

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Hari Ketiga Belas Puasa

salam all . sekarang dela nak update pulak kisah berpuasa hari ke13 . pagi semalam, dela tak tidur langsung kerana ralit (asyik) membelek2 coding template blog dela ni . huhu pening jugak ye. nasib selalu amalkan backup template lama, kalau tak, nahas .

pastu pergi basuh pinggan dan tanak nasi untuk sahur, alih2 dah masuk kul4. memang takkan tidur dah la, last2 stay sampai Subuh dan hajat di hati nak tidur la lepas tu. tengok2, Umi ajak p balik umah nenek lak kt kampung, haha . before balik, dela on9 jap, blogwalking cincai2 . nak BW serius time tu tak sempat, nak siap2 lagi . nasib baik dah mandi . then, dela n Umi bertolak balik ke kampung di Pasir Puteh.

seronok dapat main gn si cilik Hanis . pastu pas Asar ktorang nak bertolak balik, Hanis nangis2 nak naik kereta . huhuhuhu dah jadi rutin dah setiap kali dela n family balik ujung mngu, time nak balik mesti dia nak ikut naik keta gak ..ciannn Hanis ..pastu ktorang p beli juadah berbuka , nasi, air, dan lauk pauk.

dela beli nasi kerabu + ayam bakar + telur masin, adik pompuan nasi ayam pedas, adik lelaki plak nasi + sambal ikan bilis + ayam bakar . Umi tak beli nasi bungkus, Umi beli lauk ayam percik. ktorang beli siap2 sebab tahu memang tak sempat nak siap2 kan makanan sebelum buka puasa. baik beli terus, takdalah kalut. mujur la dah suruh adik masak nasi siap2 :)

pastu pas solat Maghrib, dela rasa mengantok sangattt, dan gtau Umi taknak pergi terawih malam ni . bukan malas tau, nak pergi, tapi ngantok punya pasal, kan tersengguk2 time tengah solat plak. time tu rasa nak tidur je . pastu kesian plak kt Umi, nanti nak p gn sapa . dela plak kalau boleh taknak lah ponteng terawih sebab mengantok ! pastu, dela p minum air oren sunquick buka puasa tadi, dengan harapan segarlah sikit badan, cerahlah sikit mata. oklah bleh tahan. ngeh3..

masa on the way nak p surau, ada kat 1 lorong tu, kiri kanan ada rumah orang . tiba2 dela terdengar ade suara kanak2 dari rumah belah kiri berbunyi

"wangi kan tahi aku".......

mak aiiii apa jadah statement mcm tu ..tapi sebab budak2 kan , biasalah, takda rasa malu lagi . dela tengok Umi dah tersengih2 dah kt depan, maknanya Umi dengar jugak laaa. hahaha

hari ni jemaah pompuan ada 10orang, Alhamdulillah bertambah . lepas habis 8rakaat, sorang balik. pastu stat bila ntah, dela rasa mengantok balikkk...ya ALLAH, janganlah Kau datangkan rasa mengantok time ni Ya ALLAH ..huhu . ni mesti kerja makhluk syaitan tu, takda keja lain ka, asyik nak tiup angin mengantok kat orang jek ..huhu

pastu Alhamdulillah boleh tahan rasa sleepy tu smapai habis, ktorang terus balik tanpa tngu untuk moreh. tadi macam ada bubur pulut hitam je . haha dela tak minat bubur ..kecuali bubur ayam n bubur jagung, tekak boleh terima lagi ....:)

ok lah selesai udah report hari ni :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Balik Kampung

salam. pagi ni nak balik kampung lah kejap. rindu si cilik ! stay tuned :)
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Speechless Saturday




Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, August 12, 2011

Hari Kedua Belas Puasa

salam semua . now dela nak update puasa hari kedua belas pulak . adehhh hari-hari cakap rojak ;p

pagi semalam dela tak dapat nak tidur, tapi try jugak tapi still tak dapat . last2 tidur2 ayam je lah . pastu bangun sahur macam biasa .

hari ni ingatkan nak balik bukak puasa kat kampung, tapi tak pun . hehe Umi cakap tak larat lah . lain kali . emm okay . pastu Umi kuar gn adik petang tadi, beli lauk . dela goreng2 ayam dan siapkan makanan bukak puasa.

menu iftar kami tadi ialah ikan percik, ayam goreng, sambal ikan bilis, dan telur masin . makkk aiiii sambal ikan bilis tu punya lah sedapppp ..huhu thumbs up, Umi ! membuka selera betul makan nasi tadi . ALHAMDULILLAH ..:) hehe PUTERI MANDI hari ni takda, lupa nak beli ..haha

pas bukak puasa, dela n Umi p solat . arini Umi dah larat p masjid . bguslah, ada jugak teman dela . masa solat tadi, tiba2 angin mengantok datang menyerang . isyyyy takda kerja lain ke. nak tiup angin mengantok kat orang je . tahu kan kerja siapa kalau kita rasa mengantok ? selain dari makan banyak time iftar ? ye, kerja syaitan laknatullah . makhluk ni tak pernah berhenti nak melalaikan kita .

then, kitorang tak stay utk moreh, terus balik . huhu tak tahulah menu apa tadi .

ok . update utk hari ni .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Blog Dalam Penyelenggaraan

salam semua :)

buat pengetahuan kalian, blog dela masih dalam penyelenggaraan . tapi kalian tetap dialu-alukan datang . always :)

keep blogwalking . jangan lupa tinggalkan jejak ye ! :D

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Hari Kesebelas Puasa

salam semua . entry puasa hari ke-11 dah tiba . hehe :)

hari ni sahur macam biasa . tapi bangun agak lewat sikit, hampir 5.30pagi, imsak pulak kul5.41huhu . tapi nasib sempat .

hari ni Umi dah pergi kerja . Alhamdulillah Umi dah sihat dah skit . hari ni dela takda buat apa sangat, on9 je lebih ..hehe lebih kurang kul4 dela tanak nasi. then Asar Umi n adik pun balik :)

ok menu arini pulak . (asyk ckp pasal menu je) . hehe . ayam goreng, sup daging, dan telur masin . air macam biasa, taknak citer dah . hehe ada plak . dan PUTERI MANDI ada lagi, suke3 !! akok pun ada, onde2, dan KURMA :) dela makan sikit nasi, nanti nak sambung makan nanti balik terawih plak kueh feveret tuu ^_^

pastu sepupu mesej adik, sapa yang p solat terawih malam ni . adik gtau dela p, Umi tak p, coz belum larat . Umi tak larat nak berdiri lama, katanya . cian Umi . huhu, then , sepupu suruh r0ger dia bile nak p , okehhh :) pastu pas dela siap2, terus p surau gn sepupu .

yeay malam ni dela ade teman nk p surau ..smlm sorang2 jek . berdua lebih baik kan ..malam2 ni . malam td pun 9org je jemaah pompuan . nak dijadikan citer, makcik sebelah dela asyk intai2 je kt celah2 tabir . eh makcik ni tgk sapa ekkk ..pastu bila dia tengok dela n sepupu tgk pelik kat dia,. dia pon gtau "ada budak besar ni (sambil tunjuk tangan dia rapat ke lantai) solat jugak".
pastu dela ckp yeke . pastu dela plak intai . adehhh . dela suka budak2, tambah2 yg kecik2. konpem budak yg makcik tadi ckp kecik ^_^

kecik mcm ni la ..tapi dia duk kat blkg la :)
pic credit to blog Suraukini

pastu dela tgk alahai tomeinyaaaa ..lebih kurang umur 2 or 3 tahun cmtu, pakai baju melayu lengkap dengan songkok ( sampin xdela, belum raya lagi ahaha) kaler maroon ..tgh siap2 nak angkat takbir nak solat sama. yang best n terharunya, si cilik ni stay sampai 23rakaat ..! xtaulah dia datang kulbpe, tapi bagus lah kan solat sampai habis .

tetiba makcik sebelah ckp " anak sedara tok imam tuh" laaa yeke patutla, baguihhh ..tapi bapaknya sapa ? hahaha tak kira lah anak sapa2 pun, imam ke loyar ke cekgu ke engineer ke, latihlah anak solat sejak kecik . supaya dia akan biasa begitu bila besar . pastu lama2 dela tgk budak tadi dah baring terlentang . olooloo ..dah penat ye dik ? xpe, rehat dulu :)
nice2, i like kids ! <3

pastu td ada moreh, tapi ktorang xstay ..n balik . sbl balik, dela singgah kedai jap, nak beli air kotak Milo . hehe dah lama xminum Milo . padahal kat umah ada je , wekkk ..pastu smpai kat umah, bace Yaasin dulu, malam ni kan malam Jumaat . pastu makan kueh puteri mandi tadi ..emmm best2 , anda patut cuba, bagi yang tak cube lagi la ..pastu tgk cte n on9 :)

done . apa cerita puasa anda hari ni ?

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...