Sunday, June 20, 2010

selamat hari bapa, abah!

salam semua. hari ini 20 jun, hari bapa disambut di Malaysia. kat negara lain tu hari lain lah. hehe di negara kita, hari bapa ini disambut pada hari ahad ketiga bulan jun setiap tahun.jadi, apa persiapan korang sempena sambutan hari bapa ini? adakah dibelikan hadiah berupa jam tangan, baju, souvenir istimewa sempena hari bapa or sebagainya. walau apa pun hadiah yg diberikan, ia tidaklah setulus n seikhlas kasih sayang kita pada bapa kita kan?

sambutan utk ibu atau bapa ini sebenarnya bagus dianjurkan kerana ia akan lebih mengingatkan kita akan pengorbanan, kasih sayang dan cinta terhadap ibu bapa kita. idea sambutan utk ibu bapa ini sebenarnya dtg dr orang putih yg menetapkan tarikh2 tertentu utk mengingati ibu n bapa. padahal kita dianjurkan supaya sentiasa menyayangi parents kita. jangan sayang ibu bapa kita secara bermusim. menyayangi ibu bapa adalah salah satu drp tanggungjawab kita sebagai anak. iya lah, kalau tiada mereka, tiadalah kita.

buat pengetahuan semua, Abah dela telah kembali ke rahmatullah pada awal 2007. masa tu dela baru berada dlm semester pertama di uitm terengganu. walaupun amat berasa kehilangannya, tetapi semangat dr ahli keluarga, sanak saudara, dan rakan2 telah membantu dela utk bangkit dan mengharungi kehidupan di universiti. terima kaseh semua!

Ya ALLAH! kau tempatkanlah abahku dlm kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. cucurilah rahmat ke atasnya selalu. Amin.

p/s: al-Fatihah utk Allahyarham Abah

i love you abah

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

3 comments:

Fit said...

sgt mendalam nasihat cik dela tu.
"jangan sayang ibu bapa kita secara bermusim."
semoga ramai yg sedar akan maksud ayat ni.


al-fatihah untuk arwah abah cik dela.

dela taufique said...

terima kaseh banyak2 utk ingatannya.

unknown said...

bagus nasihat tu..ssetuju2..jgn sayang parent secara bermusim.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...