Wednesday, June 23, 2010

ujian khas masuk sekolah asrama penuh

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mewujudkan ujian khas menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai kelayakan untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bagaimanapun berkata, ujian khas itu tidak akan diwajibkan, sebaliknya terbuka kepada pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh.

“Sebelum ini pun ada pelajar cemerlang mendapat 5A dalam UPSR, tetapi tidak mahu memohon asrama penuh dan mahu kekal di sekolah harian, jadi mungkin kita tidak mewajibkannya, sebaliknya terbuka untuk pelajar berminat,” katanya pada sidang media selepas menerima lawatan kira-kira 49 anak yatim dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini, semalam.

Dr Mohd Puad berkata, ujian khas itu juga akan diselaraskan Kementerian Pelajaran sendiri dan bukan pihak sekolah berasrama penuh.

Di BANGI, Pengambilan pelajar lepasan sekolah rendah dan sekolah menengah ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak akan terjejas jika kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata MRSM mempunyai kaedah sendiri dalam membuat penilaian bagi pengambilan pelajar ke maktab berkenaan dan bukannya berdasarkan kepada keputusan UPSR atau PMR sepenuhnya.

“Saya ingat itu tak jadi masalah dan jika Kementerian Pelajaran memutuskan untuk memansuhkan UPSR dan PMR, kita akan guna pakai kaedah penilaian sedia ada dalam MRSM untuk dasar pengambilan pelajar,” katanya.

sumber dr berita harian online
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

1 comment:

ubi said...

bagus jugak ujian nie diadakn.tapi ia dihadkan kpd pelajar yg cemerlang saja ek...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...