Thursday, June 17, 2010

10 nasihat untuk orang bercinta

salam. dela merasakan malam ini agak sunyi berbanding malam2 sebelumnya. ke mana kah bloggers semua pergi ye? adakah tgk world cup? adakah tido? adakah kuar jalan2? adakah? adakah? ok2, takpelah takde orang pun, janji, dela terus posting dan blogwalking. ye tak? mlm ni dela nak kongsi tentang 10 nasihat untuk orang bercinta. haa, siapa yg makan lada, mulut die lah yg ternganga. hehhehehe. mari kita lihat apakah nasihat2nya;

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

dela petik artikel ni dr iluvislam.com
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

2 comments:

fndrocka said...

best..best..

Fit said...

wahh..nasihat yg membina :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...