Sunday, June 27, 2010

'ragging' perbuatan zaman jahiliah

salam semua. hari ini dela ingin berkongsi tentang satu isu yg melanda bebudak sekolah terutama yg tinggal di asrama, iaitu buli a.k.a ragging. dulu masa dela kt sekolah takde la plak dengar bebudak kene ragging teruk2 sampai membawa maut. cuma, senior ragging junior time minggu suai kenal. tu pun bukan ragging sangat,just sesi kenal mengenal je. itu sahaja. tapi perbuatan ragging atau buli ini tidak baik dan boleh memudaratkan sebenarnya. dan ia tidak berlaku di asrama sekolah2 sahaja. kat kem tentera pun ada jugak ye. spt yg kita tahu dulu kuar kat berita budak sekolah asrama maut sebab kene ragging gn bebudak lain. pastu ade lg. yg dela terlepas pandang pun ada. yg terbaru, kejadian buli di sekolah tentera di mana Allahyarham Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 dikatakan maut kerana dikaitkan dengan kejadian dera dan buli. kita ikuti berita dr berita harian online ini:

Zahid anggap 'ragging' perbuatan jahiliah

2010/06/26
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dikaitkan dengan kejadian dera dan buli adalah satu tindakan jahiliah.

Katanya, kejadian ‘ragging’ pelajar junior tidak seharusnya berlaku di mana-mana sekolah, khususnya di sekolah tentera dan pelakunya mesti dikenakan hukuman berat.

“Kementerian memandang serius perbuatan zaman jahiliah ini. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar terbabit selepas siasatan siap sepenuhnya dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah tentera selain mengikut undang-undang sivil.

“Berulang kali saya tegaskan supaya jangan jadikan buli sebagai satu budaya kerana ia adalah perkara yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh di sini, semalam.

Zahid turut menafikan dakwaan pihaknya lambat bertindak dalam menangani kejadian itu, sebaliknya beliau berkata kementerian menubuhkan lembaga siasatan sejurus dimaklumkan mengenainya.

“Kejadian itu berlaku tengah malam semalam (kelmarin) dan kita menjalankan siasatan serta mengambil tindakan secepat mungkin termasuk menghulurkan bantuan penerbangan ehsan membawa jenazah pulang ke kampung halamannya,” katanya.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Muhammad Naim pengsan selepas dikatakan dibuli oleh sekumpulan lima pelajar senior di bilik asramanya dan meninggal dunia sebaik tiba di Pusat Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) Kem Perdana Sungai Besi sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.
Jenazah Allahyarham kemudian diterbangkan ke kampungnya di Baling, Kedah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siong.

salam.

p/s: dela pernah kene buli mase form1! hehehe
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...