Ke mana saja kita pergi, pasti akan terdengar perkataan Facebook. Sehingga ini, Facebook dilihat lebih mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pengguna.
Saya sudah berpengalaman selama berbelas tahun dalam hal berkaitan internet dan laman web sosial. Keajaiban Facebook ialah laman ini mencetuskan satu fenomena luar biasa terhadap hampir kebanyakan masyarakat dunia melalui cara berinteraksi dan mengenali rakan sehinggakan laman sosial Friendster dan Myspace semakin dilupakan.
Berdasarkan polisi Facebook yang terang-terangan menyatakan bahawa pihak Facebook tidak melindungi privasi dan keselamatan data seseorang individu yang menyertai Facebook dan pihak Facebook juga boleh memanipulasikan data seseorang seperti imej tanpa kebenarannya.
Saya percaya ramai pengguna Facebook di Malaysia tidak mengetahui polisi ini kerana rata-rata mereka hanya mahu menambah kenalan secara maya saja tanpa menyelidik terlebih dulu terma dan syarat Facebook. Saya cuma musykil ke manakah data setiap individu di dalam Facebook disalurkan?
Facebook menyebabkan muda-mudi kita lupa akan tanggungjawab mereka terhadap agama dan keluarga misalnya fungsi ‘chatting’ dan permainan dalam talian seperti ‘Farmville’. Aplikasi ini menyebabkan mereka terlupa atau terlewat menunaikan perintah Tuhan atau tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Ramai individu mengalami tekanan perasaan dan emosi yang tidak stabil akibat terlalu taksub menggunakan Facebook.
Saya berharap pengguna internet di Malaysia sentiasa berwaspada ketika menggunakan Facebook dengan tidak memasukkan data peribadi ke dalam ruangan ‘profil’. Janganlah anda lupa tanggungjawab hakiki anda terhadap agama, keluarga dan negara.
HTML MELAYU,
Butterworth.
sumber dr berita harian online
2 comments:
setuju tu...
pasni kalau millatfacebook dah ok..
apa kata kita semua pindah erk..=)
hehehe, bgus cadangan tu.
Post a Comment