Thursday, June 17, 2010

UiTM Cemerlang

salam semua. hehehe, selamat hari khamis ye semua. cepat betul masa berlalu, tup2 da ari khamis dah. ok2, sebelum dela semakin melalut (hehe) ni dela nak kongsi kejayaan students UiTM kita yg mendapat tempat ke-3 dlm pembentangan kertas kerja pada Persidangan Antarabangsa Kaspersky baru2 ini. kat mana? ha, kalau nak tahu ceritanya lebih lanjut, jom ikuti berita di bawah ney;

Dua pelajar menang anugerah di Poland

DUA pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama negara apabila meraih tempat ketiga pada Persidangan Antarabangsa Kaspersky yang berlangsung di Universiti Jagiellonian, Krakow, Poland, baru-baru ini.

Asnita Hashim dan Raihan Md Saidi melalui pembentangan kertas kerja, ‘Normal Signature Based IDs for E-cafe’ menerima wang tunai 1,000 Euro (RM4,018) untuk tempat ketiga selepas juri menilai lebih 100 penyertaan lain yang dihasilkan pelajar dan profesor dari universiti terkemuka dunia.

Asnita berkata, beliau dan Raihan mengambil masa setahun untuk menyiapkan kertas kerja penyelidikan itu, bermula dengan merangka hingga kepada pembentangan pertama dalam saingan peringkat Malaysia.

“Kertas kerja itu memperincikan bagaimana ancaman cecacing virus komputer boleh dikesan ketika ia merebak ke seluruh rangkaian dalam persekitaran khusus dan memantau sepanjang masa terhadap ancaman oleh penjenayah siber yang ingin mendapatkan mesej penting dan data termasuk maklumat peribadi dan sulit.

“Anugerah yang diterima ini meningkatkan lagi semangat kami melakukan lebih banyak penyelidikan baik dalam konteks Malaysia atau antarabangsa. Kami akan menggunakan hadiah wang tunai RM4,023 untuk melakukan penyelidikan baru,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kaspersky Lab Asia Limited bagi rantau Asia Pasifik, Gun Suk Ling, berkata setiap pasukan yang bertanding, membentangkan hasil kajian masing-masing untuk dinilai dengan teliti oleh profesor dan pakar Kaspersky Lab dan penilaian dibuat berdasarkan prestasi pembentang mengikut kriteria tertentu seperti signifikasi sosial, kesesuaian projek, praktikal dan inovasi serta kemampuan membentangkan konsep dan idea dengan meyakinkan.
Pada persidangan itu, tempat pertama disandang pelajar Universiti Birmingham, United Kingdom, Camilo Gonzalez dengan kertas kerja ‘Analysis of BitTorrent Peers: Behavior and Monitoring Trend’ yang menerima wang tunai 1,500 Euro (RM6,028) dan peluang mengikuti latihan selama sebulan di Kaspersky Lab, Moscow, Rusia.

Tempat kedua pula diterima pelajar dari Universiti Novosibirsk State, Rusia, Dmitry Kovalev melalui kertas kerja ‘Dictionary-Based Spam Detection Methods’ mendapat wang tunai 1,000 euro (RM4,018).

sumber dr berita harian online

p/s: bangga jadi warga UiTM
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

5 comments:

Artzlizan said...

tahniah la uitm...

dela taufique said...

sama2 (tolong jawab) hehehe

Anonymous said...

power lar uitm... :) awk blajo uitm mane?

dela taufique said...

sy bekas student uitm terengganu :)

unknown said...

uitm dihatiku...hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...