Wednesday, June 09, 2010

to: isteri kesayanganku

salam. hai, dela kembali lagi dengan kisah lucu. lucu ke. ah, kire lucu lah. kalau tak lucu, buat2 lah lucu, ye tak? haha. melalut sudah. ok gni ceritanya;

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. terdapat sebuah komputer dlm bilik yg dia duduk tu. dia pun mengambil keputusan utk menghantar emel kpd isterinya. ai, baru sampai dah rindu. hantar emel lak tu, mesej henpon suda..ok2 stop. lelaki tu pun start la menaip. malangnya, dia telah tersalah taip alamat emel isterinya dan tanpa menyedari kesilapannya itu, die pun terus menghantar emel tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang dr majlis pengkebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan utk menyemak emelnya utk melihat kalau2 ade mesej dr saudara- mara atau teman2. selepas membaca emel pertama itu, janda tersebut terus jatuh pengsan. anak lelakinya yg kebetulan melalui bilik ibunya bergegas mendapatkan ibunya yg sudah tidak sedarkan diri. si anak pun terus membaca emel di skrin komputer:

To: Isteri kesayanganku
Date: 16 May 2002
Subject: abang telah selamat sampai. abang tahu sayang pasti akan terkejut dgn kehadiran mesej ini. mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar emel kepada sesiapa shj terutama insan kesayangan kita. abang telah selamat sampai dan telah menginap dgn aman di sini. abang lihat semuanya telah disediakan di sini utk kedatanganmu pada hari esok. semoga berjumpa denganmu nanti, sayang. abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna spt apa yg telah abang lalui ketika ini.

sekian, salam sayang dr abang.


p/s: berhati2 bile nak taip emel tu.

salam dr dela.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

1 comment:

Fathi Adha said...

emailnya biasa saja...tp situasinya...sangat terkena....

nice sharing..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...