Monday, December 27, 2010

jalan2 ke KB Mall

salam..hari ni dah pun 27hb..tinggal 4hari je lagi sebelum masuk tahun 2011. em tak lame dah tu..mcamane dengan persiapan masing2? bagi pelajar sekolah, tentu sedang sibuk membeli barang keperluan sekolah yg baru kan? mcm kasut, beg sekolah, dll. tp kalau masih elok, usahlah dibeli yg lain. bagi pelajar universiti pula, tentu tengah sibuk beli barang nak masuk sem baru ni kan? em beli, beli jugak. tapi berpada2 lah. berjimat lah selagi boleh :)

semalam, ari ahad, dela kuar ngan member lama dela, Fizah. dia duk Pasir Pekan, dekat Wakaf Bharu. dia member dela mase duk Sultan Ismail College (SIC) dulu, time Tg 6..dela sempat belajar Lower6 sampai habis then dapat offer masuk UiTM sekali gn Fizah. Kami dapat kos yang sama, bilik yg sama, masuk kurikulum yg sama, kelas yg sama...semuanya sama..paling penting, pakwe tak same..ye tak? hahahahha

tadi, lebih kurang kul10 pagi lebih cmtu lah, ktorang jumpa kat KB Mall, dah plan nak jumpe kt situ. then, ktorang round2 dlm pasaraya tu dulu, coz kedai baru nak bukak je time tuh..huhu sape suh dtg awal sangat...ktorang g kat tingkat atas, masuk kedai kasut n lain2..pastu dela tertarik gn satu design kasut tumit tinggi ni..then terus snap photo kasut tu..>>

hahaha..cantik tak..sebenarnya bukan tertarik nak beli, tp tertarik nak tgk je sbb design die pelik..haha

hahahhaha..pastu pergi lepak kedai Speedy yg jual CD, DVD, semua tu..ade member sekolah rendah dulu yg kerja kat situ, baru 2 hari. shahidan namenye. muka die manis je..suke sengih n senyum..:) so, sambil jenguk dia, dela tengok2 CD2 yg ada..em ada yg berkenan nak beli, tapi fulus plak tak berapa nak ada..ceh,,

then, ktorang p makan coz pagi tu sebelum bertolak dela belum makan lagi. ktorang p makan kat KFC..snack plate, cheesy wedges, dan milo ais jadi santapan kami time tu..huhu sambil makan, sambil borak2..dah lama tak jumpe die sejak die masuk degree..huhu..pastu setelah berasa agak lama berada di situ, ktorang pun sambung perjalanan. ceh, bajet naik keta jalan jauh2..hehe

pastu pergi balik dekat Speedy tadi..nak beli CD Maher Zain, tp fulus tak berapa nak ada..(again)..huhu then, just beli CD cter hantu je..baru je pas tengok td..cover dia mcm cter hantu. rupe2nye cte bunuh2,,iskh...dela lebih suke layan cte hantu dr cerita bunuh..dahlah die bunuh gune gunting..iskhhhh seramm...tajuk die The Scissors Massacre..korang dah tengok ke cte ni? hahahah dela baru nak tgk daa...hehehhehe cte die agak "kelembapan" sket..hehehe..layan je..;p

then , masuk Reject Shop kejap..pusing2 bukan beli ape2 pun..hahhahaha tengok2 aje. dah tahu duit takde masuk watpe..hahhhaha..:D sempat snap photo kat situ>>

pastu ktorang masuk Guardian..dela beli shower gel. member lak tak beli ape2..pastu die dapat 1 panggilan telefon..dari adik die, ckp die, mak sedara, n sepupu sepapat member dela ni on da way ke KB Mall, nak g main boling. dela pon decide nak g sekali..dela belum pernah jejak kaki kat tempat boling. hahhaha kuno tak? hahaha..ni first time dela masuk..tp tak main pun..just watching Fizah n her families play..huhu..pastu lebih kurang sejam lebih kemudian, dela mesej mak suruh datang amek...huhuhu..

bye fizah..nanti lain kali boleh jumpe lg kan...banyak mase lg..^_^

oklah sampai sini dulu..salam :)
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, December 25, 2010

sekolah yang tak ikut jadual mula sesi persekolahan | tindakan tegas

KANGAR: Kementerian pelajaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana sekolah yang didapati gagal memulakan persekolahan awal tahun depan seperti dijadualkan, terutama atas alasan yang tidak sewajarnya.


Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, mahu semua bentuk alasan atau gangguan berkenaan termasuk kerja pembersihan, orientasi pelajar dan mesyuarat guru disempurnakan lebih awal iaitu sebelum 1 Januari.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana segala aktiviti berkenaan seharusnya dilakukan lebih awal iaitu seminggu sebelum sekolah dibuka.
“Justeru, jika ada sekolah yang gagal berbuat demikian, surat tunjuk sebab akan diberikan kepada pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis, Abdul Hadi Harun dan Guru Besar bahagian Sekolah Rendah IPGM Perlis, Kamarudin Ismail.

Difahamkan, Noor Rezan kini dalam proses lawatan kerja ke semua sekolah di seluruh negara bagi mendapat maklum balas dan perkembangan mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selain meninjau persediaan sekolah bagi permulaan sesi persekolahan ini.

Selain itu, Noor Rezan berkata, pihaknya berpuas hati dengan program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIT) dan Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang dilihat membuahkan hasil.
Katanya, melalui program itu, banyak sekolah yang sebelum ini berada pada tahap enam dan tujuh iaitu kategori lemah, berjaya dilonjak ke kedudukan yang lebih baik.

“Melalui program ini, setiap masalah yang dihadapi boleh diselesaikan secara bersama sama ada di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian demi meningkatkan mutu pendidikan Negara,” katanya.

sumber : beritaharianonline

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, December 24, 2010

lawak pilihan pagi jumaat

salam. rase nak berkongsi lawak la plak. lawak ni dela jumpe kt laman web Lawak Jenaka..Malaysia punye lawak jenaka..hik3..maybe ade yg dah pernah bace.tp xpe, bace sekali lg...tajuk die, SEBELUM DAN SELEPAS!! have fun :)

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

wajah baru dela

salam semua..hehe terkejut tak..dela dah ubah layout baru..haha baru tergerak hati nak tukar yg lain..rasa dah boring sangat dengan yg sebelum ni. boring, membosankan..haha orang kelantan ckp "puah"..huhu ;p

amacam? ok x? layout ni biasa sahaja, tapi lebih nampak spacious sket dr yg sebelum ni..kan? huhu ubah selera sket..pasni kalau dah boring yg ni, tukar yg lain plak! hahaha..wat sementara layan yg ni dulu..:)

em, hari ni dah 24 disember..sabtu depan (1hb) dah nak bertolak balik UPM. huhu malasnye rase nak balikk...nak duk umah...!! tapi, duk umah bukan ade keje pun,,makan, tdo, on9..makan, tdo, on9....hahahahahhaa!!

tp xpe, esok ade pengisian. esok nak g umah member. dia kahwin esok. she's one of my best friends in secondary school. dah nak kahwin dah die...dela bile lak? iskh...jgn ditanya soklan cepu mas tuh ;p

huhu pastu ari ahad nak kuar dating gn member lak..member kenal mase masuk Tg.6 dekat SIC, pastu same2 masuk UiTM amek diploma same2, kos same, bilik same..segalanya same..erkk pakwe tak same ye! ;p
so, boring2 time cuti ni nak ajak la die kuar. then, we decided to go out on this sunday ^_^ ..rindunye kat member sorang neh..lame xjumpe..coz dela further study ke UPM, dia lak sambung UiTM..huhu

ok lah. setakat tu je. hari ni ajatnya nak kuar p beli barang utk masuk sem baru ni..ajatnye la...hhahahha

haaaa result PMR dah kuar..tahniah buat adik2 yg berjaya!
tahniah buat adik2 kat:
SMKA Tok Bachok
SIC
SMK Zainab 1
SMK Ahmad Maher

dan sekolah2 lain..

ok lah. salam..:)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, December 18, 2010

ajaran tak pernah diiktiraf di Malaysia

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia dinasihatkan supaya tidak keliru dengan ajaran Syiah yang cuba dibawa dan dihidupkan di negara ini kerana kerajaan hanya mengiktiraf ajaran Islam yang berasaskan kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Shafie sebagai ikutan.

Tokoh agama yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz, berkata Syiah tidak pernah diiktiraf di Malaysia kerana banyak ajarannya bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah malah yang lebih membimbangkan ada dari kalangan mazhab Syiah yang memang terkeluar dari ajaran Islam.
“Itulah sebabnya ajaran Syiah tidak diiktiraf kerana ia memberikan implikasi yang besar terhadap pemahaman akidah umat Islam kerana ajarannya yang tidak selari dengan ajaran dibawa Rasulullah SAW.

“Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap kira-kira 200 pengikut ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha dipercayai ajaran Syiah yang mengamalkan 23 penyelewengan termasuk memukul badan dengan rantai besi sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa di Taman Seri Gombak.

Hassan berkata, banyak ajaran Syiah yang terang-terangan menyimpang dan bertentangan dengan ajaran Islam termasuk memukul badan dengan menggunakan rantai pada 10 Muharam sebagai tanda menyucikan dosa, menziarahi kubur Saidina Hussein (cucu Rasulullah) sebagai ganjaran ke syurga serta menghina isteri Nabi Muhammad SAW.

sumber: beritaharianonline
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, December 17, 2010

result oh result part 2

salam semua.

hari ni result dah kuar,,yang rasmi punye...aritu lom rasmi..dan dela dimaklumkan rakan2 tiada sebarang perubahan berlaku...alhamdulillah. syukur padaMu ya ALLAH!

tahniah
diucapkan kpd rakan2 sekalian..nanti kita buat yg lebe baik next sem yep!



salam blogging dr dela
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, December 16, 2010

usah percaya dunia kiamat 2012

Mufti ingatkan umat Islam jangan taksub mitos Planet Nibiru

KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mengingatkan umat Islam agar tidak mempercayai kewujudan Planet Nibiru dan ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012.

Katanya, umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat adalah ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.
“Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran dan Rasulullah SAW, jadi usah fikirkan bila ia akan berlaku.
“Soal masa hari itu tiba, hanya Allah SWT mengetahui dan sebagai orang beriman, kita harus mempersiapkan diri dengan amalan untuk bekalan di akhirat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan agensi angkasa antarabangsa lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menafikan kewujudan Planet Nibiru kerana tiada bukti saintifik mengenainya.

Ketua Unit Penyelidikan Sains ANGKASA, Mohd Fairos Asillam menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili di Dewan Negara, kelmarin mengenai dakwaan bahawa Planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 tidak benar.

Ramalan ahli falsafah Perancis, Nostradamus pada abad ke-16 mendakwa, kiamat akan berlaku apabila Planet Nibiru melanggar bumi menjadi perbincangan hangat orang ramai melalui internet sejak tahun lalu.
Apabila perlanggaran berkenaan tidak berlaku pada 2003 seperti yang diramalkan Nostradamus, ia kemudian ditukarkan kepada 2012 berpandukan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah sebelum Masihi yang mana tarikh kalendar kaum terbabit berakhir pada 21 Disember 2012.


sumber : beritaharianonline
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, December 15, 2010

follower ke200 dela

salam semua...

hari ni dela nak wat entry special utk follower ke200 dela, iaitu cik Ezzah..cik Ezzah boleh dikatakan beginner dlm dunia blogging, sbb dela adalah first follower die ! ni first time dela follow blog yg belum ada follower. dela rase bangga dan terharu lak !

kalau nak ke blog cik Ezzah, sila ke sini

tq ye cik Ezzah coz follow dela !


salam blogging dr dela


p/s: pose tak arini ?
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

puasa pada 9Muharam

salam.

hari ini 9Muharam, umat Islam juga digalakkan berpuasa selain esok, Hari Asyura 10Muharam. jom kita tengok hadis2 tentang puasa pada hari ke9 bulan Muharam ini>>>


Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

sumber : HALUAN
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, December 14, 2010

kemasukan ke IPTA, TEVT, ILKA secara online tahun depan

KUALA LUMPUR: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setarafnya boleh membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi pengajian 2011/2012 secara talian di www.upu.mohe.gov.my.

Menurut Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA adalah terbuka kepada lepasan SPM atau setaraf, lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lepasan Sekolah Menengah yang akan dilaksanakan secara serentak dengan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM.
Institusi yang terbabit dalam kemasukan ke program sijil dan diploma di TEVT dan ILKA adalah Politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).

Ia termasuk di Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan Kolej Komuniti.

Menurut JPT, permohonan ke IPTA pula dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori A untuk lepasan SPM tahun ini, kategori B untuk lepasan SPM tahun lalu atau 2008, kategori C untuk lepasan SPM pada 2007 atau sijil setaraf yang diiktiraf IPTA.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

planet Nibiru bakal langgar Bumi | kerajaan nafi dakwaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan berkenaan.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutama di internet sejak tahun lalu. - BERNAMA

sumber : beritaharianonline
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

penantian suatu penyiksaan

salam semua.

hari ni takde uat ape sangat, just on9 macam biase jek. nak cakap pasal ape ek ? huhuhu arini dah selasa. berdebarnya tngu ari jumaat..dub..dab..dub..dab..waaaaaa nervousnya.

pasal ape tajuk nye cam feeling sangat ? ye lah, dah xtau nak letak tajuk ape dah. yg tu je terlintas kat fikiran td. kui3

ye, bg students, memg menunggu exam results kuar itu 1 penantian yg menyiksakan..huhu..tak dapat dinafikan..

ok la sampai setakat ni dulu..dah2


salam blogging dr dela
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, December 12, 2010

yeay ! kelantan menang lagi

salam.

malam tadi berlangsung perlawanan bola sepak antara Kelantan (Gomo Kelate Gomo) dan Kedah (Pulun Kedah Pulun) di Stadium Sultan Muhd ke4. umah dela dekat jek gn stadium, tp xde plak dengar sorakan..senyap jek..pastu baru ade dgr..maybe senyap sbb time tu xde gol dijaringkan lagik...

sampailah nak dekat 2jam, dua2 pasukan still seri lg 0-0. pastu dapat penalti dan kemudiannya berjaya kalahkan Kedah 4-3..yeay !! kelantan menang lagi...syabas Red Warriors! kemenangan demi kemenangan telah Red Warriors kecapi. kami warga Kelantan bangga sangat. :)

ok lah, ok lah..baca petikan berita ni dulu utk info lebe lanjut ya ;p


KELANTAN
muncul juara buat kali ke-13 kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 malam tadi apabila menundukkan Kedah 4-3 pada penentuan penalti di Stadium Sultan Muhammed IV selepas kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan sepanjang 120 minit permainan.
Penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail muncul wira selepas menyelamatkan dua sepakan penalti pelawat dengan Khairan Ezuan Razali mengesahkan kemenangan apabila menyempurnakan sepakan kelima tuan rumah.

Pada babak pertama, Kelantan terlebih dulu mengasak kubu lawan menerusi percubaan minit ketujuh Mohamad Ramzul Zahini Adenan tetapi gagal disudahkan dengan baik di depan kira-kira 10,000 penonton.

Rentak permainan kedua-dua pasukan juga terbantut akibat permukaan padang yang becak hingga menyebabkan permainan kurang menarik tetapi tuan rumah meningkatkan asakan sebaik perlawanan bersambung di babak kedua.

Begitupun beberapa peluang di depan pintu gol Kedah gagal disudahkan barisan depan pasukan kendalian Zahasmi Ismail itu sebelum permainan bertukar tegang dengan dua pemain pelawat, Wan Mohd Asraf Wan Ali dan Muammar Nur Halim Rahim dilayangkan kad kuning.

Kedudukan kekal 0-0 sehingga wisel penamat dibunyikan yang memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Dua babak tambahan juga berakhir tanpa jaringan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

sumber beritaharianonline

p/s: proud to be a kelantanese
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, December 11, 2010

result oh result

salam

apa khabar semuanya? harap sehat2 belaka. dela skang duk umah, cuti sem. tengah2 cuti ni takda apa sangat yg dela buat, just makan, tdo, on9..hehehe apa nak jadi daa...ye la nak kuar pun cuaca tak menentu..musim2 cuti sem ni mesti ramai students ipta tgh tngu result kan ? Uitm results dah kuar...dan SEKALUNG TAHNIAH diucapkan kepada my lovely sis, ZARA sbb dapat 4flat! huhu bangga sungguh i....(jeles pun ade..hehhe xpe jeles utk naikkan semangat utk buat yg lebe baik, tol x)

ari kamis aritu bukak fb, tgk member post pasal UPM result da kuar...apalagi nervous pun dtg...cek punye cek, Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..result ok, berbaloi gn usaha..(kalau xmaen2, leh dpt 4flat cam along..hehe) tp knp hati ini rase mcm result tu xrasmi lg...sbb ade simulasi..ape benda pun xtahu..hehe..tp wat dunno jek..dalam hati dela panjatkan rase syukur yg amat sangat dgn keputusan exam ini.

pastu semalam ari jumaat, ade member post kt wall die, gtau keputusan tu xbetul lg sebenarnya, pihak akademik just nak test sistem portal tu je...result yg sebenar punye kene tngu 17hb ni..huhu ntah knp tibe2 dtg perasaan sedih...betul ke result yg aku dapat tu? kalau makin sikit,...kalau makin bnyk..nak3!! sape xnak kan....em xpelah tngu ajelah mingu depan...dela terima ape jua keputusannya. maybe kalau berganjak pun sikit jek (sedapkan hati) hehee

korang, doakan dela yep ! kalau boleh time sem1 ni la nak skor tinggi2..nak cover utk sem2 berikutnye...n juga sbg penyuntik semangat utk wat yg lebe baik..

salam blogging dr dela !

p/s: nak cek portal ke nak tngu abg posmen dtg ?
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

wanita pertama makan hati manusia

salam. jom baca kisah wanita pertama yg makan hati manusia >>

Hindun bt Utbah
adalah seorang wanita yg berfikiran jauh, bersemangat kental serta mempunyai harga diri yg tinggi. semasa peperangan Badar, Hindun dan suaminya masih lg kafir dan mereka telah mengetuai kaum mereka menentang Rasulullah. dalam peperangan ini Hindun telah kehilangan banyak keluarganya termasuk ayah, bapa saudara, dan 2 saudaranya. kematian mereka telah membuatnya menyimpan dendam terhadap kaum muslimin. ketika berlakunya peperangan ke2 iaitu Perang Uhud, Abu Sufyan dan Hindun sekali lg mengetuai kaum mereka.

dlm peperangan ini mereka bertindak lebih ganas, die bersama para pengikutnya telah menzalimi mayat kaum muslimin dgn memotong hidung, telinga, bibir, mata n lain2 nya utk dijadikan perhiasan. bahkan die akan memberikan hadiah pd sesiapa yg melakukan lebih drp itu. Hindun ada memberi hadiah kpd seorg hamba bernama Wahsyi kerana dialah yg merobek perut Hamzah bapa saudara Nabi lalu memotong hatinya dan diberikan kpd Hindun. Hindun dgn perasaan marah dan dendam telah mengunyah hati Hamzah kemudian dikeluarkannya dgn rasa puas hati. apabila peristiwa ini sampai pd Rasulullah baginda berkata, " Sekiranya hati itu ditelan tentu ia akan bebas dr api neraka kerana ALLAH telah mengharamkan api walaupun secebis dr dagingnya."

Hindun dan Abu Sufyan telah menyatakan keislaman mereka pd hari pembukaan Mekah. anaknya Mu'awiyah telah dimuliakan oleh Khalifah Umar dgn melantiknya menjadi gabenor di Syam.

sumber : BICARA
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, December 08, 2010

promosi maksiat kat fb dan blog

salam semua. ni ade 1 perkongsian dr blog Ustaz Zaharudin yang dela berkenan nak berkongsi dengan pembaca. ia tentang promosi berbentuk maksiat yg sama ada kita tulis, sebar, dan sebagainya di facebook, blog, forum dsb . promosi yg kita buat tanpa sedar . harap ia menjadi pengajaran dan ingatan buat diri dela dan semua.

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa.Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudahdiperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonisme Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun,desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.


DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakah itu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, November 11, 2010

final exam dah habis | merdeka!

salam semua .. haha dah lama x berposting..maklum lah bz sket..ni pun dela rase nak berblogging sebab baru je habis final exam kul 6 lebih tadi..huhu. alhamdulillah setelah bertarung selama 4 hari berturut2, akhirnya selesai jua perjuangan yang takkan selesai ni..huhuhu

paper dela stat isnin aritu, then selasa, rabu n khamis..last day final, nah amek sekali 2 paper kene ngadap..huhu. but now i feel really happy..bolehlah berblogwalking, berfacebook, berym or whatsoever lah..

ok lah sampai setakat ni dulu. xpe entry pendek pun asal ada entry kan. keep blogwalking ye :)


p/s: result upsr kuar arini. ade adik2 darjah enam x? cmne result diorang?
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, November 03, 2010

Perdana Universiti ambil pelajar pertama Sept 2011

PUTRAJAYA: Universiti dan pusat penyelidikan kesihatan swasta bertaraf dunia, Perdana Universiti, di Serdang, Selangor yang membabitkan pelaburan hampir RM2 bilion, dijangka memulakan pengambilan kumpulan pelajar pertamanya September tahun depan.

Pengambilan membabitkan dua sekolah perubatan universiti berkenaan yang menjalin kerjasama dengan dua institusi perubatan terkenal dunia iaitu The John Hopkins University and John Hopkins Medicine International, Amerika Syarikat (AS) serta Royal College of Surgeons (RCSI) di Ireland.

Pengerusi Eksekutif Academic Medical Centre Sdn Bhd (AMCS), Tan Sri Dr Mohan Swami, berkata sementara menunggu kampus induk di Serdang, dijangka siap 2014, pelajar berkenaan ditempatkan di kampus sementara di ibu negara.
"Sekolah pertama membabitkan program ijazah empat tahun berdasarkan kokurikulum AS dengan kerjasama Sekolah Perubatan Universiti John Hopkins, manakala sekolah kedua menawarkan program ijazah lima tahun berdasarkan kokurikulum Ireland dengan kerjasama RCSI," katanya dalam kenyataan pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama syarikat itu dengan kerajaan Malaysia, RCSI dan The John Hopkins University and John Hopkins Medicine International, semalam.

Beliau mewakili AMCS, manakala Kerajaan Malaysia diwakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan RCSI diwakili Ketua Pegawai Eksekutif/Pendaftar, Prof Dr Cathal Kelly.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton,s emalam.

Selain dua sekolah perubatan, Universiti Perdana itu akan turut mempunyai hospital dengan 600 katil serta Pusat Penyelidikan Perubatan dan Sains Hayat.


sumber: beritaharianonline
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, November 02, 2010

sabri yunus n cicik deklamasi puisi di UPM malam ini

salam semua. emm hari ni rase nak berkongsi something lak..hehhehe. malam ni kat UPM ade Malam Puisi Riong..hehhehehe dela xterlibat pun, saje je wat2 penting..seronoknya,ade Sabri Yunus n Mohd Shukri Nasron (Cicik), peserta Akademi Nasyid musim ke3..hehehhe bace berita selanjtnya di bawah, dela petik dr beritaharianonline


PELAWAK terkenal, Sabri Yunus dan Peserta Akademi Nasyid Musim Ketiga, Cicik bakal memeriahkan Malam Puisi Riong: Merentas Ruang yang berlangsung di Latar Siswa, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, bermula jam 8.30 malam ini (2 November).

Majlis anjuran Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM itu, menunjukkan pembabitan artis dalam menjayakan majlis itu, dapat membuka mata golongan muda untuk menarik minat mereka mencintai seni sastera kerana mencipta kelainan dalam deklamasi puisi melalui dendangan lagu puisi secara akustik dan puisi jenaka.

Cicik atau nama sebenarnya Mohd Shukri Nasron bakal mempersembahkan dua lagu puisi pada malam itu untuk diketengahkan kepada pendengar dari kalangan generasi muda dengan memberikan nafas kontemporari bagi menyesuaikannya dengan jiwa mereka.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, November 01, 2010

sebab mata lelaki gemar lihat badan perempuan

salam semua. ni ade satu peringatan utk kaum hawa, moga2 mendapat teladan darinya. dela petik dr iluvislam.
selamat membaca!

p/s: fwd from tmn2 syurga...........bgus tuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil perhatian.....share la dgn yg lain..mayb ada yg pernah bc...tp bc skali lg tuk peringatan kita....



Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, October 21, 2010

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.blogspot.com/


Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

azab api neraka,
azab kubur,
mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
kejauhan dari rahmat Allah swt serta
tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

penceraian akan berlaku akibatnya,
pasangan zina mengandung,
bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
apa akan jadi kepada anak-anak ?,
kejian masyarakat,
ditangkap basah dan diumum di media,
adik beradik mengeji,
akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
dan banyak lagi boleh disenaraikan.


Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN

Panduan Kawalan nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

Datangkan keyakinan Allah Maha Melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya.

Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseorangan di hadapan komputer.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, September 25, 2010

fadhilat bercium

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

sumber: blog azizi cyberspot
p/s: salam blogging
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, September 23, 2010

dosa tinggal solat lebih besar dari dosa zina

salam semua. hari ni dela tertarik nak berkongsi artikel dr iluvIslam.com, pasal dosa meninggalkan solat lebih besar daripada dosa berzina. moga2 artikel ini memberi keinsafan dan membuka hati kita supaya sentiasa menjaga ibadah kita kepada Pencipta. Aminn..

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, September 16, 2010

mari qada puasa!

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

FIRMAN Allah bermaksud: “Oleh itu barang siapa di antara kamu melihat anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa di bulan itu dan barang siapa yang sakit atau dalam musafir, maka wajiblah ia berpuasa (qada sebanyak hari yang ditinggalkan itu) pada hari yang lain.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Syeikh al-Sabuni menafsirkan Allah mensyariatkan ibadat puasa pada Ramadan kerana bulan itu diturunkan rahmat kepada segenap hamba-Nya yang bertakwa. Pada masa sama, Allah tidak mengkehendaki kepada hamba-Nya kecuali kemudahan.

Oleh itu, Allah memberikan kelonggaran yang mengharuskan orang sakit dan musafir berbuka puasa pada Ramadan dan Allah memerintahkan mereka menggantinya (qada) sebanyak hari yang ditinggalkan, sehingga sempurna bilangan satu bulan iaitu 29 atau 30 hari.
Qada’ puasa Ramadan bermaksud menggantikan puasa yang terbatal pada Ramadan atas sebab diharuskan berbuka oleh syarak. Hukum qada puasa adalah wajib dan waktunya bermula selepas Ramadan sehingga Ramadan berikutnya.

Walau bagaimanapun, qada puasa yang dilakukan pada masa dilarang berpuasa adalah tidak sah seperti hari raya.

Jika musafir, orang sakit, perempuan kedatangan haid dan nifas tidak berpuasa pada Ramadan, mereka wajib mengqada puasa dan tidak dikenakan fidyah.

Fidyah ialah denda memberi makan seorang miskin secupak bagi setiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa dengan sebab tertentu atau melewatkan qada puasa Ramadan tanpa uzur sehingga masuk Ramadan berikutnya.
Jika seseorang masih melewatkan qada puasanya sehingga masuk Ramadan seterusnya, maka bayaran fidyah meningkat dua cupak iaitu satu hari puasa ditinggalkan dengan dua cupak. Begitu juga jika melengahkan qada puasa hingga masuk Ramadan ketiga, dikehendaki membayar fidyah tiga cupak bagi satu hari puasa ditinggalkan dan begitulah seterusnya.

Sebagai Islam yang mengaku beriman, maka kita janganlah lalai mengqada puasa yang ditinggalkan. Lagi cepat kita qada lagi besar faedahnya dan ringan penanggungan terhadap Allah SWT.

Sebab wajib fidyah adalah:

# Tidak mampu melakukan ibadah puasa seperti orang tua dan orang sakit yang tiada harapan sembuh, dia boleh berbuka atau tidak berpuasa dengan tidak perlu mengqada puasanya dan hanya membayar fidyah saja.

# Orang yang melewatkan qada puasa tanpa uzur sehingga masuk Ramadan berikutnya, maka dia wajib mengqada puasa dan membayar fidyah.

# Perempuan mengandung dan perempuan menyusu bayinya, ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama fikah.

Ibnu Kathir dalam tafsirnya mengemukakan beberapa pandangan ulama, ada berpendapat mereka harus berbuka dan wajib mengqada puasa yang ditinggal serta membayar fidyah.

Sesetengah ulama menyatakan, mereka hendaklah membayar fidyah saja tanpa diwajib mengqada puasanya, ada juga menyatakan mereka hanya diwajibkan qada tanpa fidyah dan yang lain pula berpendapat, harus berbuka, tanpa sebarang tindakan susulan sama ada qada dan fidyah.

Berkaitan puasa orang musafir, Prof Dr Yusof al-Qaradawi menjelaskan, dibolehkan melakukan safar (pemusafiran) dengan kereta api, kapal laut, kapal terbang, termasuk apa juga alat pengangkutan menyenangkan, yang sedia ada pada zaman sekarang ini.

Alat pengangkutan itu tidak menggugurkan kemudahan hukum yang ditetapkan Islam. Ia adalah sadaqah (hadiah) Allah yang dilimpahkan kepada kita, oleh itu tidak memadai menolaknya.

Sebahagian yang tidak faham fiqh berpendapat safar (pemusafiran) di zaman moden tidak sama dengan zaman dulu. Mereka tidak menganggap perjalanan dilakukan dengan alat pengangkutan moden adalah musafir, sehingga membolehkan si pelakunya mendapat kemudahan hukum.

Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

sumber: beritaharianonline
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, September 03, 2010

potonglah kuku anda!

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah
.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, September 02, 2010

rebut keistimewaan malam lailatulqadar

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

FIRMAN Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada lailatulqadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran lailatulqadar? Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar." (Surah al-Qadr, ayat 1-5)

Salah satu daripada keagungan, keistimewaan dan kemuliaan bulan suci Ramadan ialah adanya satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada sepuluh terakhir Ramadan itu lebih dikenali dengan lailatulqadar, amat istimewa dan dinantikan setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
Rasulullah SAW sendiri memohon kepada Allah supaya malam bersejarah yang penuh hikmah itu berkenan menemuinya. Sabda Baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) dari Allah Taala.” (Hadis riwayat Nasa’i)

Keistimewaan lailatulqadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah SAW sewaktu Baginda berada di Gua Hira’.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, August 20, 2010

senggugut tak semestinya tak subur

salam. setelah lama tak ber'entry', hari ni tergerak hati nak share pasal senggugut. tahu kan senggugut tu ape?

Soalan:
ADAKAH benar jika seseorang yang mengalami senggugut dan mengambil ubat senggugut setiap bulan berisiko untuk sukar mendapat anak apabila berkahwin kelak?


NURSHILA,
Jitra Kedah

Jawapan:
SAYA kurang jelas dengan makna soalan anda. Adakah anda bermaksud senggugut peringkat teruk (sehingga perlu mengambil ubat) berisiko sukar hamil ataupun adakah anda maksudkan ubat senggugut jika diambil boleh menyebabkan sukar hamil?

Bagaimanapun, penerangan am di bawah dapat dijadikan panduan.

Senggugut sering dikaitkan dengan masalah kesuburan, namun sebenarnya ia tidak semestinya begitu. Terdapat satu penyakit (endometriosis) yang sering dikaitkan dengan senggugut, ia juga tidak semestinya begitu.


# Endometriosis tidak semestinya berkait dengan masalah kesuburan.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, August 05, 2010

hukum mendedahkan aurat ketika bersalin

salam semua. dela nak berkongsi pasal hukum dedah aurat mase bersalin lak. dela lupe source dia dela amek kat mane. hehe jom baca;

Soalan :
Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?

Dijawap oleh Ustazah Sakinah
Jawapan :
Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’.
Jadi,diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:

1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.
2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.
3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.
4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.
5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.


Wallahu a’lam.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, August 01, 2010

petua dalam menamakan anak

Persoalan Agama: Nama disandang jadi doa, serlahkan sifat

Soalan: SAYA ingin tahu, adakah sebarang petua dalam Islam untuk kita menamakan anak?

Ingin tahu,
KULIM, KEDAH.

Jawapan:
DALAM Jame’ al-Fawaid, jilid 2, halaman 407 menyebut, Rasulullah SAW menjelaskan, “Hak anak terhadap ibu bapanya, antara lain adalah memberinya nama yang baik dan membentuk budi pekerti yang luhur.”

Oleh kerana itu, sering Rasulullah SAW mengubah nama buruk kepada nama yang baik seperti nama kota, nama manusia dan lain-lain. Contohnya, nama Yatsrib yang maksudnya ‘mengancam’ adalah nama lama yang diubah menjadi ‘al-Madinah’ oleh Rasulullah SAW yang maknanya ‘tempat peradaban.’

Ali Abi Talib menamakan anaknya ‘Harb’ (perang) yang turut diubah oleh Rasulullah SAW dengan nama ‘al-Hasan’ (yang baik). Umar menamakan anak perempuannya ‘Ashiyah’ (derhaka/pembangkang) dan diganti oleh Nabi SAW menjadi ‘Jamilah’ (cantik). Seorang wanita bernama ‘Barrah’ dinamakan Nabi SAW dengan nama ‘Zainab.’

Nama diberikan kepada anak antara lain agar nama itu menjadi doa untuknya, atau mengingatkan anak pada sesuatu yang berkaitan dengan namanya, atau agar dia mengambil teladan tokoh yang bernama sedemikian.
Ketika seorang memberi nama anaknya ‘Muhammad,’ ‘Musa’ atau ‘Aisyah,’ ‘Khadijah’ atau ‘Rabiatul Adawiyah’ maka yang diharapkan daripada nama ini adalah agar anak meneladani sifat-sifat tokoh berkenaan. Ketika si anak dinamakan ‘Hasan,’ ‘Jamil’ atau ‘Syifa’ (kesihatan/kesempurnaan), ‘Halimah’ (lapang dada), ‘Aminah’ (selalu berasa aman), maka ia adalah doa agar anak dapat memiliki sifat-sifat berkenaan.

Rasulullah SAW sering memperoleh kesan daripada sesuatu nama.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

how to fast healthily during Ramadhan

hi all! let's take a look on this special article about what should we eat and what should we avoid during Ramadhan.we have 10 more days to go before Ramadhan. may this article be informative to me and all of you out there! ^_^

With the month of Ramadan upon us it is useful to look at ways of trying to maintain a healthy diet whilst fasting. Fasting for 12 to 24 hours or more can lead to dizziness and fatigue and a lowering of metabolic rate as a means of conserving calories or energy. Here are some simple guidelines to make sure that your diet remains balanced and healthy during this fasting period:

Don't skip breakfast (Suhoor)
Even though sleep may seem far more appealing than waking up to force down some food, don't skip breakfast. Breakfast is the most important meal of the day. Research has shown that breakfast provides the essential energy and nutrients needed for concentration, while keeping hunger symptoms like headaches, fatigue, drowsiness and restlessness at bay. In addition, it speeds our metabolic rates. It is therefore vital to ensure an adequate intake at breakfast time.

Eat a wide variety of foods
When your daily intake is limited to two meals per day, you need to put extra effort into including foods from all the food groups. Our bodies need at least 40 different nutrients daily, to ensure that we grow properly and maintain good health. Although most foods contain more than one nutrient, no single food provides all the necessary nutrients. Moreover, foods have benefits that can't be replicated by a pill. So it is important to eat a wide variety of foods every day, to ensure that we get all of these nutrients. Select foods each day from each of the five food groups:

· Breads, cereals and other grain products

· Fruit and vegetables

· Meat, fish and poultry

· Milk, cheese and yoghurt

· Fats and sugars (these are low in nutrients & high in calories, so limit intake!)

Eat low glycaemic (GI) foods at breakfast to help control blood sugar levels
Carbohydrates are classified according to their glucose response or glyceamic index (GI). The GI measures how fast the carbohydrate of a particular food is converted to glucose and enters the bloodstream. The lower the GI, the slower the food is converted to sugar and the longer it satisfies your hunger. Selecting low GI foods helps maintain normal blood sugar, minimises hunger pangs & satisfies appetite without providing excess calories. Also, by controlling blood sugar levels, you prevent excessive eating binges as a result of low blood sugar levels. Remember to include low GI foods at each meal, and to avoid eating high GI foods on their own, but rather to mix them with low GI foods, which will give an intermediate GI overall.

Be aware of your cooking methods
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, July 31, 2010

Asyraf Juara Imam Muda

salam semua. hari ni dela nak berkongsi kisah kejayaan juara Imam Muda, iaitu Imam Muhammad Asyraf. tentu sudah ramai yang tahu tentang ini. walaupun dela tidak mengikuti rancangan ni di tv, tapi dela ikuti gak perkembangan dia kat sini( internet). ok jom baca kisah imam muda kita ni;

Graduan Usuluddin dan Fikah UM juara Imam Muda

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, malam tadi.
Graduan Usuluddin dan Fikah Universiti Malaya (UM) itu menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, untuk merebut gelaran pertama Imam Muda.
Dengan kemenangan itu, Muhammad Asyraf menerima insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Muhammad Asyraf ketika berucap sebaik menerima hadiah kemenangan mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan kejayaannya.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, July 29, 2010

Tuala wanita dalam rahim

salam semua. hai rindu sungguh dela pada semua. setelah sekian lama tidak berblogging, hari ni dela memulakan entry pertama live dr bilik hostel dela. hehe.apa khabar semua? harap2 semuanya sihat dan dapat berblogwalking dgn jayanya. yeah!

ni dela nak kongsi berita yg dela petik dr berita harian online. rase2 ramai dah baca, tapi mesti ade yg belum bace kan. so, dela nak share lah sikit;

TASEK GELUGOR: Seorang ibu muda menderita kesakitan selepas melahirkan anak sulung kira-kira dua minggu lalu, berikutan tuala wanita yang dipercayai digunakan ketika proses kelahiran anaknya tertinggal dalam rahimnya.

Nurhidayah Abdul Hamid, 24, dari Permatang Sungai Dua di sini, melalui pengalaman yang memeritkan beberapa hari selepas dia dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mohd Abdul Muhaymin Mustafa, 24, mendakwa isterinya melahirkan anak perempuan secara normal pada jam 10.53 malam pada 15 Julai lalu, sebelum dibenarkan pulang dua hari selepas itu.
Apabila berada di rumah, kesakitan yang dialami Nurhidayah semakin serius.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, July 12, 2010

entry istimewa untuk semua :)

salam semua. hari ni dela sempat beron9 kejap hehhe. n dela nak buat entry special utk korang semua. khusus utk blogwalker2, followers, n readers sekalian. buat pengetahuan semua, dela sedang melanjutkan pelajaran di UPM Serdang. jadi, tidak dapat online buat sementara waktu ni. huhu. kepada yang sudi blogwalking ke blog dela, dela ucapkan terima kasih banyak2 ye, terharu dela dibuatnya. dela baru je habis minggu orientasi sabtu lepas.

dela harapkan sokongan drp anda semua, doakan kejayaan dela ye! :)


dela sayannggg korang semua!!! :P
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, July 01, 2010

pelajar perempuan dominasi kemasukan ke universiti awam

salam sejahtera semua ye. hari ni dah pun 1 hb julai 2010. cepat betul mase berlalu ye. dan hari ni mungkin hari last dela berposting live dr rumah. hehhehhe. esok dah nak berangkat ke sinun. hehhehehehe. ok2 jom bace artikel dr berita harian online. dela petik utk tatapan dela n tatapan korang. hik2. pelajar perempuan mendominasi kemasukan ke ipta. ha, betullah tu. jangan nak dalih2 lagi. (mentang2 dela pompuan)..hehheheh jom bace;

Pelajar perempuan dominasi kemasukan ke universiti awam

KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.

Jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan.

Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf.

Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.

Bagi program ijazah pertama, 18,814 atau 65.7 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 9,819 atau 34.3 peratus lelaki, Cina (5,909 atau 61.8 peratus perempuan dan 3,660 atau 38.2 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (1,506 atau 65.4 peratus perempuan dan 798 atau 34.6 peratus lelaki).
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, June 29, 2010

gabungan majlis guru besar malaysia ( GMGBM ) sokong UPSR dihapus

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zakarshi.

Beliau berkata GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali sahaja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.

"Kalau UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) ini sijilnya tiada nilai selepas daripada itu. Sebab itu GMGBM setuju UPSR diganti dengan penilaian sekolah atau 'school based assessment'," katanya pada sidang media selepas menyampaikan diploma dan sijil pada konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras YPC-ITWEB kali ke-6 di Kuala Lumpur hari ini.

Puad berkata kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan SPM sahaja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

"Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor...jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

- Bernama

sumber : malaysiakini
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, June 27, 2010

'ragging' perbuatan zaman jahiliah

salam semua. hari ini dela ingin berkongsi tentang satu isu yg melanda bebudak sekolah terutama yg tinggal di asrama, iaitu buli a.k.a ragging. dulu masa dela kt sekolah takde la plak dengar bebudak kene ragging teruk2 sampai membawa maut. cuma, senior ragging junior time minggu suai kenal. tu pun bukan ragging sangat,just sesi kenal mengenal je. itu sahaja. tapi perbuatan ragging atau buli ini tidak baik dan boleh memudaratkan sebenarnya. dan ia tidak berlaku di asrama sekolah2 sahaja. kat kem tentera pun ada jugak ye. spt yg kita tahu dulu kuar kat berita budak sekolah asrama maut sebab kene ragging gn bebudak lain. pastu ade lg. yg dela terlepas pandang pun ada. yg terbaru, kejadian buli di sekolah tentera di mana Allahyarham Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 dikatakan maut kerana dikaitkan dengan kejadian dera dan buli. kita ikuti berita dr berita harian online ini:

Zahid anggap 'ragging' perbuatan jahiliah

2010/06/26
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dikaitkan dengan kejadian dera dan buli adalah satu tindakan jahiliah.

Katanya, kejadian ‘ragging’ pelajar junior tidak seharusnya berlaku di mana-mana sekolah, khususnya di sekolah tentera dan pelakunya mesti dikenakan hukuman berat.

“Kementerian memandang serius perbuatan zaman jahiliah ini. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar terbabit selepas siasatan siap sepenuhnya dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah tentera selain mengikut undang-undang sivil.

“Berulang kali saya tegaskan supaya jangan jadikan buli sebagai satu budaya kerana ia adalah perkara yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh di sini, semalam.

Zahid turut menafikan dakwaan pihaknya lambat bertindak dalam menangani kejadian itu, sebaliknya beliau berkata kementerian menubuhkan lembaga siasatan sejurus dimaklumkan mengenainya.

“Kejadian itu berlaku tengah malam semalam (kelmarin) dan kita menjalankan siasatan serta mengambil tindakan secepat mungkin termasuk menghulurkan bantuan penerbangan ehsan membawa jenazah pulang ke kampung halamannya,” katanya.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Muhammad Naim pengsan selepas dikatakan dibuli oleh sekumpulan lima pelajar senior di bilik asramanya dan meninggal dunia sebaik tiba di Pusat Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) Kem Perdana Sungai Besi sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.
Jenazah Allahyarham kemudian diterbangkan ke kampungnya di Baling, Kedah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siong.

salam.

p/s: dela pernah kene buli mase form1! hehehe
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, June 26, 2010

another award this month!

salam. petang2 sbl maghrib ni sempat lg dela berposting..hehehee. ok2 nak cerita pasal award neh. award yg dela dapat ni nama die "the bestest award until everever, the bestest blog greatest award blog". hehehhe panjang nye nama award! banyak betul penghargaan yg ingin diberikan.dela dapat award ni drp ain najwa, my blogger fren a.k.a my ex-junior. ni awardnye;

ok, macam biasa ( macam tak biasa ) ade tag2 yg perlu dijawab ye :)

1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni
terima kaseh banyak2 ye ain, sbb kasi award ni pd kak dela..hehehehhe jasamu dikenang

2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..
matdin
ubi
fit
lily
aleesya
yana
dan siapa2 yg nak, tinggalkan link dan amek lah ek!

3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni
matdin
ubi
fit
lily
aleesya
yana
ambiklah award ikhlas dr dela neh! :)


4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great
huhu dela pun tahu cmane blog ini boleh digelar mcm tu. ok mcm ni, kalau ade yg kata blog dela bagus, angkat tangan! hehehe..blog dela ni biasa2 sahaja, dela banyak kongsi info n artikel berbanding personal issues..hope readers n followers sekalian enjoy baca blog dela yg tak sepertinya ini..ok?


salam blogging!

p/s: harap terus follow blog
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, June 24, 2010

punca isteri terjebak maksiat patut dikaji

salam semua. ada satu artikel yg dela ingin kongsi bersama. artikel ini dela tak tujukan kepada siapa2, just utk pedoman dan panduan kita semua.

APABILA tersiar kisah isteri ditangkap khalwat oleh suami serta isteri menjalinkan hubungan sulit dengan remaja lelaki, ia bukan saja memalukan kaum hawa tetapi juga umat Islam seluruhnya.

Ketika kajian mengenai gejala sosial di kalangan remaja dijalankan pakar akademik dan pelajar di institusi pengajian tinggi, ‘ibu’ remaja pula turut sama terjebak ke kancah kehidupan gelap. Oleh itu, wajar juga dilakukan kajian punca isteri menghampiri zina sedangkan boleh berkasih sayang dengan suami masing-masing, malah mendapat keberkatan Allah SWT.

Ramai isteri yang tidak kasihkan suami. Ada juga berkahwin tanpa rasa cinta dan rasa hormat yang tinggi terhadap suami. Benar, ada yang baru mengenali hati budi suami dan keluarganya hanya selepas majlis akad, sebab itulah banyak masalah dikatakan timbul selepasnya.

Tetapi kepada Muslimah yang arif ajaran agama, mereka akan berusaha sedaya upaya membina persefahaman dan keharmonian dalam rumah tangga, malah menjadi benteng untuk menghalang anasir jahat yang mengganggu ketenteraman istana cinta mereka.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, June 23, 2010

nice blogger award

salam semua. malam ni dela nak coret tentang award yg dela dapat di mana award ini award ke8 kot. rasenye lah. hehehe. award ini dtgnye drp ain si budak baik. hehehehh jom tgk awrd tuh; cantik tak?

lepas dapat award, mcm besa kene jawab tag :)

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?
em, skang ni? semua ade. ini itu ini itu :)

2. Apakah nama samaran anda ?
bola. tp jangn pgl dela gn nama tu kat sini hehe :P

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
tiga je? tak cukup neh :)

4. Panggilan untuk si dia ?
heehehheehehe ( sengih memanjang )

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?
em ape ek. kejujuran dan kasih syg yg tiada batasnya. wah..:P

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
blog yg informative, tak banyak iklan n animation sgt, yg takde lagu

7.Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
mijie
mizah
ain
ika
semakness
aideal fitri
kaizer
shamimah
ninie
ubi
fit
ady
aril lanang
ron
wawa


yg dapat tu nti wat entry pasal ni tau. kepada fit, ambiklah award neh, ikhlas dr dela :)

salam blogging dr dela.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

ujian khas masuk sekolah asrama penuh

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mewujudkan ujian khas menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai kelayakan untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bagaimanapun berkata, ujian khas itu tidak akan diwajibkan, sebaliknya terbuka kepada pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh.

“Sebelum ini pun ada pelajar cemerlang mendapat 5A dalam UPSR, tetapi tidak mahu memohon asrama penuh dan mahu kekal di sekolah harian, jadi mungkin kita tidak mewajibkannya, sebaliknya terbuka untuk pelajar berminat,” katanya pada sidang media selepas menerima lawatan kira-kira 49 anak yatim dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini, semalam.

Dr Mohd Puad berkata, ujian khas itu juga akan diselaraskan Kementerian Pelajaran sendiri dan bukan pihak sekolah berasrama penuh.

Di BANGI, Pengambilan pelajar lepasan sekolah rendah dan sekolah menengah ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak akan terjejas jika kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata MRSM mempunyai kaedah sendiri dalam membuat penilaian bagi pengambilan pelajar ke maktab berkenaan dan bukannya berdasarkan kepada keputusan UPSR atau PMR sepenuhnya.

“Saya ingat itu tak jadi masalah dan jika Kementerian Pelajaran memutuskan untuk memansuhkan UPSR dan PMR, kita akan guna pakai kaedah penilaian sedia ada dalam MRSM untuk dasar pengambilan pelajar,” katanya.

sumber dr berita harian online
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, June 20, 2010

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

salam semua. mari baca artikel menarik! dela kongsikan khas utk tatapan semua :)

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

isteri berleter 6 hari setahun

LONDON: Satu kajian terbaru mendapati isteri tidak merasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.

Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum dan kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun.

Satu kajian membabitkan lebih 3,000 orang dijalankan kumpulan kempen kesihatan Everyman merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita mengenai pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah.

Aduan lain termasuk tidak membantu membersihkan pinggan mangkuk, terlalu banyak minum dan tidak mendapatkan rawatan doktor.

Majoriti wanita tidak berasa malu suka berleter dengan 87 peratus mengakui sukar untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu.

Manakala lelaki berkata, mereka tidak mengakui perkara itu dengan 83 peratus merasakan mereka sentiasa betul.

Walaupun berleter adalah satu perkara yang tidak disukai dalam satu perhubungan, strategi berkenaan kadang kala dilihat lebih efektif berdasarkan kepada kajian. – Agensi


sumber dr berita harian online
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

selamat hari bapa, abah!

salam semua. hari ini 20 jun, hari bapa disambut di Malaysia. kat negara lain tu hari lain lah. hehe di negara kita, hari bapa ini disambut pada hari ahad ketiga bulan jun setiap tahun.jadi, apa persiapan korang sempena sambutan hari bapa ini? adakah dibelikan hadiah berupa jam tangan, baju, souvenir istimewa sempena hari bapa or sebagainya. walau apa pun hadiah yg diberikan, ia tidaklah setulus n seikhlas kasih sayang kita pada bapa kita kan?

sambutan utk ibu atau bapa ini sebenarnya bagus dianjurkan kerana ia akan lebih mengingatkan kita akan pengorbanan, kasih sayang dan cinta terhadap ibu bapa kita. idea sambutan utk ibu bapa ini sebenarnya dtg dr orang putih yg menetapkan tarikh2 tertentu utk mengingati ibu n bapa. padahal kita dianjurkan supaya sentiasa menyayangi parents kita. jangan sayang ibu bapa kita secara bermusim. menyayangi ibu bapa adalah salah satu drp tanggungjawab kita sebagai anak. iya lah, kalau tiada mereka, tiadalah kita.

buat pengetahuan semua, Abah dela telah kembali ke rahmatullah pada awal 2007. masa tu dela baru berada dlm semester pertama di uitm terengganu. walaupun amat berasa kehilangannya, tetapi semangat dr ahli keluarga, sanak saudara, dan rakan2 telah membantu dela utk bangkit dan mengharungi kehidupan di universiti. terima kaseh semua!

Ya ALLAH! kau tempatkanlah abahku dlm kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. cucurilah rahmat ke atasnya selalu. Amin.

p/s: al-Fatihah utk Allahyarham Abah

i love you abah

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, June 19, 2010

tekanan hilang jika tidak merokok

salam semua. hoho semangat berposting masih ada walaupun jam suda menunjukkan pkul 2.27 pagi. kali ni dela nak berkongsi tentang rokok. ye rokok. yang ramai duk hisap sampai tak ingat dunia tu. hehe. ramai yg menganggap merokok dapat menghilangkan tekanan. actually, tekanan tu akan hilang jika anda tidak merokok! mari ikuti artikel tentang rokok yg dela petik dr berita harian online. yep!

NEW YORK: Perokok sering berkata mereka memerlukan sebatang rokok untuk menenangkan kegelisahan namun kajian di Britain mendapati paras tekanan kronik mungkin turun selepas seseorang itu meninggalkan tabiat terbabit.

Kajian ke atas 469 perokok yang cuba berhenti selepas dimasukkan ke hospital kerana penyakit jantung mendapati mereka yang menjauhkan diri daripada rokok untuk setahun melaporkan pengurangan dalam paras tekanan yang dihadapi.

Tahap tekanan pada awalnya tidak berubah di kalangan pesakit jantung yang merokok, menurut penyelidik ‘Barts’ dan Sekolah Perubatan dan Pergigian London.

Kajian itu yang dilaporkan dalam jurnal Addiction (http://www3.interscience.wiley.com/journal/123497661/abstract), menyokong teori sekurang-kurangnya untuk sesetengah orang merokok sebenarnya lebih menyumbang kepada tekanan kronik. – Reuters



gambar menunjukkan kandungan bahan kimia dalam setiap batang rokok. nak isap lagi?


katakan taknak pada rokok!


dela harap yg hisap rokok tu berhentilah. banyak cara yg boleh dipraktikkan utk berhenti hisap rokok. cakap memang senang, huhu, inisiatif kene ada. ingatlah orang yg tersayang. bukan memandu di jalan raya je kene ingat pesanan ni. smokers pun kene bear in mind gak. okeh!

salam blogging dr dela.

p/s: serbia 1 0 jerman || slovenia 2 2 US
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, June 18, 2010

special entry for my dear sista

salam semua. malam ini boring betul kan? sama mcm mlm2 sebelumnya. ye la. boring bg orang yg tak tengok bola. malam ini US lwn Slovenia kan? huhu. nanti gtau tau sapa menang ( wat2 concern).

ha, actually entry dela ni sebenarnya nak story tentang kakak dela, zara. dia ialah seorang kakak yg baik, n banyak tlg dela. apela dela ni, nama pon adik -beradik. ye tak. haha betul lah tu.

petang td, bila dela cek2 masuk blog die, dela tengok die ade wat special entry pasal kejayaan dela mendapat tempat di IPTA bagi menyambung ijazah sarjana muda dela. kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ke sini. hehe, thanx my dear c's for ur congratulations wish!

bagi siapa2 yang nak kenal zara lebih lanjut, bolehlah ke blog dia. get to know each others well! dan juga merapatkan silaturrahim sesama bloggers. ye tak, ye tak? tak kira, ye jugak!!

hehehe, salam blogging dr dela. to c's, happy blogging to u :)
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

siapa nak award, datang amek!

salam semua. entry petang hari ini dela nak kasi award lah. first award dela dapat dulu, dela tak tag sapa2 pun coz mase tu tak ramai followers lagi. hik3. ok ni dia awardnye ye;

ok ni senarai bloggers bertuah yg kene tag gn dela:
zara
jom datang blog zara!
matdin
miss mary

dan sapa2 yang nak amek je :)

ok ni pulak tag2 yg korang kene jawab sbl amek:

1) make a post thanking the person who gave you the award and link the person

2) list all you know about her (haha)

3) list 10 awesome things about yourself ( once again, haha)



ok done. have fun :)

salam jumaat, all!
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

tahniah!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


eh kenapa dela ni. ucap tahniah kat sapa ney? hehehe, dela just ucap tahniah buat siapa2 yg berjaya. tak kira la yang dah kahwin ke, dah tunang ke, dapat sambung belajar ke, dapat baby ke. tahniah kepada semua especially yang mengenali diri ini.

tahniah kat sepupu dela yg dah kahwin dan sepupu dela yang dah dapat baby!

hehe.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

pengedar dadah kini guna bom

Oleh ANGELINA SINYANG
jenayah@utusan.com.my

KAJANG 17 Jun - Sindiket pengedaran dadah kini semakin berani apabila bukan sahaja menggunakan senjata api bahkan bom tangan untuk melindungi kegiatan jenayah mereka.

Dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Koperasi Cuepacs, semalam, polis bukan sahaja merampas dadah, malah tiga butir bom buatan sendiri.

Dalam serbuan pukul 5.30 petang itu, empat anggota sindiket pengedaran dadah termasuk sepasang kekasih berusia 20 hingga 39 tahun ditahan.

Turut dirampas pelbagai jenis dadah iaitu 12 gram syabu, 18 biji pil eramin 5 (3.34 gram) dan tujuh biji pil ekstasi (2.39 gram).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, polis juga merampas dua pucuk pistol buatan sendiri, dua kelopak peluru dan dua butir peluru di dalam rumah berkenaan.

Katanya, turut dirampas 15 unit telefon bimbit, parang (empat), telefon bimbit yang diubah suai menjadi alat renjatan elektrik (tiga), rangkai kunci (tiga), alat penimbang (dua), komputer riba (dua) dan masing-masing satu cota besi, walkie-talkie, kereta Volvo dan wang tunai berjumlah RM27,578.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

award dari matdin

salam semua. ha, hari ini dah jumaat. cepat betul masa berlalu yek. pagi2 mcm ni mcm takda idea sgt. so, dela nak buat post pasal award yg matdin bagi. actually award ni dela dah dapat. tapi sebagai menghargai jasa baik matdin bagi dela award ney, dela buat gak entry ney. hehehe, ok ni lah awardnye :P


terima kaseh ye matdin. =)

p/s: salam pagi jumaat semua.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...