KANGAR: Kementerian pelajaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana sekolah yang didapati gagal memulakan persekolahan awal tahun depan seperti dijadualkan, terutama atas alasan yang tidak sewajarnya.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, mahu semua bentuk alasan atau gangguan berkenaan termasuk kerja pembersihan, orientasi pelajar dan mesyuarat guru disempurnakan lebih awal iaitu sebelum 1 Januari.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana segala aktiviti berkenaan seharusnya dilakukan lebih awal iaitu seminggu sebelum sekolah dibuka.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis, Abdul Hadi Harun dan Guru Besar bahagian Sekolah Rendah IPGM Perlis, Kamarudin Ismail.
Difahamkan, Noor Rezan kini dalam proses lawatan kerja ke semua sekolah di seluruh negara bagi mendapat maklum balas dan perkembangan mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selain meninjau persediaan sekolah bagi permulaan sesi persekolahan ini.
Selain itu, Noor Rezan berkata, pihaknya berpuas hati dengan program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIT) dan Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang dilihat membuahkan hasil.
Katanya, melalui program itu, banyak sekolah yang sebelum ini berada pada tahap enam dan tujuh iaitu kategori lemah, berjaya dilonjak ke kedudukan yang lebih baik.
“Melalui program ini, setiap masalah yang dihadapi boleh diselesaikan secara bersama sama ada di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian demi meningkatkan mutu pendidikan Negara,” katanya.
sumber : beritaharianonline
2 comments:
huhuhu.. dah nak dekat rupanya dah.. tak puasnya bercuti... pa pun semoga lebih bersemangat utk mengajar tahun hadapan
ye, semoga guru2 lebeh bersemangat mendidik anak bangsa
anak murid pon kene semangat gak!
Post a Comment