Tuesday, November 02, 2010

sabri yunus n cicik deklamasi puisi di UPM malam ini

salam semua. emm hari ni rase nak berkongsi something lak..hehhehe. malam ni kat UPM ade Malam Puisi Riong..hehhehehe dela xterlibat pun, saje je wat2 penting..seronoknya,ade Sabri Yunus n Mohd Shukri Nasron (Cicik), peserta Akademi Nasyid musim ke3..hehehhe bace berita selanjtnya di bawah, dela petik dr beritaharianonline


PELAWAK terkenal, Sabri Yunus dan Peserta Akademi Nasyid Musim Ketiga, Cicik bakal memeriahkan Malam Puisi Riong: Merentas Ruang yang berlangsung di Latar Siswa, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, bermula jam 8.30 malam ini (2 November).

Majlis anjuran Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM itu, menunjukkan pembabitan artis dalam menjayakan majlis itu, dapat membuka mata golongan muda untuk menarik minat mereka mencintai seni sastera kerana mencipta kelainan dalam deklamasi puisi melalui dendangan lagu puisi secara akustik dan puisi jenaka.

Cicik atau nama sebenarnya Mohd Shukri Nasron bakal mempersembahkan dua lagu puisi pada malam itu untuk diketengahkan kepada pendengar dari kalangan generasi muda dengan memberikan nafas kontemporari bagi menyesuaikannya dengan jiwa mereka.
“Lagu puisi seharusnya disuntik dengan nafas baru dan tidak lagi bersifat stereoptaip, manakala komposer dan penyanyi lagu puisi pula mempunyai tugas besar untuk memulakan budaya baru ini supaya tersebar di kalangan orang biasa.

“Melodi dan lirik lagu puisi mampu menembusi banyak golongan pendengar sehingga ia diminati setiap lapisan masyarakat seperti yang sebelum ini dibawa oleh kumpulan Kopratasa termasuk saya sehingga menumbuhkan kecenderungan saya kepada karya puitis yang dapat melahirkan lirik yang membawa kesan kepada masyarakat,” katanya.

Cicik berkata, lagu Berita Buat Kawan karya Ebiet G Ade yang sering dikongsi dengan khalayak setiap kali tampil pada malam puisi Riong masih menjadi pilihannya yang akan dipersembahkan Malam Puisi Riong kerana keindahan lirik dan melodinya tetap segar dalam kehidupan manusia.

“Peranan penyanyi dalam menyampaikan mesej amat penting khususnya dalam program seperti majlis bacaan puisi yang mengutamakan keindahan bahasa dan saya harap penyanyi lain juga dapat memainkan peranan dalam menyuburkan kembali penggunaan bahasa Melayu dan kebudayaan bangsa,” katanya.
Sementara itu, Sabri pula bercadang mendeklamasikan dua puisi khas karyanya yang bakal mengekalkan unsur jenaka untuk dikongsi dengan khalayak pada malam terbabit kerana genre berkenaan mudah diterima masyarakat dan bersesuaian dengan karakter yang sering dilakonkannya.

“Malam Puisi Riong mampu menjadi landasan bagi peminat sastera dan seni tempatan mendekati pengkarya dan artis yang beraksi di pentas acara sehingga mendorong saya untuk mempersembahkan puisi karya sendiri kerana berasa lebih dekat dengan khalayak, selain bebas beraksi mengikut cita rasa dengan gaya santai,” katanya.

p/s: tengah study utk final exam.hehe
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...