Mufti ingatkan umat Islam jangan taksub mitos Planet Nibiru
KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mengingatkan umat Islam agar tidak mempercayai kewujudan Planet Nibiru dan ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012.Katanya, umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat adalah ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.
“Soal masa hari itu tiba, hanya Allah SWT mengetahui dan sebagai orang beriman, kita harus mempersiapkan diri dengan amalan untuk bekalan di akhirat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, akhbar melaporkan, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan agensi angkasa antarabangsa lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menafikan kewujudan Planet Nibiru kerana tiada bukti saintifik mengenainya.
Ketua Unit Penyelidikan Sains ANGKASA, Mohd Fairos Asillam menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili di Dewan Negara, kelmarin mengenai dakwaan bahawa Planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 tidak benar.
Ramalan ahli falsafah Perancis, Nostradamus pada abad ke-16 mendakwa, kiamat akan berlaku apabila Planet Nibiru melanggar bumi menjadi perbincangan hangat orang ramai melalui internet sejak tahun lalu.
Apabila perlanggaran berkenaan tidak berlaku pada 2003 seperti yang diramalkan Nostradamus, ia kemudian ditukarkan kepada 2012 berpandukan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah sebelum Masihi yang mana tarikh kalendar kaum terbabit berakhir pada 21 Disember 2012.
sumber : beritaharianonline
1 comment:
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DZWki2acN9q4&h=59b2a
sesungguhnya,kiamat ada petanda2 yang sebelum berlaku nya kehancuran itu dengan 3tahun kemarau yang berturut2 dan muncul nye dajjal..sebenarnya kiamat itu adalah benar namun kita tidak tau akan kesudahan nya itu..walau ape pun ..percayalah ada anasir2 yang ingin memesongkan akidah org islam..jgn menyekutukan ALLAH,nescaya kamu akan di laknat.. percaya kepada sesuatu benda itu adalah benar jika mengikut dengan kehendak islam.. jikalau tanda2 itu belum muncul maka tidak lah terjadinye kiamat..carilah hadis2 sohih untuk kepastian dan sesungguhnya di dalam al-quran itu tidak menyembunyikan sesuatu kebaikan pun di dalam kandungan nye,,, selamat beramal.. !!
Post a Comment