Friday, May 28, 2010

Tahukah Anda?

1. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Itali, jurugambar dikenali sbg paparazi. perkataan itu dipercayai diambil dr watak paparazzo dlm filem La Dolce Vita yg diterbitkan oleh Federico Fellini pd tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kpd seorang budak bernama Razzi juga boleh dikenali dgn nama papa Razzi.

2. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan ia bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama drp penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah anda perkataan May Day yg diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara, berasal drp bahasa Perancis, M'aidez yg bermaksud "tolong saya". perkataan Mydin yg tertera pd Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yg juga digelar besi berani. sebagaimana namanya magnet ialah besi yg berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. bagaimanapun orang yg diupah utk menarik kereta bukanlah magnet.

5. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. apabila cicak menyedari yg dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lg, atas alasan kalau takda ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer drp sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yg tersendiri sebenarnya.

7. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dr segi rupa bentuknya. tapi, walaubagaimanapun orang yg kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

8. Tahukah anda gunung berapi yg berusia 3 ratus tahun disahkan masih aktif utk meletup. tapi mengikut kajian ahli gunung, api eletrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama 3bulan.

9. Tahukan anda orang yg tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan, dan harta dunia ialah Orang Utan.

10. Tahukah anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi ia tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

11. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yg berupa kekenyangan. nasi ayam juga boleh digunakan sbg ubat utk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yg dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

sekian :)
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...