Tanda dan Gejala Insomnia:
- sukar utk tidur
- sering terjaga beberapa kali pd waktu malam, n susah dah nak tidur balik lepas terjaga
- letih n ngantok pd siang hari hingga menyebabkan anda tidur waktu siang.
Faktor Insomnia:
- tekanan ( masalah kewangan, tempat kerja, n dsb)
- masalah umah tangga
- perceraian
- kehilangan org tersayang
- berpindah ke tempat baru
- kekurangan zat makanan
- sakit
- jadual tidur yg tak teratur
Cara Mengatasi:
- elakkan minum minuman beralkohol atau merokok
- elakkan tidur dgn perut yg kosong atau terlalu penuh
- jauhi masalah dr tempat tidur anda
- jangan memaksa diri utk tidur
- amalkan mandi dgn air suam
- membaca bahan bacaan yg boleh membuatkan anda bosan n mengantuk (saya pernah cuba buku teks Sejarah Tingkatan 4 n terbukti berkesan bile belek muka surat pertama tajuk Tamadun)
- dengarkan muzik yg menenangkan fikiran
- bangun pd waktu yg tetap, n tidur pd waktu yg tetap
- elakkan tidur pd siang hari dalam tempoh yg lama
- jika anda ambil ubat, semak balik preskripsi ubat2 anda dgn ahli farmasi
Zaid bin Thabit r.a. menyatakan beliau mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa beliau mengalami masalah susah hendak tidur, maka Rasulullah s.a.w. mengajar beliau doa ini,
اللهُــمّ َ غـَــارَتِ النـّـُـجـُــومُ وَهَــدَأ َتِ الـْــعـُــيُــون ُ وَأ َنـْـت َ حـَــيّ ٌ قـَــيـّـُــومٌ لاَ تـَــأ ْخـُــذ ُكَ سـِــنـَــة ٌ وَلاَ نـَــوْمٌ يـَــاحـَــيُّ يـَــا قـَــيـّـُــومُ أ َهـْــدِئْ لـَــيـْــلـِــى وَأ َنـِــمْ عـَــيـْــنـِــى
dan apabila dibacanya, katanya, “Allah SWT menghilangkan penyakit susah tidur yang kualami itu.”
Maksud doa tersebut ialah: “Ya Allah, telah lenyap segala bintang dan telah lelap semua mata sedangkan Engkau sentiasa hidup lagi berdiri, tidak mendatangi / mengenai Engkau mengantuk dan lena, wahai Tuhan yang hidup lagi berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku.”
(Hadith riwayat Ibnu Sunni r.a)
itu sahaja info yg dapat sy kongsikan malam2 ni. sy pun turut mengalami masalah insomnia ni. sejak ade blog, makin menjadi2. kene atasi ni, sbl makin teruk n menjadi2. prevention is better than cure, rite.
No comments:
Post a Comment