Monday, May 17, 2010

Cara-cara Menutup AURAT yang Dituntut oleh Islam

salam readers n followers. seperti yang kita sedia maklum, Islam mewajibkan setiap muslimah yang sudah cukup umur untuk menutup aurat masing-masing. malah, kanak-kanak juga harus diasuh dan dididik utk mula menutup aurat agar ianya sentiasa menjadi amalan dan pegangan mereka sehingga dewasa. di sini ada beberapa panduan tentang apa yang dikatakan AURAT dalam Islam. sama2-sama kita ikuti;

KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?
Kerana ia termaktub dalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat ke59 yg bermaksud:
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka,supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"

antara beberapa panduan dlm menutup aurat bg muslimah ialah:
1. tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang
2. baju mestilah labuh dan longgar
3. lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan
4. kain atau seluar yg dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali
5. mesti memakai sarung kaki
6. kasut tinggi yg tidak berbunyi (sekiranya ingin memakai kasut bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)


BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERHATIKAN?
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya,maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan".(HR Abu Daud)

MUKA DAN TANGAN
Asma' binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai Asma'! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya mengzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja"
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

Surah An-Nisaa' ayat 34, ALLAH SWT berfirman:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"

Sepotong ayat dari Surah Al-A'raf ayat 26, ALLAH SWT berfirman:
"Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk perhiasan, dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik"

MUKA DAN LEHER
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu"
a. bersolek ( make-up)
b. menurut Miqtil: "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher spt orang jahiliyah"

DADA
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka"

WANGIAN
"Siapa sahaja wanita yg memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina"
(Riwayat Nasa'i, Ibn Khuzaimah Dan Hibban)

KAKI ( Tumit Kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (An-Nuur:31)
a. menampakkan kaki
b. menghayunkan/ melenggokkan mengikut hentakan kaki

KEPADA SIAPA AURAT BOLEH DIPERLIHATKAN?
Berdasarkan Surah An-Nuur ayat 31, golongan-golongan yg boleh diperlihatkan aurat kepada mereka ialah:
1. suami
2. bapa
3. bapa mertua
4. anak-anak lelaki
5. anak-anak lelaki suami (anak tiri)
6. saudara-saudara lelaki
7. anak-anak saudara perempuan
8. wanita-wanita (rakan sejawat atau yg berkhidmat dgn mereka)
9. hamba sahaya
10.orang-orang lelaki yg menjadi pengikut mereka yg tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan
11.kanak-kanak yg belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan

harap maklumat ini sedikit sebanyak menambah pengetahuan anda tentang aurat seorang wanita Islam. sama2lah kita mempraktikkannya.

salam.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...