1. Mengikhlaskan diri sewaktu membaca Al-Quran, semata-mata utk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT, bukan dgn tujuan riya'(menunjuk2 kpd orang lain) dan sebagainya.
2. Membaca Al-Quran dalam keadaan suci (berwudhu').
3. Membaca Al-Quran dengan betul (tartil) mengikut hukum tajwid.
4. Membaca Al-Quran dalam keadaan khusyu' dan tawadhu'(tenang dan merendah diri).
5. Membaca Al-Quran di tempat yg bersih dan sesuai.
6. Membaca Al-Quran dengan mengadap Qiblat.
7. Memulakan bacaan dengan bacaan isti'azah.
8. Membaca Al-Quran dengan tadabbur ( meneliti dan memahami maksud ayat).
9. Mengelokkan suara bacaan.
10. Menangis ketika membaca Al-Quran (kesan dari memahami maksud ayat-ayat yg dibaca)
11. Disunatkan apabila seseorang pembaca Al-Quran melalui ayat rahmat agar dia memohon rahmat ALLAH SWT dan sekiranya ia melalui ayat azab pula, hendaklah ia memohon perlindungan ALLAH SWT.
ok itulah di antara adab- adab ketika membaca Al-Quran. jadikanlah amalan membaca Al-Quran amalan kita sehari-hari. Amin.
salam.
No comments:
Post a Comment