Suami: "sayang...abang dah balik ni, ni ha semua barang yg sayang pesan abang dah belikan."
si isteri pun mengeluarkan semua barang yg telah dibeli utk memastikan kesemuanya mencukupi. ye la, mana tahu si suami lupa lak. tiba-tiba, si isteri dapat mengesan ada perkataan FREE tertulis pd tin 'Planta' yg dibeli suaminya. tajam betul mata si isteri.namun, tidak pula didapati sebarang benda free antara barang2 tersebut, semuanya dibeli.
Isteri: "abang.. ni ada benda FREE ni...kenapa abang tak claim kat kaunter masa bayar tadi..abang kena pergi ke supermarket tu balik dan mintak benda FREE ni. "
Suami: "sorry lah sayang, abang tak nampak benda tu tadi, ok2 takpe abang akan pergi semula ke supermarket tu ek."
si suami pun membawa tin 'Planta' utk berjumpa semula dengan jurujual dan claim benda FREE yg tercatat pd tin tersebut. bagaimanapun berlaku pertengkaran antara si suami dan jurujual kerana jawapan yg diberikan oleh jurujual ialah barang FREE itu sudah ada dlm tin 'Planta' tersebut. pertengkaran ini telah menarik perhatian pengurus supermarket yg kemudiannya menghampiri kedua-duanya.
Pengurus: "encik, kenapa encik marah-marah ni?"
Suami: "syarikat kamu ni berniaga mcm mana, ni tin 'Planta' ni kata ada benda FREE, kenapa kamu tak beri barang FREE tu? nah, ni dia tin nya, cuba kamu tengok."
pengurus supermarket berkenaan mengambil dan membelek2 tin 'Planta' tersebut lalu berkata:
Pengurus: "ohh...betullah kata jurujual saya encik, CHOLESTEROL FREE ni memang dah ada dalam tin 'Planta' ni."
kuang kuang kuang
p/s: cholesterol free first! :)
untuk info tentang marjerin Planta, klik sini
salam blogging dr dela ;p
4 comments:
moral value.. baca betul2 kuang3x...
x senonoh owg tu..tegelak aku sowang2 ni..XD
len kali jgn kejor sgt barang free..;)
hahah..ini orang pun ada ka..
Post a Comment