Wednesday, September 28, 2011

Sains Penjagaan Rambut

Salam semua .. lama betul kan tak update ..first 3weeks rasa mcm busy je , tapi belum lagi masuk week2 seterusnya ..mesti nak 0n9 pon xsempat ..hahaha except from facebook dan tugasan on9 ..tapi xpelah , selagi boleh update , kita update . baru2 ni blog dela direview oleh sahabat2 blogger dari group Rakan Blogger 2day blogger kat facebook . first time kena review . ada yang komen pasal widget yang tergantung tu ..heheh dela dah buang dah .. sebenarnya nak ke kirikan skit benda tu , tapi tak buat2 sampai lah kena tegur pasal tu . ada yang cakap blog dela ialah personal blog coz the latest ones are all about personal things . bagi dela , memang la banyak pasal personal baru2 ni coz kan bulan puasa , pastu raya , and then nak masuk study balik . so entry2 agak kepersonalan laah skit ..erkkk istilah apa kah itu ? hehe tapi blog dela bukan personal sepenuhnya ya , dela kongsi semua yang dela boleh kongsi .. yang dela paling suka kongsi adalah pasal agama dan juga pendidikan . oklah habis bab ni , kita story sket pasal kisah kat upm bertuah ni .

sem 3 ni dela rasakan agak ok jadualnya , tak padat macam sem lepas . ada la jugak ruang waktu nak setelkan benda lain selain dari belajar . bila dah jadi senior ni , rasa lain skit . hehe suka tengok junior2 terutama yang kecik2 molek (tak pasan diri pon kecik) hahhaha . sejuk hati bila junior senyum then panggil akak . hehehehe simptom apakah ini ? ^_^

sem ke3 ni dela dan member amek subjek sains penjagaan rambut . best sangat . apa yang tak pernah diketahui pasal rambut jadi tahu . hehehe setakat ni tahu teknik syampu rambut , gulung rambut , dan juga buat sanggul . pagi tadi kul10 belajar buat sanggul . dela perlukan bantuan rakan jugak la , coz mula2 memg tak reti hahahhaha . selalu buat tak kemas . kena bukak balik . tapi at least kita belajar . belajar dari kesilapan . bukan mula2 buat dah terus pandai . hehehe pendapat dela laaa ..mgu depan belajar variasi buat sanggul plak .. ikut kreativiti kita nak buat sanggul bentuk mcm mana nanti . uhuhuu ni dah week3 , satu report pon belum buat lagi ..pemalas betul . ;p

sebelum menggulung

selepas menggulung

selepas sanggul


pastu sem ni dela n member join Kelab Kepimpinan UPM atau QKP . best jugak , enjoyy . takdalah seriusss sangat . yang penting kita enjoy dalam buat aktiviti tu . kelab lain dela join ialah kelab keusahawanan . sem1 dan sem2 dela jaga kiosk dalam kawasan hostel . pastu pertengahan sem2 dela berhenti coz tak sempat nak bahagi masa dengan kelas . selalu ada kelas ganti je . jadi jam bertugas kat kiosk selalu tak penuh . last2 stop . sem ni tak jaga terus hahaha . bz kot start sem ni .

sem ni jugak lah dela amek kerja kayu logam semua tu . huhu tak syuke tak syuke . tapi xpelah , ni semua ILMU ..dah bayar yuran mahal2 kenalah manfaatkan . betui dak ? :)


subjek lain yang dela amek sem ni ialah perakaunan pendidikan , sukan badminton , general writing skills , pemakanan manusia , dan juga sains pengguna . setakat ni yang stil blur2 lagi ialah sains pengguna . hehehhee ( consumer is an individual or organization that uses goods n services in the final form ) ni definisi kena ingat sampai bila2 .. hahahha . oh ya , start sem ni , semua kuliah kena ajar dalam BI .. huk2 berputar belit lah otak ni . kejap bi , kejap bm , pastu bi balik . dulu kat UiTM , semua in BI , kecuali subjek pemikiran Islam . datang sini amek kau , BM . tapi xpe . kita try slow2 k . hik3 .

tapi yang paling enjoy kelas amali rambut tu lah . nanti balik cuti midsem nak try syampu rambut Umi laaa ..hehehhe yeayy !! practice makes perfect ^_^ yang paling tak bape nak enjoy ialah bas . hahahha bas sem ni dah bertukar dari merah ke biru . tak syuke tak syuke .. boleh muat sikit je students . huhuhu saya nak bas merah saya nak bas merah .. hehehhe gurau je .

oklah tu je perkongsian utk kali ni . sehingga ketemu lagi . ^_^

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, September 15, 2011

Ambik Masa Update Kejap :)

assalamualaikum semua ..wahhh lamanya dela tak update .. sebab utama tak update ialah tidak berkesempatan dan juga takda mood . heheheh now dela nak update beberapa coretan kisah sepanjang 4hari dela berada kat upm ni . jom usha ~~

sabtu aritu dela naik bas dan sampai kira2 pukul 3.30am camtu laa . lupe lak nak tengok jam . bas tu berhenti kat hentian bas depan kolej dela stay . pastu heret dua beg yang tersangat berat (beg dela tak pernah tak berat) hhahaha masuk dlm kawasan kolej . oleh kerana bilik dela kat tgkat3 , so decide tinggal beg kat bawah dulu ..nak usha bilik ade org ke tak . kalau rumate dela junior , adalah orangnya . kalau tak , mesti bilik tu berkunci . nanti sia2 jek bawak naik beg . pastu p lah panjat tangga naik tgkat3 . tengok2 , emmm memg takda orang lagi . turun la balik sambil pikir2 nak duk mane la . nak mesej tanya ex roomate takut ganggu plak , ye lah dah nak hampir kul4 , orang tengah enak tidur kot .

pastu dela pon wat keputusan stay kat surau dulu . uhhuu . masuk2 je ajat nak bukak kipas tapi takda letrik lak . pastu duduk lah dela dalam surau tu dalam gelap n panas . takdalah panas sangat , cume rasa sesak sikit . siap berperang ngan nyamuk lagi ..hahhaha . then , amek kain semayang dan balut tubuh , tak bagi nyamuk gigit . dela set jam , nak bangun nak solat sama2 gn pelajar yang datang solat Subuh nanti . sedar2 hp habis bateri dan masa dela terjaga tu dengar2 orang tengah iqamat dah . pastu cepat2 nak p amek wudhuk , tapi air lak takde ..huhuhu . mujur bawak air mineral , dela pun amek wudhuk gn air mineral tu . then solat sorang je , tak sempat nak solat jemaah gn pelajar lelaki yang datang solat tadi .

pastu baring2 jap , then ada sorang kenalan masuk nak solat gak . pas dia solat , ktorang berbual kejap sambil tunggu kul8 , nak amek kunci bilik kat pejabat . sambil2 tu dela tengok senarai nama kat papan kenyataan kat luar pjbt . nak tengok sapa ek roomate baru dela . emm sem ni dela akan tinggal satu bilik dengan saudari Nadzirah Azizan . sapa ye ? dela tak kenal la . maybe kalau tengok tuan die , kenal la , cume taktau nama . member2 yang ada sekali kat situ bgtau rumate dela ni satu batch gak . oooo ok . kita tunggu ok . maybe dela memang kenal . :)

pastu p amek kunci dan masuk bilik . sebab beg dua bijik tu terlalu berat , so dela pun mtk tulun ngan dua orang member satu blok , Nadhirah dan Syaza . ehehhe baik dorang berdua ni . nanti kdila belanja gula2 yek ? hehee then , masuk bilik . wahhh nice biliknya . ada tikar getah . hhehe ok la secara keseluruhannya . dela tak demand pun nak bilik cantik2 , cukup sekadar ada katil , almari , meja , dan lampu kipas semua tu . :) pastu dela baring2 , rehat kejap . pastu tertidur sampailah roomate pun sampai ..ohhhhh cik adik ni rupanya . dela kenal dia , cuma taktau nama . hehehe selamat datang Nad !! :) akak roomate baru Nad heehhe ^_^

pastu bermula lah hari2 berikutnya . hari pertama kelas , kedua , dan ketiga . Nad is such a happy go lucky person . and it was nice to have her as my roomate . :) dear Nad , I hoped that it was the same for you . ok lah setakat ni je dulu . update hari pertama , kedua , dan ketiga tu dela cerita lain kali ok ! banyak benda dela nak kongsi2 gn korang semua . hehehe .

sehingga berjumpa lagi . stay tuned :)


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, September 10, 2011

Wish Lists Dela

salam semua . huhu ni update last dela kat bumi kelantan ye . hehe petang karang dah nak bertolak ke upm semula . wish me have a nice journeyyyy ok ! even though 9hours dalam bas tu hahhahahha mau meletup punggung . erkk

tak sabar nak jumpa kawan2 ehhehehe rindu merekaaa . ok2 kat bawah ni senarai perkara yang dela tak sabar nak buat dan tak sabar nak tahu ! hehehe jom usha wishlist dela jommmm

1. tak sabar nak jumpa member2 (berapa kali nak cakap daa)
2. tak sabar nak tengok bilik baru walaupun jauh di puncak sana (arghhhhh)
3. tak sabar nak tahu siapa roomate baru dan tak sabar nak jumpa dengannya . adakah sunbae ? adakah hoobae ? hehehe
4. tak sabar nak jadi sunbae kalau roomate nanti ialah seorang hoobae hehhe
5. tak sabar nak buat makan2 gn member2 kesayangan
6. tak sabar nak masuk kelas . hahahha betul ke ? kata otak dah jammed kih3 ah xkire2 !!
7. tak sabar nak jumpa warga kolej khususnya dan warga kampus amnya . ayat skema takleh
blahhh hehe

oklah tu je . takleh nak update banyak2 . sayonara bumi kelate ku . hik3 . adiossss . sehingga kita ketemu lagi ye ! ntah bile plak nak balik ek . tapi kan , dalam happy2 pun , ada jugak unhappy nye . coz pembelian reload dan pek permulaan akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan mulai 15hb ni . dela rasa semua dah tau kan pasal ni . hisyyy ingat semua pengguna hp ni kaya ke . ingat semua pengguna prepaid ni kaya ke . ni rakyat didahulukan ke duit didahulukan . sorry , ter- emo tetibe . oklah .

salam . miss u .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, September 05, 2011

Malasnya Nak Balik U !

salam semua . sihat ke ? tak lama lagi dah nak masuk U kan bagi students2 ipta . malasnya rasa nak balik sana . otak rasa dah jammed , hahahahhaha cuti 4bulan punya pasal . malas balik malas balik malas balikkkk .

tapi malas malas pun , nak jugak balik sana coz rindu sangat nak jumpa ngan kawan2 sekelas dan sekolej . huhu . lama tak jumpe . lama tak dengar celoteh dorang . rindu . korang rindu dela tak ? ke dela jek rindu korang ? yang pasti bila bukak sem ni , nak buat makan makan sikit . celebrate raya sesama ktorang . jadi , kena bawak kueh mueh dan biskut raya la setiap orang . dela nak bawak ape ek ? rasenye biskut2 dah hampir habis dah . ehhehe . dela harap dorang bawak biskut Almond London tu . feveret time raya . setakat hari ni , dela belum jamah sebutir pun biskut tu . uhhuuu sedih . kak Liza , Scha , kak Mimi , kak Nana , Farha , Piqah , Ecak , Asma , Qura , Fizo , Fida , dan Lin (wahhh ramainya) , nanti korang bawak Almond London banyak2 ek .! ehehhee Scha plak kena bawak la kek coklat dia tu . :)

tapi kan . nak tahu tak . sebab utama dela rasa malas nak balik sana ? sapa teka dapat sebutir biskut Arab . hhhehheee . ok sebabnya ialah , dela dapat bilik kat tingkat atas sekali kat kolej tu . uhuuuu malasnya nak ukah tangga . (*ukah=panjat) . dua sem lepas duk tingkat 2 , sem3 naik tingkat 3 plak . adouihhhh . penat den camni . boleh tertinggal bas nak ke kelas den camni . kenapa diletakkan dela di tingkat atas sekali ? adakah sebab dela seorang pelajar yang tak aktif ? eheheheh nak bagi aktif , kena bagi floor bawah sikit . 1st floor ke . adeihhh demand btol . hehe

emm nampaknya kena bagi aktif la kan . sem dpn amek badminton . kalau nak praktis petang2 , just terjun je ke bawah dan terus boleh main kat court kat ground floor tu . heheheh nak jimat masa . hik3 . eihhhhhhh takdelah nak buat camtu . memg takdapatdiselamatkan lahhh kalau terjun cenggitu . =,=

sedih .. lepas ni mesti takda orang pun nak datang bilik dela . uhukk3 . ye la kat puncak sana . kalau bilik sebelum ni , waktu malam nampak la jugak putrajaya . view yang sangat nice . tapi bilik yang dela dapat ni bukan kat blok yang menghadap putrajaya . blok yang satu lagi . uhukkk nak intai sape ek malam2 . hik3 tapi xpelah , dela terima aje . hehehe maybe ade hikmah disebaliknya . saban hari panjat tingkat3 , mgkin muncul minat dela nak join geng slide gunung pasni . ahakssss . time kat uitm dulu pun , kat Kolej Redang 1 , dela duk tingkat 3 gak . adeihhh memg makin kecik hamba . makan banyak pun tak jadi coz lepas tu terus exercise naik tangga .

hehe banyak sungguh omelan kali ni . ehheheh tq sudi baca !
salam

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, September 02, 2011

Kisah Raya Dela

salam semua . masih terasa suasana hari raya lagi kan ? hari ni baru mencecah hari ke4 Syawal . masih banyak open house yang dibuat , tak lupe juga kenduri kendara saudara mara dan sahabat handai . dela balik kampung sehari sebelum raya . kakak n husband serta uncle n family sudah ada di rumah nenek . selain mak sedara n family yang memg duduk dengan nenek .

malam raya tu ktorang prepare ingredients utk kuah laksa penang , antara menu tetap yang Umi buat bile hari raya . kami adik beradik memg suke menu ni . hehe . pastu dela n adik masuk tidur , coz dah ngantok , yang len continue prepare kat dapur . keesokkannya, bangun solat Subuh kemudian tdo balik . tdo ayam je . hehe . pastu pergi mandi dan siap2 nak p semayang raya . wah bestnya dapat p solat raya ramai2 . ktorang sampai lambat dan tgk2 ruangan dah penuh . terpaksa beralih ke bangunan tambahan di sebelah . hehe first time solat kat bgunan tambahan tu .

selesai solat , salam2 , peluk cium gn jemaah masjid , ktorang balik dan sesampainya kat rumah , tengok dah ada tetamu datang . alamak , makanan belum sedia lagi ..kesian auntie kat dapur . pastu ktorang siap2 pakai pakaian raya lengkap bertudung dan membantu menyediakan makanan utk tetamu . tetamu yang dah ada ialah datuk n nenek saudara dela , serta anak menantu dan cucu dia . kami hidangkan laksa penang utk dorang . yummyy

pastu sepupu Umi yang sorang lagi plak datang . hehe . menjelang tengahari plak , ayah long n anak2 plak datang . diikuti dengan ayah cik , dan ayah ngah . wahh sukenye ramai yang balik . cuma ayah su dela je tak balik tahun ni . lepas tu rombongan yang tak pernah datang pun datang tahun ni . hehe adik kepada nenek dela dan anak2 nya datang rumah nenek ! hehe dorang dari Machang . biasa ktorang yang p sana dan beraya umah dorang . tahun ni sebaliknya . jadi , amat2 lah menyerlah kepadatan ruang dalam rumah tu . kat dapur anak beranak kami berkumpul , kat luar plak datuk saudara n anak2 nya . hehehe semuanya berjamu makan laksa . yeahhh naseb baek buat 10 kilo kan . hehe






thanks buat my sis utk gambar2 hehe

petangnya pulak , p beraya rumah datuk n nenek saudara . umah dorang dekat je , just perlu jalan kaki . cuma dela n family naik keta, coz susa kot nak lintas jalan . kereta ramai .. eh banyak . hehe kelantan memg teramat3 jammed musim raya ni . bukan musim raya je , weekend pon jammed . iskh . pas raya kat sana , ktorang balik umah . pas Asar , dela n family ambik masa bergambar . hehe tahun ni kami tema purple . hehe kelantanese panggil putih star . hehe


kami berempat

pastu petangnya jugak , rata2 uncles n families dah balik rumah masing2 . uhuuu . malamnya ktorang xp memane . duk umah je . adik bongsu nenek dari Machang ada datang . hehe . pastu takda aktiviti dah . dela just tgk TV je , cte Nur Kasih The Movie . ehee .

esok paginya , kakak n abg ipar bertolak ke kedah , beraya kat sana plak . berkurang 1 family . hehehhe dela , Umi n adik pun nak balik KB gak hari tu . nak beraya kat KB lak . thanks buat insan2 tersayang yang kasi dela duit raya , walaupun dela dah tak muda sangat dah . ahaks ~
dedicated to my sis , my grandma , my uncles , n my aunties . hehe

pastu time nak balik KB , jalan jammed ! arghhhh dah boleh agak kan . sejam lebih ambek masa . pas sampai terus beraya rumah mak sedara plak . pergi rumah mak sedara belah kanan, dapat duet raya dari sepupu . ehehhe thanks Achik ! kat situ ktorang makan mihun rasanya (apesal dh lupe ni) dan coklat . ehehe pastu g rumah mak sedara belah kiri lak . kat sana pun dapat duit raya gak . thanks Kak Inim ! kat situ plak ktorang makan roti jala dan sate . alhamdulillah rezeki hari tu .

malamnya takda aktiviti , borim , xtahu nak p beraya ktne . hasilnya , just on9 dan bukak blog yang dirindui ni . cewahhhh . on9 sambil tgk cte jepun sampai ke pagi . hahahha ape nak jadi . esok nya sah2 membuta . hahahha tapi takleh membuta lama sangat coz nak p makan gulai dekat majlis kesyukuran adik maksu dela . dekat Bachok , Kelantan . so ktorang pun mengharungi jalan jammed di Kota Bharu semasa perjalanan pergi dan jammed di Bachok semasa perjalanan balik . kat sana jumpe maksu n adik2 nya dan familinye . dah lame kott xjumpe dorang . pastu ktorang terus makan n nak balik . takot sesak nanti . hahaha time tu pengantin perempuan belum datang . ktorang cabut awal . hehehhe hasilnya , memg jammed . kalau tngu rombongan pengantin perempuan sampai , lagiii jammed kot . hehe

malamnya , dela tdo awal . dah boring sangat . kat fb n blog both xde orang . masih gigih beraya . dan harini , raya ke4 , dela n family duduk rumah je . hehehe tngu orang datang . datang ke tak tak tahu lah . hahaha esok lak nak p majlis kawan skula rendah dulu . majlis menyambut menantu dekat Wakaf Bharu . ala , Shahidan , kawan dela yang dela pernah cerita dalam entri jalan2 ke KB Mall tuuu . hehhe

oklah ni lah cerita hari raya dela setakat ni . selamat hari raya korang :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...