Saturday, May 26, 2012

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Wanita

salam semua . ok , dela taknak berceloteh lama coz tiap kali update selepas beberapa bulan lamanya tak update , dela cenderung untuk bermukadimah dengan panjang sekali. Ok, well . now dela nak kongsi satu artikel, khusus untuk sahabat2 Muslimah di luar sana . Semoga memberi manfaat kepada kita semua ^_^

13 Perkara Yang Perlu Dijaga oleh Wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31).

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921


ok itulah dia perkara-perkara yang perlu kita, sebagai seorang wanita, jaga dengan sebaik2nya. Sesungguhnya setiap suruhan dan larangan ALLAH itu ada sebabnya, ada hikmahnya . Sekian untuk kali ni ye ! :) Salam.

p/s: sengaja taknak buat function readmore coz mesti korang taknak tekan kan? :)


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, March 31, 2012

Books That I Spend My BB1M With !

salam semua . lama betul tak update . sebulan lebih tuuuu . banyak benda yang dah berlaku semenjak 2 , 3 menjak neh . Antaranya yang paling menonjol ialah keputusan peperiksaan SPM 2011 yang lepas . Dela punye adik dapat keputusan yang Alhamdulillah, membanggakan kedua2 orang kakaknya walaupun tak dapat banyak, tapi itu sudah dikira cukup ok kerana berjaya dapat 5A daripada 10 . ok lah tu kan . better than me dulu ! wakkakaka congrate ye . nanti I belanje makan .

minggu lepas adalah antara minggu paling busy buat kami sekelas coz terpaksa mengharungi lautan rimba opsss bukan , lautan ujian1 . hehehe ada 4 test semuanya , bermula Selasa hingga Jumaat ( isnin n khamis takde ) . rase macam final exam pun ada . hehe . tu tak campur dengan kepenatan kelas kosmetologi, enjin, dan memasak lagi . hehehe dela sebenarnya teringin nak upload gambar2 sajian yang dela n partner masak , tapi belum berkesempatan lagi . bussyyyy sangat . hehe . InsyaALLAH, the next entry dela akan post pasal sajian yg telah kitorang masak :) nantikan ye .

aim sebenar post hari ni ialah nak kongsi pasal buku yang dela beli dengan Baucer Buku 1 Malaysia . gembira sebab duit BB1M tu dibelanjakan untuk membeli buku2 favourite dan buku2 yg dapat memberikan kita motivasi dan juga santapan rohani , termasuklah buku agama . dela jugak ade beli buku pasal subjek yg dela amek sem ni , mane lah tahu dapat membantu . kan3 ?
dela harap buku2 yg dela beli ni dapat menambahkan pengetahuan sedia ada dela :)


ok meh kite tengok satu persatu buku2 nya :)
1. 1 Hari 1 Resepi 365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza

buku ni puas hati boleh gak beli akhirnya . dulu rase macam dah pernah tgk buku ni , lepas tu dah tak ingat dah . then, ade sorang member mention pasal buku ni . then akak dela pun ade beli dan dah praktis pun resepi dalam tu . so, dela pun beli lah jugak . rase macam minat memasak dah masuk dalam diri ni . tambah2 dela amek kelas memasak sem ni . hehhehe laku sangat buku ni , tgk lah die tulis berapa ribu naskah dah dijual ! huhuhuhu

2. Rahsia Kecantikan Kulit Wajah

buku yang ni pun sangat berguna utk dela coz sem ni dela amek subjek kosmetologi . dlm buku ni die ade bagi panduan pasal cara2 nak cuci muka, cara nak urut pelanggan , cara merawat muka, dan jugak panduan pasal cmne nak kenal jenis kulit kita . above all , utk mencuci muka, ade 3 step yang memg kena buat setiap pagi dan malam iaitu mencuci muka dengan pencuci, meletakkan penyegar, dan juga menyapu pelembap . ingat tu ! hehe nice book .

3. 100 Pesanan Terakhir Rasulullah

buku ni plak sangat best , menyentuh tentang pesanan Nabi Junjungan Besar kita berkenaan banyak aspek dalam kehidupan , cthnya mcm solat, bersedekah, bersahabat, pemakanan seimbang, suami isteri, dan Al-Quran n As-Sunnah . banyak lagi part yang dela lum bace , so xleh nak cerita sangat . hehe tapi perkongsian yg sangat bagus . congrate to the author :) best seller book .

4. Menyingkap Mukjizat Surah al-Waqiah

setuju dengan deskripsi pada buku tu "Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia dan Akhirat " . surah ini adalah antara surah yang digalakkan utk membacanya setiap hari . kerana orang yang mengamalkannya setiap hari tidak akan jatuh miskin . dengan erti kata lain, jika kita amal baca surah ni tiap2 hari, ianya insyaALLAH dapat jauhkan kita dari kefakiran . surah ni Nabi galakkan kita baca waktu malam , coz waktu malam adalah waktu yg paling sesuai dan mustajab utk berdoa dan sebagainya . lagi2 kandungan surah ni adalah pasal hari Qiamat , jadi membacanya dapat menambahkan lagi rasa kesedaran dan ketakutan akan tibanya hari Qiamat tersebut , di samping memohon kelimpahan rezeki dari Pencipta kita :)

5. Diari Hidup Rasulullah

buku ni plak adalah tentang diari hidup Nabi, apa yang Nabi buat setiap hari . antara aktiviti harian Baginda ialah membaca Al-Quran, solat Subuh berjemaah, solat Dhuha, sedekah, sentiasa berwuduk, berzikir, dan solat tahajud . semua ini dilakukan Nabi SETIAP HARI . dengan erti kata lain, ada TUJUH SUNNAH HARIAN semuanya yang patut kita ikuti . buku ni memberikan info yg sgt berguna utk dela .

6. Mencari Makna Hidup

buku ini dela belum baca banyak lagi . dan merupakan koleksi buku motivasi pertama dela hehe . cne nak cari makna hidup ? apa makna kehidupan kita sebenarnya ? buku ni menghuraikan persoalan ni dalam bentuk penceritaan , iaitu satu bentuk kompilasi cerita2 pendek (cerpen) yang padat dengan pengajaran . nice2 . hope to finish it soon , but recently very busy huk3

ehe tulah die buku2 nya, di samping buku2 ni, ade gak buku yg dela beli bukan gune baucer, iaitu :

Yaaa !! buku Aurat Lelaki & Wanita dan juga buku UAI yang famous amous tu "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa " . sungguh berguna buku2 ini kepada beta. terima kasih kepada kakanda beta coz menaja buku UAI itu . hehe

oklah, sampai kat sini jek ye entry kali ni . nantikan post seterusnya :) salam .

p/s: btw, tempoh BB1M dilanjutkan sampai 30april ni . apa lgi , yg belum guna tu, manfaatkan lah sebaik2 nya ye ! :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, February 28, 2012

Makeup Untuk Siang Hari

salam all . waaa dah lama tak update ! huhu tak sempat + malas . hehe now dela dah masuk minggu kedua untuk semester ke4 di UPM . overall , kelas kosmetologi ialah kelas yang paling awesome dan best . dela tak pernah makeup sebelum ni .. maksud dela makeup macam orang lain makeup . perfect all the things from the eyes until lips . dela just pakai bedak , gincu sikittt , and eye liner jek . tu pun eye liner tu pakai kat bwh jer . tapi aritu dela belajar cara pakai semua .

apa yang dela dapati lpas belajar hari tu ialah dela still lack dalam menggariskan kening dengan eyebrow liner dan mem'blend' kannya . kalau tak cukup blend , tak jadi . nampak pelik . oh ya , isnin hari tu dela belajar makeup untuk siang hari di mana ianya perlu kelihatan natural , tak perlu tebal2 macam waktu malam . next week baru ktorang akan belajar makeup utk malam hari . looking forward to it :) selain kening , makeup di bahagian eye shadow juga tak begitu menjadi kerana tidak cukup blend . hari tu kami belajar teknik socket eye dan smokey eye . kalau nak tahu , google ye :) tapi dela yakin ramai yang tahu . kan3 .. ?

oleh sebab ramai yang masih belum mahir ( yela kan first time ) kat bahagian kenim n kelopak mata , Puan suruh ktorang balik praktis . memang dela praktis , ye la praktis kan make perfect . dela happy coz telah berjaya memiliki M.A.C punya Professional Makeup yang mengandungi eyeshadow , blusher dan juga lip pallets pelbagai warna . yahuu akhirnya tercapai juga hasrat ingin memilikinya yeahh . lepas ni boleh praktis selalu :)

untuk eye shadow (teknik smokey eyes), sebagai makeup base , anda boleh guna kaler putih sebagai highlight , dan diikuti dengan kaler yang korang nak guna . sapukan pada birai kelopak mata dan kemudian blendkan dengan menyapu berus ke atas supaya menghasilkan tiga lapisan warna berlainan . anda boleh rujuk video2 cara nak gune teknik smokey eyes . ok ?

oklah itu je update kali ni . wanna sleep . sebelum tu baca doa dulu :)

salam .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, February 21, 2012

First Cosmetology Class

salam semua . baru rasa aman sket nak mengupdate blog coz dah dua malam berturut2 ade gangguan line tenet kat UPM ni haa .. syukur Alhamdulillah malam ni dah boleh guna Internet . boleh lah start cari2 bahan assigment . apa ? assignment ? dah ade ke ?? ye , dah ade , cume lecturer tak suruh buat lagi coz tak assign tajuk lagi wakakakka ...

pagi Isnin hari tu , dela ada kelas amali kosmetologi . excited sangat n teruja nak ikuti kelas tu . even first class datang lambat ! hehe . hari tu ktorang kenal2 dengan barang2 dan alatan dulu seperti alatan besar ( mesin sedut vakum, mesin galvanik etc ) , alatan kecil macam skin scanner utk uji kulit , portable high frequency tu .. ( em kalau nak tahu google ek ! hehe ) fungsi2 nya ktorang akan belajar next class .. time tu just kenal2 dulu gn peralatan tu semua . and of course , ktorang diperkenalkan jugak dengan segala alatan make up seperti eye shadow , lip gloss , lipstick , mascara , foundation tak foundationnya , eye liner , loose powder , compact powder etc . woww and woww . bagi orang yang jarang bergelumang dengan alatan make up seperti itu , memang dela rase "wahhh " :P

tapi , yang paling excitednya , ktorang each dapat berus makeup jenama M.A.C yang ade 12 batang berus pelbagai saiz dan kegunaan , span muka , span foundation , dan apa ntah satu lagi nama dia apa . hehe . overall cost RM22 . berbaloi la tu . kat luar maybe lagi mahal . hehe tapi , dela belum ade lg eye shadow , blusher , semua tu . how I wish to have M.A.C punya eye shadow ! :( xpe , nanti akan dela dapatkan sampai dapat ! ehh ..

kelas lain macam biasa , cume yang dah nampak kebosanannya sikit ialah ( hehe ! ) kelas pengujian dan penilaian tu . sebenarnya subjek ni ialah tentang cane kita nak taksir or uji cara penilaian yang dilakukan di sekolah sama ada penilaian berbentuk ujian bulanan , game , lawatan sambil belajar dan banyak lagi . cmane cara kita nak nilai keberkesanan method2 yang digunakan dalam menilai prestasi murid . kita jugak akan belajar cara buat soalan . uihh . layak ke saya nak buat soalan . hehe masa menentukan segalanya . mungkin setelah diajar dan dibimbing , kami sekelas mampu menghasilkan soalan yang terbaik nanti . tugasan pun dah diagihkan , ade 2 lagi tu . cume belum decide tajuk apa . mintak2 dipermudahkan segalanya . Aminn ..

oklah tu je update dela . hehe lepas ni ade perjumpaan blok ! dela terpaksa undur diri dulu .

salam :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, February 19, 2012

Misteri Bas Trip B | Ini Bukan Cerita Hantu

salam semua . hehe misteri tak tajuknye ? rase seram2 sejuk tak ? kalau tak, anda memg penonton cerite hantu yang tegar . hehe gurau je . ade kisah nak stori sket , tapi jangan marah kalau lepas bace tibe2 korang " eh2 cerita apa ni . xde class langsung ! " hehe <3

sekarang dela dah ade kat tempat belajar , menyambung pengajian yang berbaki 2tahun setengah lagi . apa2 pun hidup perlu diteruskan , ye tak ? walaupun rase malas semacam je nak kembali ke kampus , pengajian tetap perlu diteruskan . sekarang kat bilik sorang2 , roomate tersayang belum datang , nak datang malam katanya . ok now the story begins >>

semalam naik bas lebih kurang pukul 9 camtu lah dekat depan Masjid Kubang Kerian or to be exact , in front of pejabat Tembakau tu . dela dah sampai awal , tapi bas nya belum sampai2 lagi time tu . banyak jugak bas semalam . pastu ade lah 2 bijik bas ni , dela n Mina ( member UPM ) xtau pun bas yang kat belakang tu ialah tu bas yang ktorang kene naik . mase ktorang nak p lintas jalan nak p check , ade sorang ni bagitahu tu bukan bas UPM , bas lain . ntah la , tak sure jugak . tapi we take her words and wait again . O_O

then , bile dah rase lama menunggu , mula lah rase risau . ye lah, mau tak nye kene tinggal , nayaaaa . hehe . dela n Mina tengah cakap2 dekat dengan kereta Umi Dela mase die dgr member die dekat kereta belakang ckp lebih kurang mcm ni " Bukey bas tu , tu bas hok Trip B " ( Translation : "Bukan bas tu , tu bas yang Trip B punya " ) . pastu ktorang mcm " hah , betul ke bas Trip B tuuu ?? Bas yang sepatutnya ktorang naik ialah Bas Trip B !! waaaa for confirmation, Mina went to ask her friend bout the bas . And YES . Yes what ? IT IS our bus . wakakkakaa

then ape lg , Mina n her family quickly crossed da road , and my mum , my sister , and me terkocoh2 keluarkan barang2 dari bonet belakang . huhuhu . dan terkocoh2 sekali lagi melintas jalan . then , after confirming my name n give the ticket , I sumbat my two big bags into the tempat simpan barang ( excuse for the rojak language ! ) , and kiss both my mummy's cheeks and my lil sista's too . And eagerly board the bus . kenapa happy semacam ? dah lama tak naik bas eh ? hehe pastu lepas lambai2 dekat adik , terus duduk n borak dengan Mina hampir sejam lamanya , tanpa henti . Inilah yang berlaku bile ade geng dalam bas . betul tak ?

dalam perjalanan , ktorang makan kek coklat yang Umi buat utk anak kesayangannya ni (hehe) dan Mina cakap kek tu sedap . hehe memang sedap pun , hingga terjilat2 ibu jari ni haa . thank Umi for baking it for me luv u muahh ....then , ktorang tdo . tdo memg salah satu kebiasaan yang wajib bile menaiki bas utk perjalanan yang lama kan . dela tak pernah tak tidur bile naik bas . hehe then berhenti dekat mana ntah , tak nampak signboard . Berhenti utk makan . Kenapa tak berhenti dekat tempat boleh semayang sekali ? Isyak belum lagi ni . huhu dela tak turun , Mina trun p toilet . kemudian perjalanan diteruskan lagi . Kira2 pukul 6 pagi tadi , ktorang sampai di pekarangan UPM . wahh kejap betul rasenye . biase sampai nak dekat pukul 8 camtu . papepun, Alhamdulillah . Syukur kerana kami selamat sampai .

hehe sorry , bas Trip B tu tak berapa misteri . biase2 je .. jangan marah ye , nanti kene jual . Moral of the story . kena selalu check bas yang kita nak naik . Tapi, at least give us a sign , will u ? dahlah malam . kertas bertulis TRIP B tak berapa nampak . (padahal die yang rabun) hehe oh ya , dalam bas tersebut juga ada 2 orang classmate dela , iaitu Mekja (bukan nama sebenar) dan Mek 'ain (jugak bukan nama sebenar) hehe takdelah gurau je . Tu nama pendek n nama glamour dorang . Nama sebenar dorang sangat cantik , dela takleh bagitahu takut korang nak masuk line . hehhe sekali lagi , gurau je .. selalu jugak naik bas sekali gn dorang berdua ni . maklumlah , gu kito lah kato key .. ko gano ? hehehe

k lah , itu je update kali ni . moga2 sem baru ni akan memberikan lebih harapan buat kami untuk meneruskan kecemerlangan kami . Aminn ..

salam .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, February 16, 2012

Jom Belajar Menjahit !

salam semua . haa hari ni dah pun 16Februari . kejap sangat masa berlalu kan . tak terkejar kita dengan masa . masa lak kejar kita . cakap pasal masa , sebenarnya dah tak lama dah semester baru akan bermula di UPM . kejap je cuti kan . tak banyak aktiviti yang boleh dela wat . cuti stat 16Jan sampai 19Feb ni . Sebulan 3hari sajaa .. 0_0

however , i have done something beneficial during this holiday . Nak tahu ape ? hehe belajar menjahit daa .. it was so fun learning how to measure , how to trace , how to cut , how to sew etc . so far, ukur saiz baju tu dah pass , tanda2 dengan kapur menjahit tu pun ok , nak gunting pun Alhamdulillah ok , cume it was a bit difficult ( or , can I say annoying ? ) if kain tu licin ^_^ . dan , yang paling dan masih tak pandai and tak lulus nya ialah MENJAHIT pakai mesin tuuu . iskh asyik bengkak bengkok macam ular kene palu je jahitan saya . hehe . but still , learning is an enjoyable thing . em , saya masih memerlukan banyak praktis .

saya belajar time ujung minggu je . jumaat ni ade kelas lagi , nak habiskan wat kain baju kurung . bajunya dah 95% siap , cume nak kene jahitkan jahitan silang pangkah je . FIY , saya belajar buat baju kurung moden tanpa pesak . ok, ni ialah pic jahitan silang pangkah , credit to blog ni . jahitan silang pangkah ni kita jahit dekat lubang leher , lengan , dan juga kaki baju . so , this is my homework , friends ! siapkan jahitan ni ^_^

jahitan silang pangkah

nanti cuti sem yang akan datang insyaALLAH dela akan sambung belajar lagi ^_^ . oleh sebab masa tak mengizinkan, sempat belajar satu jenis baju je . hehe . no worries , nanti boleh proceed later on . ye tak ?

oklah itu je update kali ni . sekian, wasalam .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, February 15, 2012

Rupa Manusia Yang Dihalau Di Padang Mahsyar

salam . kali ni dela nak kongsi pasal rupa manusia yang dihalau di padang mahsyar pulak . mcamne orang yang masa hidupnye macam ni macam ni , dan macam mane pulak keadaan die di padang mahsyar kelak . setiap dari kita akan dibalas mengikut amalan kita semasa di dunia , sejauh mana ketaatan kita pada suruhanNYA . copy pasted from facebook . sama2 kita baca ~

- Ditukar rupa menjadi wajah kera.
Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

- Ditukar rupa menjadi wajah babi.
Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...
Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan
perbuatannya.


- Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.
Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.
Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak
ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." –(surah An-Naml:83).

*BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM
KALANGAN TERSEBUT.

sharing is caring .

"Sampaikanlah Dariku Walau Satu Ayat"

sekian , wasalam .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, February 14, 2012

Kisah Rasulullah SAW & Buah Limau

salam semua . setelah beberapa hari tak update , kali ni dela nak kongsikan kisah menarik Rasulullah SAW dan buah limau . baca , ambil pengajaran , dan contohi akhlak Baginda ..insyaALLAH :) dikongsi dari facebook .


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

* Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah s.w.t .

"Sampaikanlah Dariku Walau Satu Ayat"

sekian , wasalam .

p/s : pernah jugak ejek makanan , kueh ni xsedap , lauk ni masin . Betapa jauhnya jika nak dibandingkan dengan akhlak Baginda :( Rasulullah is the best ! Sama2 lah kita mencontohi akhlak Baginda .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, February 09, 2012

Hari Suami Isteri pada 14 Februari ?

salam semua . kali ni dela nak berkongsi pasal satu story menarik iaitu pasal tarikh 14 Februari . Seperti yang kita sedia maklum , tarikh ini merupakan Hari Kekasih atau Valentine's Day yang pada asalnya merupakan budaya Barat dan kemudiannya turut menjadi ikutan kita umat Islam . Namun, kita tahu bahawa such a day is haram in Islam . Kita sebagai umat Islam tidak boleh menyerupai kaum lain , kerana jika kita menyerupai sesuatu kaum itu, maka kita adalah dalam kalangan mereka .

oleh kerana kita tahu sambutan Valentine's Day ini tentang apa , iaitu tentang hubungan 2 orang manusia yang tiada ikatan sah , maka terang2 ia berdosa dan haram melakukannya . jadi mengapa kita nak ikut budaya yang jelas haram ni ? dela berbangga dengan Kerajaan Pas Kelantan (ini bukan tentang politik) kerana inisiatif untuk menggantikan sambutan Valentine's Day dengan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan . wahhh idea yang sangat bernas, bagus, dan awesome ! <3

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tujuan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri itu sebagai acara tahunan ialah bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam yang sebenar . Ye, dela setuju . sambutan ini dapat membuatkan kita dan pasangan lebih menghargai satu sama lain , bagaimana kita telah melayari alam rumahtangga sebagai pasangan suami isteri dan sebagainya . macam ada pengalaman lak . hehe . however , tak semestinya nak tunggu tarikh 14 februari ni baru nak menghargai pasangan masing2 .. kita hendaklah SENTIASA menghargai mereka dalam hidup kita . at least ade satu hari yang khusus , sebagai tanda penghargaan kepada insan yang bergelar suami dan isteri :) papepun, it's hundred times better than Valentine's Day .

idea ni amat bagus dan dela percaya berkesan dalam usaha menangani gejala tidak sihat dalam kalangan remaja sekarang . bersama2 lah kita kembali ke jalan yang benar . jika kita sedar kita telah terpesong, cepat2 muhasabah diri dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya :)
untuk info lebih lanjut, boleh ke sini

ok lah semua . sampai di sini saja dulu . salam , selamat hari Jumaat :)

p/s : amar makruf nahi mungkar



Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, February 05, 2012

Pesanan Buhaira Buat Abu Talib

Buhaira ialah seorang pendeta Kristian dari Assyria . Dia telah menjangkakan kerasulan Nabi Muhammad SAW , dan berpesan kepada Abu Talib, bapa saudara Nabi supaya menjaga baginda dengan baik dan melindungi baginda daripada bahaya .

‎"Siapakah anak ini?" tanya Buhaira kepada Abu Talib.

"Anak saya." Abu Talib cuba berbohong.

"Beritahu perkara yang sebenarnya kepadaku, wahai Abu Talib. Sesungguhnya budak itu sudah tidak beribu dan berbapa, bukankah begitu?" tanya Buhaira lagi.

"Bagaimana tuan tahu semua ini?" tanya Abu Talib kehairanan.

"Berkata benarlah, wahai Abu Talib. Apakah anak itu anak kamu ataupun anak saudara kamu?" tanya Buhaira.

"Dia anak saudara saya tetapi sejak dilahirkan saya anggap seperti anak sendiri," jawab Abu Talib.

"Bolehkah kamu ceritakan apakah perkara ganjil yang berlaku semasa Muhammad dilahirkan?" tanya Buhaira lagi.

"Banyak perkara yang pelik berlaku ketika dia dilahirkan kerana itu kami yakin kelahirannya membawa tuah. Semua keluarga Abdul Mutalib menyayanginya," jawab Abu Talib. Lalu Abu Talib menceritakan perkara luar biasa yang berlaku semasa Muhammad dilahirkan.

"Bilakah Muhammad dilahirkan?" tanya Buhaira.

"Dua belas Rabiul Awal Tahun Gajah," jawab Abu Talib.

"Tahukah kamu , pada hari itu banyak perkara yang ganjil berlaku ditempat lain?" tanya Buhaira.

"Saya tidak tahu," jawab Abu Talib.

"Pada hari itu empat belas tembok istana Maharaja Parsi runtuh," kata Buhaira.

"Saya tidak tahu," kata Abu Talib.

"Pada hari itu api yang disembah oleh orang Majusi di benua Parsi padam," kata Buhaira.

"Saya tidak tahu," balas Abu Talib.

"Tahukah kamu pada hari itu berlaku banjir menyebabkan gereja-gereja sekitar telaga Saawah runtuh," kata Buhaira lagi.

"Saya tidak tahu tuan," jawab Abu Talib.

"Pada pendapat kamu, adakah itu berlaku secara kebetulan?" tanya Buhaira lagi.

"Saya tidak tahu," jawab Abu Talib.

"Selepas Muhammad dilahirkan, adakah tanah di Mekah bertambah subur dan hasil tanaman meningkat?" Buhaira terus bertanya.

"Benar tuan..."

"Semua itu ada dalam pengetahuan saya," kata Buhaira.

"Pada firasatku, Muhammad akan menjadi pesuruh Allah. Jagalah dia dengan baik dan lindungi dirinya daripada segala bahaya," pesan Buhaira.



dela : salam Maulidur Rasul .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, February 04, 2012

Salam Maulidur Rasul !

salam semua .. tengah buat ape ? malam ni dela nak kongsikan senikata lagu nasyid Rasulullah oleh munsyid Hijjaz :) lagu ni walaupun dah lama , tapi tetap sedap dan tak luput dek masa . Antara lagu nasyid tentang Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang paling best bagi dela . sempena Maulidur Rasul kali ni , marilah kita sama2 memperbanyakkan selawat ke atas baginda . semoga kita mendapat syafaat dari baginda di akhirat nanti . Aminn ..dan juga marilah kita sama2 mengamalkan sunnah baginda :)

RASULULLAH
oleh : Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


dela : betapa rindunya diri ini pada baginda :(

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, February 02, 2012

Enjin, Kosmetologi, dan Pengurusan Makanan

salam semua . haha , hari ni dela nak berceloteh sedikit mengenai subjek yang dela bakal ambil pada semester hadapan .. sem depan ialah sem keempat dela , dan genap dua tahun pengajian dela di UPM . huhu kejap je kan . dah dua tahun . pejam celik pejam celik , dah habis . dah nak grad . huhu ok lah . sebelum dela mula melalut lebih panjang , let's talk bout the topic okeh !

first of all, ade enam subjek kesemuanya, dan lima daripadanya ada AMALI . wahhh hebat tak . banyaknye amali . subjek2 yang ada amali ialah pengujian dan penilaian (tak sure pasal ape), pembangunan kurikulum , kosmetologi (wahhh excited!), kemahiran manipulatif III (pasal enjin), dan juga pengurusan makanan I . yang takda amali ialah subjek falsafah dan konsep pendidikan . huhu yelah kan . kalau falsafah ada amali, naya nak kena berfalsafah kat depan . ehehe .

berbalik kepada tajuk .. enjin .. ya , enjin . huhu nak kena belajar bahagian2 enjin , cara nak operate bagai . huhu . actually dela sangat excited nak belajar subjek kemahiran manipulatif ni ..walaupun dela agak kurang dari segi skill ..tapi keseronokan belajar dan membuat projek itu tetap dirasakan . Kemahiran Manipulatif (KM) I ialah pasal elektrik n elektronik, KM II ialah pasal kerja kayu dan logam ..manakala KM III pula ialah pasal enjin . Ya ALLAH , mudahkanlah perjalanan pembelajaran kami sekelas untuk semester hadapan . Aminn.

pastu, ade kelas kosmetologi jugak . dela tak pernah belajar ilmu kosmetologi . n because of that, dela sangat teruja untuk mengikuti kelas ini . mungkin dela akan memerlukan guidance dari yang lain coz memg takda pengetahuan langsung pasal make-ups , manicure etc semua tu . huhu guys, take care of me ok ! <3 rata2 classmate dela memg pakar dalam bab2 make up ni hehehhe. em moisturiser lum beli lg . kata lecturer ktorang, kami harus mula memakai pelembap masing2 dari hari yang die bgtau (dlm bulan 12 aritu tak silap) .. pastikan pelembap tu bersesuaian dengan kulit kita. coz ktorang akan memerlukannya semasa kelas amali nanti . ini lah yg merungsingkan dela. dela TAK PERNAH pakai pelembap . TAK PERNAH ada pelembap sendiri . skang dah hari keberapa . 2Feb, kelas stat 20Feb . huhu . help me~

ok subjek pengurusan makanan plak . ni first time ktorang masuk kitchen . em bagi yang belum pernah amek subjek makanan or pengurusan makanan atau seumpamanya, tentu banyakkk keperluan yang nak kena beli kan . baju, seluar, pisauuuu . hhuu dah nampak . ktorang memang akan spend some money on this . tak masuk keperluan utk subjek kosmetologi lagi tuuu huhu .tapi excited tu tak yah cakap la . kata senior, pengurusan makanan I ni ktorang akan buat breakfast . dan belajar jugak pasal sanitasi makanan etc . :)

oklah tu lah die . yang subjek lain tu dela tak sure macam mana amalinya . hehehe . wait n see okeh ! tak sabar nak kembali ke sekolah .. ehhh kampus . hehe

salam . :)



Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, January 30, 2012

UAI Awesome :)

salam .
nak kongsi gambar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam tadi :)

gambar yang sungguh menenangkan, pemandangan ribuan manusia yang dahagakan ilmu, sangat awesome :)


:: Alhamdulillah ::

p/s: gambar yang belah kiri depan sekali yang tak nampak muka tu rasenye abang Munif Hijjaz kita :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Follower ke 300 Dela !

salam semua . wah malam ni memg ade semangat mengupdate lah . hehe sebenarnye nak update pasal follower blog dela dah mencecah 300 orang . hehe thanks a lot buat bangpren dari Bangpren Blogs . he's an Indonesian blogger and he is also a university student in administration field. Good Luck in Your Studies !

ok lah itu je . selamat malam . sleep tight . bace doa sebelum tidur ye .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, January 29, 2012

Kuliyah UAI , AJL, BB1M

salam . korang tengah watpe ? tengok Kuliyah Ustaz Azhar Idrus dekat Masjid Negeri, Shah Alam ke tengok Anugerah Juara Lagu ? ape2 pun yang anda pilih, pastikan ianya memberikan manfaat kepada anda .. ye ? buat pilihan, yang mana lebih worth following ? tepuk dada, tanya iman :)

bagi yang tak berpeluang peg masjid tu, buleh tengok secara live kat sini . dela pon tengah dengar ni, sambil2 berblogging dan berfb ..bagi dela lah kan , baik tengok ceramah ustaz daripada AJL di mana kita tahu acara seperti AJL sinonim dengan artis2 yang kita dah sedia maklum cara dan stail pemakaiannya mcm mane . tak tutup aurat . tapi, macam yang dela ckp tadi, tepuk dada, tanya iman ..pandai2 lah kite nilai sendiri mana baik mana buruk.

oh ya. sebenarnya nak update pasal baucer buku 1malaysia ni . hehehe . setakat ni, dela belum beli ape2 buku lagi ..excited pulak bile fikir2 nak beli buku ape . ye la, peluang jarang2 dapat . dulu, nak beli buku yang diminati siap fikir 2,3 kali sebelum beli coz takda duit punya pasal . duit yang ada lebih diperlukan untuk keperluan2 lain. huhu

baucer buku 1M

bagi yang dapat baucer buku ni kan, janganlah p jual plak semata2 nak dapatkan duit . orang mcm ni takda semangat cintakan ilmu langsung . huhu orang bg peluang beli buku tu, manfaatkan lah . dela memang sokonglah orang yang jual baucer ni ditangkap . huhu u deserve it . adeh , emo pulak malam2 ni . hehe

oklah . tu je update dela malam ni . Haa, 1 lagi dela nak kongsi, salah sorang classmate Dela, Kak Daya dah selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.2kg ..wahhh gembiranya ! kami sekelas dah jadi auntie a.k.a. makcik ! ehhehe luv it . bertambah bilangan ahli kelas kami hhehe .
oklah, sekian .

p/s: tadi mase tengah belek2 gambar ceramah ustaz kat masjid negeri shah alam, nampak Munif Hijjaz duk depan skali tengah kusyuk dengar ustaz berceramah . cayalah abang Munif kita !

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, January 25, 2012

Kembalikan Sengat Saya !

salam semua .. dah lama Dela xupdate kan .. ntah la, rase dah semakin hilang sengat untuk berblogging hehehe (adakah perkataan sengat sesuai di situ? ;p) .. rindu kepada teman2 blogging xyah cakap la, tapi walaupun Dela tak aktif sejak kebelakangan ni dek sibuk dgn pengajian, Dela tetap luangkan masa untuk menjenguk blog2 rakan2 blogger ..semua dah makin maju dan jaya baik dari segi layout dan jugak penulisan masing2 .. :) Dela teringin utk kembali aktif ..huhu kembalikan sengat saya !! hehehehehehe .. sengat lah sangat kannn

Dela ade gak terfikir nak tukar layout Dela ni ..nantilah , insyaALLAH ..jeles jugak tengok layout orang lain cantik hehehehe ... Dela jugak ingin memperbanyakkan perkongsian2 islamik selepas ini, insyaALLAH ..nak kongsi ape yg diketahui dengan anda semua :) berblogging sebenarnya salah satu medium kita utk berdakwah kepada orang lain, iaitu berdakwah tentang ilmu2 agama yang dapat dimanfaatkan bersama .. xkirelah kite ni masih cetek ilmu agama, yg penting kite terus menerus menambahkannya sebanyak yg mungkin dan mengamalkannya :) lepas tu kite berkongsi plak dgn orang lain ape yg kite tahu ..it's a very good thing ..xsemestinya kita kene jadi ustaz or ustazah or pendakwah or pakar motivasi etc baru boleh berdakwah ...kalau nak tngu semua orang jadi ustaz ustazah maka takdelah pendakwah kat atas muka bumi ni ye dak ..:) sama2 kita menyampaikan ilmu bermanfaat yg kite ade utk kesejahteraan kita bersama ..

dah lama Dela tak berblogging ni ,, Dela harap rakan2 blogger tak serik utk berkunjung ke sini lagi ..huhuuhuhu ..skang Dela sedang bercuti di rumah , baru habis exam 13hb Jan yang lepas ..cuti sebulan ini akan Dela manfaatkan sebaik yg mungkin ..insyaALLAH :D

sekian, wasalam .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...