Saturday, March 31, 2012

Books That I Spend My BB1M With !

salam semua . lama betul tak update . sebulan lebih tuuuu . banyak benda yang dah berlaku semenjak 2 , 3 menjak neh . Antaranya yang paling menonjol ialah keputusan peperiksaan SPM 2011 yang lepas . Dela punye adik dapat keputusan yang Alhamdulillah, membanggakan kedua2 orang kakaknya walaupun tak dapat banyak, tapi itu sudah dikira cukup ok kerana berjaya dapat 5A daripada 10 . ok lah tu kan . better than me dulu ! wakkakaka congrate ye . nanti I belanje makan .

minggu lepas adalah antara minggu paling busy buat kami sekelas coz terpaksa mengharungi lautan rimba opsss bukan , lautan ujian1 . hehehe ada 4 test semuanya , bermula Selasa hingga Jumaat ( isnin n khamis takde ) . rase macam final exam pun ada . hehe . tu tak campur dengan kepenatan kelas kosmetologi, enjin, dan memasak lagi . hehehe dela sebenarnya teringin nak upload gambar2 sajian yang dela n partner masak , tapi belum berkesempatan lagi . bussyyyy sangat . hehe . InsyaALLAH, the next entry dela akan post pasal sajian yg telah kitorang masak :) nantikan ye .

aim sebenar post hari ni ialah nak kongsi pasal buku yang dela beli dengan Baucer Buku 1 Malaysia . gembira sebab duit BB1M tu dibelanjakan untuk membeli buku2 favourite dan buku2 yg dapat memberikan kita motivasi dan juga santapan rohani , termasuklah buku agama . dela jugak ade beli buku pasal subjek yg dela amek sem ni , mane lah tahu dapat membantu . kan3 ?
dela harap buku2 yg dela beli ni dapat menambahkan pengetahuan sedia ada dela :)


ok meh kite tengok satu persatu buku2 nya :)
1. 1 Hari 1 Resepi 365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza

buku ni puas hati boleh gak beli akhirnya . dulu rase macam dah pernah tgk buku ni , lepas tu dah tak ingat dah . then, ade sorang member mention pasal buku ni . then akak dela pun ade beli dan dah praktis pun resepi dalam tu . so, dela pun beli lah jugak . rase macam minat memasak dah masuk dalam diri ni . tambah2 dela amek kelas memasak sem ni . hehhehe laku sangat buku ni , tgk lah die tulis berapa ribu naskah dah dijual ! huhuhuhu

2. Rahsia Kecantikan Kulit Wajah

buku yang ni pun sangat berguna utk dela coz sem ni dela amek subjek kosmetologi . dlm buku ni die ade bagi panduan pasal cara2 nak cuci muka, cara nak urut pelanggan , cara merawat muka, dan jugak panduan pasal cmne nak kenal jenis kulit kita . above all , utk mencuci muka, ade 3 step yang memg kena buat setiap pagi dan malam iaitu mencuci muka dengan pencuci, meletakkan penyegar, dan juga menyapu pelembap . ingat tu ! hehe nice book .

3. 100 Pesanan Terakhir Rasulullah

buku ni plak sangat best , menyentuh tentang pesanan Nabi Junjungan Besar kita berkenaan banyak aspek dalam kehidupan , cthnya mcm solat, bersedekah, bersahabat, pemakanan seimbang, suami isteri, dan Al-Quran n As-Sunnah . banyak lagi part yang dela lum bace , so xleh nak cerita sangat . hehe tapi perkongsian yg sangat bagus . congrate to the author :) best seller book .

4. Menyingkap Mukjizat Surah al-Waqiah

setuju dengan deskripsi pada buku tu "Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia dan Akhirat " . surah ini adalah antara surah yang digalakkan utk membacanya setiap hari . kerana orang yang mengamalkannya setiap hari tidak akan jatuh miskin . dengan erti kata lain, jika kita amal baca surah ni tiap2 hari, ianya insyaALLAH dapat jauhkan kita dari kefakiran . surah ni Nabi galakkan kita baca waktu malam , coz waktu malam adalah waktu yg paling sesuai dan mustajab utk berdoa dan sebagainya . lagi2 kandungan surah ni adalah pasal hari Qiamat , jadi membacanya dapat menambahkan lagi rasa kesedaran dan ketakutan akan tibanya hari Qiamat tersebut , di samping memohon kelimpahan rezeki dari Pencipta kita :)

5. Diari Hidup Rasulullah

buku ni plak adalah tentang diari hidup Nabi, apa yang Nabi buat setiap hari . antara aktiviti harian Baginda ialah membaca Al-Quran, solat Subuh berjemaah, solat Dhuha, sedekah, sentiasa berwuduk, berzikir, dan solat tahajud . semua ini dilakukan Nabi SETIAP HARI . dengan erti kata lain, ada TUJUH SUNNAH HARIAN semuanya yang patut kita ikuti . buku ni memberikan info yg sgt berguna utk dela .

6. Mencari Makna Hidup

buku ini dela belum baca banyak lagi . dan merupakan koleksi buku motivasi pertama dela hehe . cne nak cari makna hidup ? apa makna kehidupan kita sebenarnya ? buku ni menghuraikan persoalan ni dalam bentuk penceritaan , iaitu satu bentuk kompilasi cerita2 pendek (cerpen) yang padat dengan pengajaran . nice2 . hope to finish it soon , but recently very busy huk3

ehe tulah die buku2 nya, di samping buku2 ni, ade gak buku yg dela beli bukan gune baucer, iaitu :

Yaaa !! buku Aurat Lelaki & Wanita dan juga buku UAI yang famous amous tu "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa " . sungguh berguna buku2 ini kepada beta. terima kasih kepada kakanda beta coz menaja buku UAI itu . hehe

oklah, sampai kat sini jek ye entry kali ni . nantikan post seterusnya :) salam .

p/s: btw, tempoh BB1M dilanjutkan sampai 30april ni . apa lgi , yg belum guna tu, manfaatkan lah sebaik2 nya ye ! :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

1 comment:

hanieliza's cooking said...

Salam..
terimakasih kerana membeli buku kakliza..
selamat mencuba resipi dalam buku ini dan semoga berjaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...