"Siapakah anak ini?" tanya Buhaira kepada Abu Talib.
"Anak saya." Abu Talib cuba berbohong.
"Beritahu perkara yang sebenarnya kepadaku, wahai Abu Talib. Sesungguhnya budak itu sudah tidak beribu dan berbapa, bukankah begitu?" tanya Buhaira lagi.
"Bagaimana tuan tahu semua ini?" tanya Abu Talib kehairanan.
"Berkata benarlah, wahai Abu Talib. Apakah anak itu anak kamu ataupun anak saudara kamu?" tanya Buhaira.
"Dia anak saudara saya tetapi sejak dilahirkan saya anggap seperti anak sendiri," jawab Abu Talib.
"Bolehkah kamu ceritakan apakah perkara ganjil yang berlaku semasa Muhammad dilahirkan?" tanya Buhaira lagi.
"Banyak perkara yang pelik berlaku ketika dia dilahirkan kerana itu kami yakin kelahirannya membawa tuah. Semua keluarga Abdul Mutalib menyayanginya," jawab Abu Talib. Lalu Abu Talib menceritakan perkara luar biasa yang berlaku semasa Muhammad dilahirkan.
"Bilakah Muhammad dilahirkan?" tanya Buhaira.
"Dua belas Rabiul Awal Tahun Gajah," jawab Abu Talib.
"Tahukah kamu , pada hari itu banyak perkara yang ganjil berlaku ditempat lain?" tanya Buhaira.
"Saya tidak tahu," jawab Abu Talib.
"Pada hari itu empat belas tembok istana Maharaja Parsi runtuh," kata Buhaira.
"Saya tidak tahu," kata Abu Talib.
"Pada hari itu api yang disembah oleh orang Majusi di benua Parsi padam," kata Buhaira.
"Saya tidak tahu," balas Abu Talib.
"Tahukah kamu pada hari itu berlaku banjir menyebabkan gereja-gereja sekitar telaga Saawah runtuh," kata Buhaira lagi.
"Saya tidak tahu tuan," jawab Abu Talib.
"Pada pendapat kamu, adakah itu berlaku secara kebetulan?" tanya Buhaira lagi.
"Saya tidak tahu," jawab Abu Talib.
"Selepas Muhammad dilahirkan, adakah tanah di Mekah bertambah subur dan hasil tanaman meningkat?" Buhaira terus bertanya.
"Benar tuan..."
"Semua itu ada dalam pengetahuan saya," kata Buhaira.
"Pada firasatku, Muhammad akan menjadi pesuruh Allah. Jagalah dia dengan baik dan lindungi dirinya daripada segala bahaya," pesan Buhaira.
dela : salam Maulidur Rasul .
No comments:
Post a Comment