berikut ialah senarai sifat-sifat isteri solehah. adapun jika seseorang isteri atau wanita itu bersifat kekurangan, tidaklah dijadikan alasan untuk tidak berkahwin. manakala salah satu sifat lelaki soleh itu ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yg terbuka kerana segala sesuatu yg dijadikan ALLAH mempunyai hikmah dan rahmat di sebaliknya.
sama-sama kita menambahkan ilmu, mengamal, memanfaat, dan menyebarkannya.
1. Mentaati perintah ALLAH SWT dengan mengerjakan segala perintah suami dengan kehendak ALLAH SWT.
2. Bersikap malu terhadap suami.
3. Sentiasa melembutkan percakapan di hadapan suami.
4. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata.
5. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri apabila suami memerlukan.
6. Memakai wangi-wangian di hadapan suami (bersolek).
7. Menghiaskan diri untuk suami.
8. Tidak berhias dan memakai wangian semasa ketiadaan suami.
9. Memelihara mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
10. Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya.
11. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
12. Hendaklah bersyukur di atas segala yang disediakan suami.
13. Sentiasa bersedia serta rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
14. Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami.
15. Tidak keluar rumah tanpa kebenaran suami.
4 comments:
:-)
Bgs2... ske tjuk nie.... huhu
cari yg mijie cm nie sorang ek..heheh
remy: thank you for commenting ;p
yes it's a quite nice topic..u should find yourself one...
mijie: thank you for commenting ;p
ok wait i'll find u 1..haha..(eh, bukan mijie dah ade ke):P
Post a Comment