Saturday, January 01, 2011

UPM dapat Naib Canselor baru

salam semua..hari ni sudah pun 1 Januari tahun 2011.. harap kita semua bersedia dlm menghadapi tahun ini, moga segala cabaran n dugaan dpt dihadapi dgn tabah. :)

malam nanti lebeh kurang pukul 9 mlm, dela akan bertolak pulang ke UPM. rindu sungguh ingin pulang ke sana. berjumpa
rakan2 yg dirindui ^_^...
kolej,
food court,
dan segala2nya di sana..
err pak cik bas pun ? hehehe

mulai hari ini, jawatan Naib Canselor UPM bakal bertukar tangan, di mana Datuk Dr Radin Umar dilantik bg menggantikan Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha R Abdullah yg tamat tempoh pelantikan hari ini. em, dapat Naib Canselor baru..Datuk Dr Radin pun bukan calang2 orangnye, hebat macam Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha jugak..jom ikuti berita yg dela petik dr beritaharianonline:

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Radin Umar dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa esok hingga 31 Disember 2013.

Beliau menggantikan Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha R Abdullah yang tamat tempoh pelantikan hari ini.

Dr Radin, 50, sebelum ini adalah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengajian tinggi dan pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hubungan Antarabangsa UPM dari tahun 2005 hingga 2006, menurut kenyataan UPM hari ini.

Dr Radin berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Keselamatan Trafik dari Birmingham University, United Kingdom dan pernah menjawat Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Pada 2005, beliau menerima anugerah The Prince Michael International Road Safety Award yang mengiktiraf sumbangan dan inovasi beliau dalam kemajuan jalan raya.

Sementara itu, Prof Ir Dr Mohd Saleh Jaafar, 47, pula dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM bagi tempoh yang sama menggantikan Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh yang tamat tempoh pelantikan.
Prof Mohd Saleh pernah dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan pada Oktober 2007, serta bergiat aktif dalam bidang penyelidikan Kejuruteraan Awam sejak berkhidmat di UPM bermula 1988.


emm, harap kegemilangan UPM terus bersinar dengan pimpinan Naib Canselor baru kita ini :)

salam blogging dr dela
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...