Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.blogspot.com/
Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :
azab api neraka,
azab kubur,
mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
kejauhan dari rahmat Allah swt serta
tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
dan lain-lainnya.
azab kubur,
mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
kejauhan dari rahmat Allah swt serta
tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
dan lain-lainnya.
Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
penceraian akan berlaku akibatnya,
pasangan zina mengandung,
bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
apa akan jadi kepada anak-anak ?,
kejian masyarakat,
ditangkap basah dan diumum di media,
adik beradik mengeji,
akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
dan banyak lagi boleh disenaraikan.
pasangan zina mengandung,
bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
apa akan jadi kepada anak-anak ?,
kejian masyarakat,
ditangkap basah dan diumum di media,
adik beradik mengeji,
akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
dan banyak lagi boleh disenaraikan.
Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.
KAWALAN
Panduan Kawalan nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-
Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
Datangkan keyakinan Allah Maha Melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya.
Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseorangan di hadapan komputer.