Saturday, July 31, 2010

Asyraf Juara Imam Muda

salam semua. hari ni dela nak berkongsi kisah kejayaan juara Imam Muda, iaitu Imam Muhammad Asyraf. tentu sudah ramai yang tahu tentang ini. walaupun dela tidak mengikuti rancangan ni di tv, tapi dela ikuti gak perkembangan dia kat sini( internet). ok jom baca kisah imam muda kita ni;

Graduan Usuluddin dan Fikah UM juara Imam Muda

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, malam tadi.
Graduan Usuluddin dan Fikah Universiti Malaya (UM) itu menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, untuk merebut gelaran pertama Imam Muda.
Dengan kemenangan itu, Muhammad Asyraf menerima insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Muhammad Asyraf ketika berucap sebaik menerima hadiah kemenangan mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan kejayaannya.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, July 29, 2010

Tuala wanita dalam rahim

salam semua. hai rindu sungguh dela pada semua. setelah sekian lama tidak berblogging, hari ni dela memulakan entry pertama live dr bilik hostel dela. hehe.apa khabar semua? harap2 semuanya sihat dan dapat berblogwalking dgn jayanya. yeah!

ni dela nak kongsi berita yg dela petik dr berita harian online. rase2 ramai dah baca, tapi mesti ade yg belum bace kan. so, dela nak share lah sikit;

TASEK GELUGOR: Seorang ibu muda menderita kesakitan selepas melahirkan anak sulung kira-kira dua minggu lalu, berikutan tuala wanita yang dipercayai digunakan ketika proses kelahiran anaknya tertinggal dalam rahimnya.

Nurhidayah Abdul Hamid, 24, dari Permatang Sungai Dua di sini, melalui pengalaman yang memeritkan beberapa hari selepas dia dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mohd Abdul Muhaymin Mustafa, 24, mendakwa isterinya melahirkan anak perempuan secara normal pada jam 10.53 malam pada 15 Julai lalu, sebelum dibenarkan pulang dua hari selepas itu.
Apabila berada di rumah, kesakitan yang dialami Nurhidayah semakin serius.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, July 12, 2010

entry istimewa untuk semua :)

salam semua. hari ni dela sempat beron9 kejap hehhe. n dela nak buat entry special utk korang semua. khusus utk blogwalker2, followers, n readers sekalian. buat pengetahuan semua, dela sedang melanjutkan pelajaran di UPM Serdang. jadi, tidak dapat online buat sementara waktu ni. huhu. kepada yang sudi blogwalking ke blog dela, dela ucapkan terima kasih banyak2 ye, terharu dela dibuatnya. dela baru je habis minggu orientasi sabtu lepas.

dela harapkan sokongan drp anda semua, doakan kejayaan dela ye! :)


dela sayannggg korang semua!!! :P
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, July 01, 2010

pelajar perempuan dominasi kemasukan ke universiti awam

salam sejahtera semua ye. hari ni dah pun 1 hb julai 2010. cepat betul mase berlalu ye. dan hari ni mungkin hari last dela berposting live dr rumah. hehhehhe. esok dah nak berangkat ke sinun. hehhehehehe. ok2 jom bace artikel dr berita harian online. dela petik utk tatapan dela n tatapan korang. hik2. pelajar perempuan mendominasi kemasukan ke ipta. ha, betullah tu. jangan nak dalih2 lagi. (mentang2 dela pompuan)..hehheheh jom bace;

Pelajar perempuan dominasi kemasukan ke universiti awam

KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.

Jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan.

Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf.

Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.

Bagi program ijazah pertama, 18,814 atau 65.7 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 9,819 atau 34.3 peratus lelaki, Cina (5,909 atau 61.8 peratus perempuan dan 3,660 atau 38.2 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (1,506 atau 65.4 peratus perempuan dan 798 atau 34.6 peratus lelaki).
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...