Monday, August 29, 2011

Kad Raya Special dari Dela Untuk Rakan Blogger

salam semua . sebelum bertolak balik kampung petang nanti pas Asar, dela nak amek kesempatan ni nak ucapkan Selamat Idilfitri , Maaf Zahir & Batin kepada semua warga bloggers dan sesiapa sahaja yang mengenali diri dela . kalau ada sesiapa yang terasa hati gn dela . dela mtk maaf ok . oklah , dela nak bagi kad raya ni , spesel utk awak2 semuaaa :)


amacam ? lawak kan ? hahahha dela tak pandai sebenarnya nak design2 ni . ni pun dah kira ok boleh letak ketupat tu . haha sila gelak . =,=

mesti ramai yang dah tak on9 kan coz nak buat persiapan raya , kemas rumah wat kali terakhir , or maybe ada yang tengah on the way balik kampung sekarang . dela bertolak pas Asar nanti . doakan dela selamat pulang selamat kembali ye ! :)

selamat hari raya maaf zahir dan batin

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Istiqamah Dalam Beribadah

salam semua . hari ni dah pun hari ke29 kita berpuasa, di mana merupakan hari terakhir kita bersama2 dengan Ramadhan . Ramadhan dah nak pergi . Syawal bakal tiba . walaupun begitu, diharapkan kita semua dapat istiqamah dalam beribadah , terutamanya dalam membaca al-Quran . dan perbanyakkan solat2 sunat di malam hari . dela akui diri dela sendiri pun agak liat melakukan ibadah2 ini, tapi dela berusaha mengingatkan diri sendiri tentang kelebihan ibadah2 sunat ini dan ganjaran pahalanya . dela ade terbaca di sebuah blog . bukan blog orang lain, kakak dela sendiri . bunyinya ;

"Mesti kita tertanya2, bilakah Allah SWT paling ambil kira amalan kita? Sebenarnya, it's when we agak2 malas nak baca al-Quran/berzikir/solat sunat, tapi kita teruskan jugak buat. "

jadi, walaupun kita rasa malas sangat , berat sangat punggung ni nak bangun nak amek Quran baca , tapi kita tetap teruskan jugak niat kita nak baca , insyaALLAH Tuhan akan ambik kira dan bagi ganjaran .

pic googled

jadi, sentiasalah membaca al-Quran . kalau dah malas sangat pun, boleh dengar orang lain baca . takpun dengar kat internet ni . kat Tanzil.net . mcm2 saluran ada . kat TV pon ada orang mengaji kan . bila kita mengaji atau dengar orang mengaji , jiwa kita boleh jadi tenang, insyaALLAH .. peluang kita utk beribadah sebenarnya terbentang luas depan mata, cuma atas diri kita sendiri je nak buat ke tidak :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Hari Kedua Puluh Lapan Puasa

salam semua . now dela nak update kisah berpuasa hari yang ke28 pulak . stay tuned ye . pagi tadi (28hb) ktorang balik semula ke Kota Bharu dan Umi plak lepas tu terus kerja . hari ni baru Umi stat cuti . so dela n adik duk kat rumah . on9 kejap, pastu takda line pulak . pastu tidur coz boring . adik plak tidur sebaik sahaja sampai . adeihh .

pastu bangun solat2 semua, on9 balik . BW , facebook, dan wat entri sambil dengar bacaan ayat suci al-Quran dekat Tanzil.net . pastu petangnya Umi pon balik . ehehee menu iftar ktorang tadi ialah ayam masak pedas , daging kutub , dan ikan cencaru masak sumbat . kueh lak KURMA dan akok. pas bukak posa, siap2 nak solat .

ktorang tak p terawih tadi coz Umi cakap lorong tempat biasa lalu nak ke surau tu ada pokok tumbang . baru petang tadi, Umi tengok masa balik kerja . so ktorang decide tak pergi kerana beranggapan pokok tersebut belum dialihkan . tambahan pulak time tumbang tu hujan dan time orang hampir nak bukak posa . ktorang stay rumah je . pas solat Isyak, dela makan2 jap pastu tidur .

pastu bangun basuh pinggan dan basuh baju . then on9 . rasanya tak tidur sampai pagi nanti . coz Umi kata pagi nanti nak pergi beli bahan2 nak buat laksa penang . yummyyy antara menu utk raya nanti . ikan dah beli . laksa dah tempah, nti karang nak ambik . barang2 lain seperti nenas, salad, bawang etc nak kena beli kat pasar besar nanti . :)


oklah tu je update utk 28hb . stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, August 28, 2011

Watpe Nak Bace Quran, Bace Pon Tak Paham !

salam semua ..korang terkejut tak gn tajuk entri ni ? sebenarnya kali ni dela nak berkongsi pasal satu kisah tentang al-Quran . cerita ni bagi dela agak menarik , sebab tu dela merasa terpanggil utk berkongsi . thanks, cik nadia fatihah !

.Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya,
‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,
‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata.
‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’

dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.
Orang tua itu berkata,

‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’

dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan.
Katanya, 'tengok Atuk, tak guna!'
‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’
Orang tua itu berkata, 'tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Semoga kita mendapat manafaat daripada kisah ini .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Hari Kedua Puluh Tujuh Puasa

salam all readers . hari ni sudah pun 28 hb kan . tak dapat dinafikan lagi , masa begitu pantas berlalu . esok dah ari last kita berpuasa . esok ari last kita bersama Ramadhan . bilakah kita akan bertemu Ramadhan lagi ? mudah2 an kita dapat bertemu lagi Ramadhan pada tahun depan . mtk2 dipanjangkan umur . Aminn .

dela baru je sampai dari kampung sebenarnya ni . dalam kepala dah set nak update pasal puasa semalam punya . petang semalam lepas Asar, dela, Umi , n adik balik kampung kat Pasir Puteh . balik berbuka puasa n terawih kat sana . em ni kali ke3 kot . kakak n abg ipar dela dari Puchong pun balik juga . dorang sampai petang tu jugak, tapi lebih awal dari ktorang . hehe

dah lama tak jumpa both of them . hehe seronok lak rasanya . dapat berbuka puasa ramai2 , lagi ramai dari biasa . time iftar tu semua ada, kecuali pak sedara je takda, coz kerja . menu iftar ktorang ialah ikan cencaru sumbat, pastu ikan ape ntah dela lupe ..haha menu lain ialah gulai ikan dan gulai ayam ..kueh lak ada KURMA n ondeh2 . ehehe Alhamdulillah .

pastu siap2 nak p terawih lak . dela, Umi, dan nenek je pergi coz adik sakit perut dan kakak lak penat coz baru sampai petang tu . so ktorang bertiga je malam tadi . pastu time dlm surau, tetibe blackout . 2x plak tu . pastu Alhamdulillah dah ok . pas habis, ktorang tak stay utk moreh , terus balik . hahha pastu balik, berbual2 kejap gn kakak . pastu dia kasi ktorang kerongsang raya for free ! how nice of u, sis <3 haha ..

pastu takda aktiviti da, mata dah mula layu , esok pagi dah nak balik KB semula . hehe !

ok done . stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, August 27, 2011

Nak Balik Kampung Gak Laa

salam . semua dah balik kampung ke ? senyap je ni . kat fb pun dah kurang . kalau macam tu, dela nak balik kampung gak la . hehehhe jangan jeles .. hik3 . ok, kepada yang sedang berada di jalan raya, berhati2 lah . pandu cermat jiwa selamat , ye . biar lambat pun asalkan selamat sampai, selamat tiba .:)

okla nak prepare barang sikit . pas Asar insyaALLAH bertolak . sehingga berjumpa lagi ye . daa

stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...