Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Monday, December 26, 2011

Telur Rebus Oh Telur Rebus !

salam semua ..skang ni dela sudah pun memasuki minggu belajar di UPM..huhu cepat sungguh masa berlalu, ade 4 hari saje lagi nak masuk tahun 2012. mgu depan dela dah start final exam...so kena lah stdy...sambil2 study, facebook, dan makan(hehe) ...kali ni dela terasa gatal lak tangan nak berkongsi 1 cerita lawak...dela dah kongsi pasal cerita ni kat fb, tetibe rase nak kongsi kat blog plak. Ok, jom bace cerita ni same2 ...sekadar untuk hiburan kita bersama ye ^_^

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.


Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun t ahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega r asanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.

Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!

HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.errrr


hehehe.. moral of the story ?


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, August 15, 2011

Buaya Darat, Cikgu !

Cikgu : Baik anak-anak murid,pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Udin,

macam mana bunyi ayam berkokok?

Udin : Kok kokk kokkkkk!

Cikgu : Bagus Udin,Limah, buat bunyi kucing pula

Limah: Meowwww

Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya. Ajoi, buaya bagaimana pula bunyinya?

Ajoi : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya

Cikgu: Bunyi buaya apa tu?

Ajoi : Buaya darat cikgu!


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, June 09, 2010

to: isteri kesayanganku

salam. hai, dela kembali lagi dengan kisah lucu. lucu ke. ah, kire lucu lah. kalau tak lucu, buat2 lah lucu, ye tak? haha. melalut sudah. ok gni ceritanya;

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. terdapat sebuah komputer dlm bilik yg dia duduk tu. dia pun mengambil keputusan utk menghantar emel kpd isterinya. ai, baru sampai dah rindu. hantar emel lak tu, mesej henpon suda..ok2 stop. lelaki tu pun start la menaip. malangnya, dia telah tersalah taip alamat emel isterinya dan tanpa menyedari kesilapannya itu, die pun terus menghantar emel tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang dr majlis pengkebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan utk menyemak emelnya utk melihat kalau2 ade mesej dr saudara- mara atau teman2. selepas membaca emel pertama itu, janda tersebut terus jatuh pengsan. anak lelakinya yg kebetulan melalui bilik ibunya bergegas mendapatkan ibunya yg sudah tidak sedarkan diri. si anak pun terus membaca emel di skrin komputer:

To: Isteri kesayanganku
Date: 16 May 2002
Subject: abang telah selamat sampai. abang tahu sayang pasti akan terkejut dgn kehadiran mesej ini. mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar emel kepada sesiapa shj terutama insan kesayangan kita. abang telah selamat sampai dan telah menginap dgn aman di sini. abang lihat semuanya telah disediakan di sini utk kedatanganmu pada hari esok. semoga berjumpa denganmu nanti, sayang. abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna spt apa yg telah abang lalui ketika ini.

sekian, salam sayang dr abang.


p/s: berhati2 bile nak taip emel tu.

salam dr dela.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, May 30, 2010

barang "FREE"

menjelang musim perayaan, sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan suami isteri untuk berbelanja membeli barang keperluan membuat kuih muih. suatu petang sewaktu si suami balik dari kerja, maka si isteri telah meminta suaminya ke supermarket membeli barang-barang utk membuat kuih muih dan biskut raya. selesai membeli barangan yg dipesan,si suami pun terus bergegas pulang.

Suami: "sayang...abang dah balik ni, ni ha semua barang yg sayang pesan abang dah belikan."

si isteri pun mengeluarkan semua barang yg telah dibeli utk memastikan kesemuanya mencukupi. ye la, mana tahu si suami lupa lak. tiba-tiba, si isteri dapat mengesan ada perkataan FREE tertulis pd tin 'Planta' yg dibeli suaminya. tajam betul mata si isteri.namun, tidak pula didapati sebarang benda free antara barang2 tersebut, semuanya dibeli.

Isteri: "abang.. ni ada benda FREE ni...kenapa abang tak claim kat kaunter masa bayar tadi..abang kena pergi ke supermarket tu balik dan mintak benda FREE ni. "

Suami: "sorry lah sayang, abang tak nampak benda tu tadi, ok2 takpe abang akan pergi semula ke supermarket tu ek."

si suami pun membawa tin 'Planta' utk berjumpa semula dengan jurujual dan claim benda FREE yg tercatat pd tin tersebut. bagaimanapun berlaku pertengkaran antara si suami dan jurujual kerana jawapan yg diberikan oleh jurujual ialah barang FREE itu sudah ada dlm tin 'Planta' tersebut. pertengkaran ini telah menarik perhatian pengurus supermarket yg kemudiannya menghampiri kedua-duanya.

Pengurus: "encik, kenapa encik marah-marah ni?"

Suami: "syarikat kamu ni berniaga mcm mana, ni tin 'Planta' ni kata ada benda FREE, kenapa kamu tak beri barang FREE tu? nah, ni dia tin nya, cuba kamu tengok."

pengurus supermarket berkenaan mengambil dan membelek2 tin 'Planta' tersebut lalu berkata:

Pengurus: "ohh...betullah kata jurujual saya encik, CHOLESTEROL FREE ni memang dah ada dalam tin 'Planta' ni."



kuang kuang kuang
p/s: cholesterol free first! :)

untuk info tentang marjerin Planta, klik sini
salam blogging dr dela ;p
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, May 27, 2010

tak ada telinga

seorang pemuda cedera parah dalam satu kemalangan ngeri. dia kehilangan kedua-dua telinganya dan merasa rendah diri atas kecacatannya itu. dengan wang pampasan yg diterima, dia memulakan perniagaan. dia kemudiannya bercadang mengambil pekerja sbg pembantunya. sesi temuduga pun bermula. calon pertama melepasi semua ujian yg dijalankan kecuali soalan yg terakhir.

"awk perasan tak ada sesuatu yg ganjil pada saya?" tanya pemuda itu.

"oh...awk tak ada telinga, " jawab calon tadi spontan.

pemuda itu sedih dgn jawapan berkenaan dan menolak calon tersebut. calon kedua lebih baik drp calon pertama dan seperti sebelumnya pemuda itu akan bertanya soalan yg sama utk mengakhiri sesi temuduga. tetapi jawapan yg diterima sama spt calon pertama. hatinya bertambah sedih dan menolak calon tersebut.

akhirnya dia berpuas ati dgn calon ketiga dan kemudiannya menguji calon tersebut dgn soalan yg sama.

"awk nampak tak sesuatu yg ganjil pd muka saya?" tanya pemuda itu.

"ya! awk pakai kanta sentuh," jawab calon ketiga.

"wow! menarik tu, mcm mane awk tahu?" tanya pemuda itu, terkejut.

"kerana awk tak boleh pakai cermin mata sebab tak ada telinga, " balas calon itu sambil ketawa terbahak-bahak.



p/s : cerita ini tidak berkenaan dgn sapa2 pun, sama ada yg masih hidup atau yg dah meninggal dunia
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

ujian air kencing

sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Farid sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Farid.

Shan : Kenapa menangis?
Farid : Saya datang utk ujian darah
Shan : Awk takut ke?
Farid : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah memotong jari saya

Mendengar penjelasan Farid, Shan pula menangis.

Farid : Eh, kenapa pula awk menangis?
Shan : Saya datang utk ujian air kencing....


salam.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...