Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Follower ke 300 Dela !

salam semua . wah malam ni memg ade semangat mengupdate lah . hehe sebenarnye nak update pasal follower blog dela dah mencecah 300 orang . hehe thanks a lot buat bangpren dari Bangpren Blogs . he's an Indonesian blogger and he is also a university student in administration field. Good Luck in Your Studies !

ok lah itu je . selamat malam . sleep tight . bace doa sebelum tidur ye .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, January 29, 2012

Kuliyah UAI , AJL, BB1M

salam . korang tengah watpe ? tengok Kuliyah Ustaz Azhar Idrus dekat Masjid Negeri, Shah Alam ke tengok Anugerah Juara Lagu ? ape2 pun yang anda pilih, pastikan ianya memberikan manfaat kepada anda .. ye ? buat pilihan, yang mana lebih worth following ? tepuk dada, tanya iman :)

bagi yang tak berpeluang peg masjid tu, buleh tengok secara live kat sini . dela pon tengah dengar ni, sambil2 berblogging dan berfb ..bagi dela lah kan , baik tengok ceramah ustaz daripada AJL di mana kita tahu acara seperti AJL sinonim dengan artis2 yang kita dah sedia maklum cara dan stail pemakaiannya mcm mane . tak tutup aurat . tapi, macam yang dela ckp tadi, tepuk dada, tanya iman ..pandai2 lah kite nilai sendiri mana baik mana buruk.

oh ya. sebenarnya nak update pasal baucer buku 1malaysia ni . hehehe . setakat ni, dela belum beli ape2 buku lagi ..excited pulak bile fikir2 nak beli buku ape . ye la, peluang jarang2 dapat . dulu, nak beli buku yang diminati siap fikir 2,3 kali sebelum beli coz takda duit punya pasal . duit yang ada lebih diperlukan untuk keperluan2 lain. huhu

baucer buku 1M

bagi yang dapat baucer buku ni kan, janganlah p jual plak semata2 nak dapatkan duit . orang mcm ni takda semangat cintakan ilmu langsung . huhu orang bg peluang beli buku tu, manfaatkan lah . dela memang sokonglah orang yang jual baucer ni ditangkap . huhu u deserve it . adeh , emo pulak malam2 ni . hehe

oklah . tu je update dela malam ni . Haa, 1 lagi dela nak kongsi, salah sorang classmate Dela, Kak Daya dah selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.2kg ..wahhh gembiranya ! kami sekelas dah jadi auntie a.k.a. makcik ! ehhehe luv it . bertambah bilangan ahli kelas kami hhehe .
oklah, sekian .

p/s: tadi mase tengah belek2 gambar ceramah ustaz kat masjid negeri shah alam, nampak Munif Hijjaz duk depan skali tengah kusyuk dengar ustaz berceramah . cayalah abang Munif kita !

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, October 30, 2011

Anak Kucing Mati Didera, Salah Seekor Dibedah Sehingga Nampak Jantung !

salam buat semua readers di luar sana . setelah sekian lama tidak update, hari ni dela nak kongsi pasal cerita sadis seekor ibu kucing yang kehilangan empat anaknya . So, firstly, let the picture do the talking>>>

gambar ni dela ambil dari facebook dan dela jugak ada share pasal ni kat profile dela. Mungkin bagi orang lain, ni benda biasa. Tapi, bagi dela cerita ni amat menyedihkan n menyayat hati. Bayangkan , anak kucim sebesar tu diseksa sampai mati ..si ibu tak mampu nak buat apa2, cume boleh tengok je ..berikut ialah caption kepada pict di atas :

Ibu kucing ini terus menjilat mayat anak-anaknya dengan harapan mereka sembuh kembali. Mengikut sumber, saksi terdengar kucing menangis di tingkat bawah, dan apabila mereka sampai ke tempat kejadian, mereka menemui kucing liar dan anak-anak kucing yang diseksa sehingga mati. Kesemua badan anak-anak kucing tersebut dipenuhi dengan tembakan pistol angin, dan ada pula yang diikat lehernya, dan ada pula yang dibedah sehingga jantung kucing itu terdedah, dan kepala ketiga-tiga kucing yang lain dipijak! Kejamkan orang ni?

emm pistol angin tu ape ek ? sakit ke kalau kena ? tapi yang tak tahannya, dibedahnya kitty tu sampai nampak jantung ! pastu pijak2 plak kepala anak kucim tuuuu ...masyaALLAH ! nak nanges rasa tgk gambar ni ..lihat pada mata si ibu kucim, terserlah kesayuan dan kesedihan menangisi anaknya yang telah mati.

moral of the story : sayangilah makhluk ciptaan ALLAH, mereka juga ingin menikmati hidup di dunia yg sementara ni ..

salam .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, August 17, 2011

Guna 2 Bahasa Ajar Sains & Matematik

Kerajaan pertimbang pilihan sekolah guna bahasa Malaysia, BI

PUTRAJAYA: Kerajaan masih mengkaji kemungkinan menggunakan dua bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah, walaupun pada dasarnya program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kajian itu dibuat dalam konteks mengekalkan dasar MBMMBI tetapi pada masa sama, menimbang sama ada tawaran atau pilihan boleh dibuat kepada mana-mana sekolah yang berminat menggunakan bahasa Inggeris tanpa menimbulkan masalah.
"Apa yang kita utamakan dalam dasar baru ini ialah bagaimana kita nak perkukuh bahasa Inggeris. Ramai ibu bapa berminat pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris, sebab itu apabila ada saranan sebegitu, ada pihak meminta sama ada kita boleh beri kelonggaran.

"Perkara ini masih pada peringkat kajian oleh sebuah jawatankuasa kecil yang ditubuhkan dan dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud," katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011, di sini semalam.

April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mendapatkan maklum balas ibu bapa sebelum memutuskan pelaksanaan PPSMI di sekolah selain mengkaji kemungkinan subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah terpilih tanpa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata, buat masa sekarang, tumpuan diberi terhadap kaedah memperkukuh pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah.
Katanya, pelajar didapati kurang kemampuan menguasai bahasa Inggeris, sekali gus memerlukan kajian lebih mendalam kerana kerajaan tidak mahu melaksanakan sesuatu dasar tetapi tidak mempunyai guru terlatih bagi menjayakannya dan akhirnya tidak mencapai apa yang diharapkan.

Justeru, katanya, kerajaan perlu mengambil pandangan menyeluruh kerana cadangan yang bagus pun tidak bermakna jika tidak ada kemampuan melaksanakannya, seperti PPSMI , yang diiktiraf bagus tetapi kebanyakan sekolah tidak ada guru yang cukup fasih bahasa Inggeris bagi mengajarnya.

sumber artikel : berita harian online

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, August 13, 2011

Duit RM1 dan RM50

Pada suatu hari, duit seringgit terserempak dengan duit lima puluh ringgit.


RM1 : " Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"

RM50: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik

AirAsia, lepak One Utama, konsert, tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?


Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,


RM1 : " Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama...'SURAU..MASJID.....SURA​U....."



renung2kan ..dan selamat beramal.. ^_^

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Speechless Saturday




Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, December 25, 2010

sekolah yang tak ikut jadual mula sesi persekolahan | tindakan tegas

KANGAR: Kementerian pelajaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana sekolah yang didapati gagal memulakan persekolahan awal tahun depan seperti dijadualkan, terutama atas alasan yang tidak sewajarnya.


Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, mahu semua bentuk alasan atau gangguan berkenaan termasuk kerja pembersihan, orientasi pelajar dan mesyuarat guru disempurnakan lebih awal iaitu sebelum 1 Januari.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana segala aktiviti berkenaan seharusnya dilakukan lebih awal iaitu seminggu sebelum sekolah dibuka.
“Justeru, jika ada sekolah yang gagal berbuat demikian, surat tunjuk sebab akan diberikan kepada pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis, Abdul Hadi Harun dan Guru Besar bahagian Sekolah Rendah IPGM Perlis, Kamarudin Ismail.

Difahamkan, Noor Rezan kini dalam proses lawatan kerja ke semua sekolah di seluruh negara bagi mendapat maklum balas dan perkembangan mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selain meninjau persediaan sekolah bagi permulaan sesi persekolahan ini.

Selain itu, Noor Rezan berkata, pihaknya berpuas hati dengan program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIT) dan Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang dilihat membuahkan hasil.
Katanya, melalui program itu, banyak sekolah yang sebelum ini berada pada tahap enam dan tujuh iaitu kategori lemah, berjaya dilonjak ke kedudukan yang lebih baik.

“Melalui program ini, setiap masalah yang dihadapi boleh diselesaikan secara bersama sama ada di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian demi meningkatkan mutu pendidikan Negara,” katanya.

sumber : beritaharianonline

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, December 24, 2010

lawak pilihan pagi jumaat

salam. rase nak berkongsi lawak la plak. lawak ni dela jumpe kt laman web Lawak Jenaka..Malaysia punye lawak jenaka..hik3..maybe ade yg dah pernah bace.tp xpe, bace sekali lg...tajuk die, SEBELUM DAN SELEPAS!! have fun :)

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, December 18, 2010

ajaran tak pernah diiktiraf di Malaysia

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia dinasihatkan supaya tidak keliru dengan ajaran Syiah yang cuba dibawa dan dihidupkan di negara ini kerana kerajaan hanya mengiktiraf ajaran Islam yang berasaskan kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Shafie sebagai ikutan.

Tokoh agama yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz, berkata Syiah tidak pernah diiktiraf di Malaysia kerana banyak ajarannya bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah malah yang lebih membimbangkan ada dari kalangan mazhab Syiah yang memang terkeluar dari ajaran Islam.
“Itulah sebabnya ajaran Syiah tidak diiktiraf kerana ia memberikan implikasi yang besar terhadap pemahaman akidah umat Islam kerana ajarannya yang tidak selari dengan ajaran dibawa Rasulullah SAW.

“Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap kira-kira 200 pengikut ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha dipercayai ajaran Syiah yang mengamalkan 23 penyelewengan termasuk memukul badan dengan rantai besi sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa di Taman Seri Gombak.

Hassan berkata, banyak ajaran Syiah yang terang-terangan menyimpang dan bertentangan dengan ajaran Islam termasuk memukul badan dengan menggunakan rantai pada 10 Muharam sebagai tanda menyucikan dosa, menziarahi kubur Saidina Hussein (cucu Rasulullah) sebagai ganjaran ke syurga serta menghina isteri Nabi Muhammad SAW.

sumber: beritaharianonline
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, December 16, 2010

usah percaya dunia kiamat 2012

Mufti ingatkan umat Islam jangan taksub mitos Planet Nibiru

KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mengingatkan umat Islam agar tidak mempercayai kewujudan Planet Nibiru dan ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012.

Katanya, umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat adalah ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.
“Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran dan Rasulullah SAW, jadi usah fikirkan bila ia akan berlaku.
“Soal masa hari itu tiba, hanya Allah SWT mengetahui dan sebagai orang beriman, kita harus mempersiapkan diri dengan amalan untuk bekalan di akhirat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan agensi angkasa antarabangsa lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menafikan kewujudan Planet Nibiru kerana tiada bukti saintifik mengenainya.

Ketua Unit Penyelidikan Sains ANGKASA, Mohd Fairos Asillam menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili di Dewan Negara, kelmarin mengenai dakwaan bahawa Planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 tidak benar.

Ramalan ahli falsafah Perancis, Nostradamus pada abad ke-16 mendakwa, kiamat akan berlaku apabila Planet Nibiru melanggar bumi menjadi perbincangan hangat orang ramai melalui internet sejak tahun lalu.
Apabila perlanggaran berkenaan tidak berlaku pada 2003 seperti yang diramalkan Nostradamus, ia kemudian ditukarkan kepada 2012 berpandukan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah sebelum Masihi yang mana tarikh kalendar kaum terbabit berakhir pada 21 Disember 2012.


sumber : beritaharianonline
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, December 14, 2010

planet Nibiru bakal langgar Bumi | kerajaan nafi dakwaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan berkenaan.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutama di internet sejak tahun lalu. - BERNAMA

sumber : beritaharianonline
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, December 12, 2010

yeay ! kelantan menang lagi

salam.

malam tadi berlangsung perlawanan bola sepak antara Kelantan (Gomo Kelate Gomo) dan Kedah (Pulun Kedah Pulun) di Stadium Sultan Muhd ke4. umah dela dekat jek gn stadium, tp xde plak dengar sorakan..senyap jek..pastu baru ade dgr..maybe senyap sbb time tu xde gol dijaringkan lagik...

sampailah nak dekat 2jam, dua2 pasukan still seri lg 0-0. pastu dapat penalti dan kemudiannya berjaya kalahkan Kedah 4-3..yeay !! kelantan menang lagi...syabas Red Warriors! kemenangan demi kemenangan telah Red Warriors kecapi. kami warga Kelantan bangga sangat. :)

ok lah, ok lah..baca petikan berita ni dulu utk info lebe lanjut ya ;p


KELANTAN
muncul juara buat kali ke-13 kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 malam tadi apabila menundukkan Kedah 4-3 pada penentuan penalti di Stadium Sultan Muhammed IV selepas kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan sepanjang 120 minit permainan.
Penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail muncul wira selepas menyelamatkan dua sepakan penalti pelawat dengan Khairan Ezuan Razali mengesahkan kemenangan apabila menyempurnakan sepakan kelima tuan rumah.

Pada babak pertama, Kelantan terlebih dulu mengasak kubu lawan menerusi percubaan minit ketujuh Mohamad Ramzul Zahini Adenan tetapi gagal disudahkan dengan baik di depan kira-kira 10,000 penonton.

Rentak permainan kedua-dua pasukan juga terbantut akibat permukaan padang yang becak hingga menyebabkan permainan kurang menarik tetapi tuan rumah meningkatkan asakan sebaik perlawanan bersambung di babak kedua.

Begitupun beberapa peluang di depan pintu gol Kedah gagal disudahkan barisan depan pasukan kendalian Zahasmi Ismail itu sebelum permainan bertukar tegang dengan dua pemain pelawat, Wan Mohd Asraf Wan Ali dan Muammar Nur Halim Rahim dilayangkan kad kuning.

Kedudukan kekal 0-0 sehingga wisel penamat dibunyikan yang memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Dua babak tambahan juga berakhir tanpa jaringan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

sumber beritaharianonline

p/s: proud to be a kelantanese
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, December 11, 2010

wanita pertama makan hati manusia

salam. jom baca kisah wanita pertama yg makan hati manusia >>

Hindun bt Utbah
adalah seorang wanita yg berfikiran jauh, bersemangat kental serta mempunyai harga diri yg tinggi. semasa peperangan Badar, Hindun dan suaminya masih lg kafir dan mereka telah mengetuai kaum mereka menentang Rasulullah. dalam peperangan ini Hindun telah kehilangan banyak keluarganya termasuk ayah, bapa saudara, dan 2 saudaranya. kematian mereka telah membuatnya menyimpan dendam terhadap kaum muslimin. ketika berlakunya peperangan ke2 iaitu Perang Uhud, Abu Sufyan dan Hindun sekali lg mengetuai kaum mereka.

dlm peperangan ini mereka bertindak lebih ganas, die bersama para pengikutnya telah menzalimi mayat kaum muslimin dgn memotong hidung, telinga, bibir, mata n lain2 nya utk dijadikan perhiasan. bahkan die akan memberikan hadiah pd sesiapa yg melakukan lebih drp itu. Hindun ada memberi hadiah kpd seorg hamba bernama Wahsyi kerana dialah yg merobek perut Hamzah bapa saudara Nabi lalu memotong hatinya dan diberikan kpd Hindun. Hindun dgn perasaan marah dan dendam telah mengunyah hati Hamzah kemudian dikeluarkannya dgn rasa puas hati. apabila peristiwa ini sampai pd Rasulullah baginda berkata, " Sekiranya hati itu ditelan tentu ia akan bebas dr api neraka kerana ALLAH telah mengharamkan api walaupun secebis dr dagingnya."

Hindun dan Abu Sufyan telah menyatakan keislaman mereka pd hari pembukaan Mekah. anaknya Mu'awiyah telah dimuliakan oleh Khalifah Umar dgn melantiknya menjadi gabenor di Syam.

sumber : BICARA
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, December 08, 2010

promosi maksiat kat fb dan blog

salam semua. ni ade 1 perkongsian dr blog Ustaz Zaharudin yang dela berkenan nak berkongsi dengan pembaca. ia tentang promosi berbentuk maksiat yg sama ada kita tulis, sebar, dan sebagainya di facebook, blog, forum dsb . promosi yg kita buat tanpa sedar . harap ia menjadi pengajaran dan ingatan buat diri dela dan semua.

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa.Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudahdiperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonisme Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun,desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.


DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakah itu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, September 25, 2010

fadhilat bercium

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

sumber: blog azizi cyberspot
p/s: salam blogging
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, September 03, 2010

potonglah kuku anda!

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah
.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, July 31, 2010

Asyraf Juara Imam Muda

salam semua. hari ni dela nak berkongsi kisah kejayaan juara Imam Muda, iaitu Imam Muhammad Asyraf. tentu sudah ramai yang tahu tentang ini. walaupun dela tidak mengikuti rancangan ni di tv, tapi dela ikuti gak perkembangan dia kat sini( internet). ok jom baca kisah imam muda kita ni;

Graduan Usuluddin dan Fikah UM juara Imam Muda

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, malam tadi.
Graduan Usuluddin dan Fikah Universiti Malaya (UM) itu menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, untuk merebut gelaran pertama Imam Muda.
Dengan kemenangan itu, Muhammad Asyraf menerima insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Muhammad Asyraf ketika berucap sebaik menerima hadiah kemenangan mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan kejayaannya.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, July 29, 2010

Tuala wanita dalam rahim

salam semua. hai rindu sungguh dela pada semua. setelah sekian lama tidak berblogging, hari ni dela memulakan entry pertama live dr bilik hostel dela. hehe.apa khabar semua? harap2 semuanya sihat dan dapat berblogwalking dgn jayanya. yeah!

ni dela nak kongsi berita yg dela petik dr berita harian online. rase2 ramai dah baca, tapi mesti ade yg belum bace kan. so, dela nak share lah sikit;

TASEK GELUGOR: Seorang ibu muda menderita kesakitan selepas melahirkan anak sulung kira-kira dua minggu lalu, berikutan tuala wanita yang dipercayai digunakan ketika proses kelahiran anaknya tertinggal dalam rahimnya.

Nurhidayah Abdul Hamid, 24, dari Permatang Sungai Dua di sini, melalui pengalaman yang memeritkan beberapa hari selepas dia dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mohd Abdul Muhaymin Mustafa, 24, mendakwa isterinya melahirkan anak perempuan secara normal pada jam 10.53 malam pada 15 Julai lalu, sebelum dibenarkan pulang dua hari selepas itu.
Apabila berada di rumah, kesakitan yang dialami Nurhidayah semakin serius.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, June 29, 2010

gabungan majlis guru besar malaysia ( GMGBM ) sokong UPSR dihapus

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zakarshi.

Beliau berkata GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali sahaja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.

"Kalau UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) ini sijilnya tiada nilai selepas daripada itu. Sebab itu GMGBM setuju UPSR diganti dengan penilaian sekolah atau 'school based assessment'," katanya pada sidang media selepas menyampaikan diploma dan sijil pada konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras YPC-ITWEB kali ke-6 di Kuala Lumpur hari ini.

Puad berkata kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan SPM sahaja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

"Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor...jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

- Bernama

sumber : malaysiakini
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, June 27, 2010

'ragging' perbuatan zaman jahiliah

salam semua. hari ini dela ingin berkongsi tentang satu isu yg melanda bebudak sekolah terutama yg tinggal di asrama, iaitu buli a.k.a ragging. dulu masa dela kt sekolah takde la plak dengar bebudak kene ragging teruk2 sampai membawa maut. cuma, senior ragging junior time minggu suai kenal. tu pun bukan ragging sangat,just sesi kenal mengenal je. itu sahaja. tapi perbuatan ragging atau buli ini tidak baik dan boleh memudaratkan sebenarnya. dan ia tidak berlaku di asrama sekolah2 sahaja. kat kem tentera pun ada jugak ye. spt yg kita tahu dulu kuar kat berita budak sekolah asrama maut sebab kene ragging gn bebudak lain. pastu ade lg. yg dela terlepas pandang pun ada. yg terbaru, kejadian buli di sekolah tentera di mana Allahyarham Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 dikatakan maut kerana dikaitkan dengan kejadian dera dan buli. kita ikuti berita dr berita harian online ini:

Zahid anggap 'ragging' perbuatan jahiliah

2010/06/26
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dikaitkan dengan kejadian dera dan buli adalah satu tindakan jahiliah.

Katanya, kejadian ‘ragging’ pelajar junior tidak seharusnya berlaku di mana-mana sekolah, khususnya di sekolah tentera dan pelakunya mesti dikenakan hukuman berat.

“Kementerian memandang serius perbuatan zaman jahiliah ini. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar terbabit selepas siasatan siap sepenuhnya dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah tentera selain mengikut undang-undang sivil.

“Berulang kali saya tegaskan supaya jangan jadikan buli sebagai satu budaya kerana ia adalah perkara yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh di sini, semalam.

Zahid turut menafikan dakwaan pihaknya lambat bertindak dalam menangani kejadian itu, sebaliknya beliau berkata kementerian menubuhkan lembaga siasatan sejurus dimaklumkan mengenainya.

“Kejadian itu berlaku tengah malam semalam (kelmarin) dan kita menjalankan siasatan serta mengambil tindakan secepat mungkin termasuk menghulurkan bantuan penerbangan ehsan membawa jenazah pulang ke kampung halamannya,” katanya.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Muhammad Naim pengsan selepas dikatakan dibuli oleh sekumpulan lima pelajar senior di bilik asramanya dan meninggal dunia sebaik tiba di Pusat Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) Kem Perdana Sungai Besi sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.
Jenazah Allahyarham kemudian diterbangkan ke kampungnya di Baling, Kedah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siong.

salam.

p/s: dela pernah kene buli mase form1! hehehe
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...