Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Wanita

salam semua . ok , dela taknak berceloteh lama coz tiap kali update selepas beberapa bulan lamanya tak update , dela cenderung untuk bermukadimah dengan panjang sekali. Ok, well . now dela nak kongsi satu artikel, khusus untuk sahabat2 Muslimah di luar sana . Semoga memberi manfaat kepada kita semua ^_^

13 Perkara Yang Perlu Dijaga oleh Wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31).

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921


ok itulah dia perkara-perkara yang perlu kita, sebagai seorang wanita, jaga dengan sebaik2nya. Sesungguhnya setiap suruhan dan larangan ALLAH itu ada sebabnya, ada hikmahnya . Sekian untuk kali ni ye ! :) Salam.

p/s: sengaja taknak buat function readmore coz mesti korang taknak tekan kan? :)


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, February 15, 2012

Rupa Manusia Yang Dihalau Di Padang Mahsyar

salam . kali ni dela nak kongsi pasal rupa manusia yang dihalau di padang mahsyar pulak . mcamne orang yang masa hidupnye macam ni macam ni , dan macam mane pulak keadaan die di padang mahsyar kelak . setiap dari kita akan dibalas mengikut amalan kita semasa di dunia , sejauh mana ketaatan kita pada suruhanNYA . copy pasted from facebook . sama2 kita baca ~

- Ditukar rupa menjadi wajah kera.
Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

- Ditukar rupa menjadi wajah babi.
Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...
Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan
perbuatannya.


- Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.
Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.
Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.
Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia.

Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

Kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika hidup dulu.

Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan mendapat perlindungan. Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki,lutut, dada,leher mahupun sekadar bahagian muka saja.

Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.Takut serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.

Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak
ada.Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." –(surah An-Naml:83).

*BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM
KALANGAN TERSEBUT.

sharing is caring .

"Sampaikanlah Dariku Walau Satu Ayat"

sekian , wasalam .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, February 14, 2012

Kisah Rasulullah SAW & Buah Limau

salam semua . setelah beberapa hari tak update , kali ni dela nak kongsikan kisah menarik Rasulullah SAW dan buah limau . baca , ambil pengajaran , dan contohi akhlak Baginda ..insyaALLAH :) dikongsi dari facebook .


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

* Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah s.w.t .

"Sampaikanlah Dariku Walau Satu Ayat"

sekian , wasalam .

p/s : pernah jugak ejek makanan , kueh ni xsedap , lauk ni masin . Betapa jauhnya jika nak dibandingkan dengan akhlak Baginda :( Rasulullah is the best ! Sama2 lah kita mencontohi akhlak Baginda .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, February 09, 2012

Hari Suami Isteri pada 14 Februari ?

salam semua . kali ni dela nak berkongsi pasal satu story menarik iaitu pasal tarikh 14 Februari . Seperti yang kita sedia maklum , tarikh ini merupakan Hari Kekasih atau Valentine's Day yang pada asalnya merupakan budaya Barat dan kemudiannya turut menjadi ikutan kita umat Islam . Namun, kita tahu bahawa such a day is haram in Islam . Kita sebagai umat Islam tidak boleh menyerupai kaum lain , kerana jika kita menyerupai sesuatu kaum itu, maka kita adalah dalam kalangan mereka .

oleh kerana kita tahu sambutan Valentine's Day ini tentang apa , iaitu tentang hubungan 2 orang manusia yang tiada ikatan sah , maka terang2 ia berdosa dan haram melakukannya . jadi mengapa kita nak ikut budaya yang jelas haram ni ? dela berbangga dengan Kerajaan Pas Kelantan (ini bukan tentang politik) kerana inisiatif untuk menggantikan sambutan Valentine's Day dengan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan . wahhh idea yang sangat bernas, bagus, dan awesome ! <3

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tujuan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri itu sebagai acara tahunan ialah bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam yang sebenar . Ye, dela setuju . sambutan ini dapat membuatkan kita dan pasangan lebih menghargai satu sama lain , bagaimana kita telah melayari alam rumahtangga sebagai pasangan suami isteri dan sebagainya . macam ada pengalaman lak . hehe . however , tak semestinya nak tunggu tarikh 14 februari ni baru nak menghargai pasangan masing2 .. kita hendaklah SENTIASA menghargai mereka dalam hidup kita . at least ade satu hari yang khusus , sebagai tanda penghargaan kepada insan yang bergelar suami dan isteri :) papepun, it's hundred times better than Valentine's Day .

idea ni amat bagus dan dela percaya berkesan dalam usaha menangani gejala tidak sihat dalam kalangan remaja sekarang . bersama2 lah kita kembali ke jalan yang benar . jika kita sedar kita telah terpesong, cepat2 muhasabah diri dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya :)
untuk info lebih lanjut, boleh ke sini

ok lah semua . sampai di sini saja dulu . salam , selamat hari Jumaat :)

p/s : amar makruf nahi mungkar



Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, February 05, 2012

Pesanan Buhaira Buat Abu Talib

Buhaira ialah seorang pendeta Kristian dari Assyria . Dia telah menjangkakan kerasulan Nabi Muhammad SAW , dan berpesan kepada Abu Talib, bapa saudara Nabi supaya menjaga baginda dengan baik dan melindungi baginda daripada bahaya .

‎"Siapakah anak ini?" tanya Buhaira kepada Abu Talib.

"Anak saya." Abu Talib cuba berbohong.

"Beritahu perkara yang sebenarnya kepadaku, wahai Abu Talib. Sesungguhnya budak itu sudah tidak beribu dan berbapa, bukankah begitu?" tanya Buhaira lagi.

"Bagaimana tuan tahu semua ini?" tanya Abu Talib kehairanan.

"Berkata benarlah, wahai Abu Talib. Apakah anak itu anak kamu ataupun anak saudara kamu?" tanya Buhaira.

"Dia anak saudara saya tetapi sejak dilahirkan saya anggap seperti anak sendiri," jawab Abu Talib.

"Bolehkah kamu ceritakan apakah perkara ganjil yang berlaku semasa Muhammad dilahirkan?" tanya Buhaira lagi.

"Banyak perkara yang pelik berlaku ketika dia dilahirkan kerana itu kami yakin kelahirannya membawa tuah. Semua keluarga Abdul Mutalib menyayanginya," jawab Abu Talib. Lalu Abu Talib menceritakan perkara luar biasa yang berlaku semasa Muhammad dilahirkan.

"Bilakah Muhammad dilahirkan?" tanya Buhaira.

"Dua belas Rabiul Awal Tahun Gajah," jawab Abu Talib.

"Tahukah kamu , pada hari itu banyak perkara yang ganjil berlaku ditempat lain?" tanya Buhaira.

"Saya tidak tahu," jawab Abu Talib.

"Pada hari itu empat belas tembok istana Maharaja Parsi runtuh," kata Buhaira.

"Saya tidak tahu," kata Abu Talib.

"Pada hari itu api yang disembah oleh orang Majusi di benua Parsi padam," kata Buhaira.

"Saya tidak tahu," balas Abu Talib.

"Tahukah kamu pada hari itu berlaku banjir menyebabkan gereja-gereja sekitar telaga Saawah runtuh," kata Buhaira lagi.

"Saya tidak tahu tuan," jawab Abu Talib.

"Pada pendapat kamu, adakah itu berlaku secara kebetulan?" tanya Buhaira lagi.

"Saya tidak tahu," jawab Abu Talib.

"Selepas Muhammad dilahirkan, adakah tanah di Mekah bertambah subur dan hasil tanaman meningkat?" Buhaira terus bertanya.

"Benar tuan..."

"Semua itu ada dalam pengetahuan saya," kata Buhaira.

"Pada firasatku, Muhammad akan menjadi pesuruh Allah. Jagalah dia dengan baik dan lindungi dirinya daripada segala bahaya," pesan Buhaira.



dela : salam Maulidur Rasul .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, February 04, 2012

Salam Maulidur Rasul !

salam semua .. tengah buat ape ? malam ni dela nak kongsikan senikata lagu nasyid Rasulullah oleh munsyid Hijjaz :) lagu ni walaupun dah lama , tapi tetap sedap dan tak luput dek masa . Antara lagu nasyid tentang Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang paling best bagi dela . sempena Maulidur Rasul kali ni , marilah kita sama2 memperbanyakkan selawat ke atas baginda . semoga kita mendapat syafaat dari baginda di akhirat nanti . Aminn ..dan juga marilah kita sama2 mengamalkan sunnah baginda :)

RASULULLAH
oleh : Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


dela : betapa rindunya diri ini pada baginda :(

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, January 30, 2012

UAI Awesome :)

salam .
nak kongsi gambar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam tadi :)

gambar yang sungguh menenangkan, pemandangan ribuan manusia yang dahagakan ilmu, sangat awesome :)


:: Alhamdulillah ::

p/s: gambar yang belah kiri depan sekali yang tak nampak muka tu rasenye abang Munif Hijjaz kita :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, January 29, 2012

Kuliyah UAI , AJL, BB1M

salam . korang tengah watpe ? tengok Kuliyah Ustaz Azhar Idrus dekat Masjid Negeri, Shah Alam ke tengok Anugerah Juara Lagu ? ape2 pun yang anda pilih, pastikan ianya memberikan manfaat kepada anda .. ye ? buat pilihan, yang mana lebih worth following ? tepuk dada, tanya iman :)

bagi yang tak berpeluang peg masjid tu, buleh tengok secara live kat sini . dela pon tengah dengar ni, sambil2 berblogging dan berfb ..bagi dela lah kan , baik tengok ceramah ustaz daripada AJL di mana kita tahu acara seperti AJL sinonim dengan artis2 yang kita dah sedia maklum cara dan stail pemakaiannya mcm mane . tak tutup aurat . tapi, macam yang dela ckp tadi, tepuk dada, tanya iman ..pandai2 lah kite nilai sendiri mana baik mana buruk.

oh ya. sebenarnya nak update pasal baucer buku 1malaysia ni . hehehe . setakat ni, dela belum beli ape2 buku lagi ..excited pulak bile fikir2 nak beli buku ape . ye la, peluang jarang2 dapat . dulu, nak beli buku yang diminati siap fikir 2,3 kali sebelum beli coz takda duit punya pasal . duit yang ada lebih diperlukan untuk keperluan2 lain. huhu

baucer buku 1M

bagi yang dapat baucer buku ni kan, janganlah p jual plak semata2 nak dapatkan duit . orang mcm ni takda semangat cintakan ilmu langsung . huhu orang bg peluang beli buku tu, manfaatkan lah . dela memang sokonglah orang yang jual baucer ni ditangkap . huhu u deserve it . adeh , emo pulak malam2 ni . hehe

oklah . tu je update dela malam ni . Haa, 1 lagi dela nak kongsi, salah sorang classmate Dela, Kak Daya dah selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.2kg ..wahhh gembiranya ! kami sekelas dah jadi auntie a.k.a. makcik ! ehhehe luv it . bertambah bilangan ahli kelas kami hhehe .
oklah, sekian .

p/s: tadi mase tengah belek2 gambar ceramah ustaz kat masjid negeri shah alam, nampak Munif Hijjaz duk depan skali tengah kusyuk dengar ustaz berceramah . cayalah abang Munif kita !

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, August 29, 2011

Istiqamah Dalam Beribadah

salam semua . hari ni dah pun hari ke29 kita berpuasa, di mana merupakan hari terakhir kita bersama2 dengan Ramadhan . Ramadhan dah nak pergi . Syawal bakal tiba . walaupun begitu, diharapkan kita semua dapat istiqamah dalam beribadah , terutamanya dalam membaca al-Quran . dan perbanyakkan solat2 sunat di malam hari . dela akui diri dela sendiri pun agak liat melakukan ibadah2 ini, tapi dela berusaha mengingatkan diri sendiri tentang kelebihan ibadah2 sunat ini dan ganjaran pahalanya . dela ade terbaca di sebuah blog . bukan blog orang lain, kakak dela sendiri . bunyinya ;

"Mesti kita tertanya2, bilakah Allah SWT paling ambil kira amalan kita? Sebenarnya, it's when we agak2 malas nak baca al-Quran/berzikir/solat sunat, tapi kita teruskan jugak buat. "

jadi, walaupun kita rasa malas sangat , berat sangat punggung ni nak bangun nak amek Quran baca , tapi kita tetap teruskan jugak niat kita nak baca , insyaALLAH Tuhan akan ambik kira dan bagi ganjaran .

pic googled

jadi, sentiasalah membaca al-Quran . kalau dah malas sangat pun, boleh dengar orang lain baca . takpun dengar kat internet ni . kat Tanzil.net . mcm2 saluran ada . kat TV pon ada orang mengaji kan . bila kita mengaji atau dengar orang mengaji , jiwa kita boleh jadi tenang, insyaALLAH .. peluang kita utk beribadah sebenarnya terbentang luas depan mata, cuma atas diri kita sendiri je nak buat ke tidak :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, August 28, 2011

Watpe Nak Bace Quran, Bace Pon Tak Paham !

salam semua ..korang terkejut tak gn tajuk entri ni ? sebenarnya kali ni dela nak berkongsi pasal satu kisah tentang al-Quran . cerita ni bagi dela agak menarik , sebab tu dela merasa terpanggil utk berkongsi . thanks, cik nadia fatihah !

.Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya,
‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,
‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata.
‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’

dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.
Orang tua itu berkata,

‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’

dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan.
Katanya, 'tengok Atuk, tak guna!'
‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’
Orang tua itu berkata, 'tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Semoga kita mendapat manafaat daripada kisah ini .

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, August 26, 2011

Jom Lihat 10 Jenis Kurma Popular

salam para pembaca sekalian . hari ni sudah pun hari Jumaat, dan dela di sini tak keje, cuti . eh bila masa plak dela keje . hahahaha . dela cuti semester laaa . hehe . ok arini rasa nak berkongsi pasal buah KURMA . ya, buah kurma . semua tahu kan ? ke ada yang tak tahu ? eiii mana boleh tak tahu kan ..buah ni amat popular pada bulan Ramadhan . memakan nya semasa nak berbuka puasa menjadi anjuran Junjungan Besar kita . sunnah Baginda .

tapi kita ramai taknak buat . nak minum air manis dulu . apa salahnya amal sunnah Nabi, makan kurma dulu . ye tak ? dapat jugak pahala . satu lagi, Nabi SAW bukan sahaja makan kurma time berbuka, kurma juga merupakan menu sahur Baginda selain daripada air . KURMA dan AIR . tapi kita ? makan nasi kenyang 3hari . betul dak betul dak ? termasukla penulis blog ini . yang membezakan sahur kita dan sahur Nabi dan para ulamak ialah menu itu sendiri , KURMA dan AIR . ok now jom kita lihat pelbagai jenis kurma seperti di bawah . ada 10 semuanya . tapi yang sebenarnya ada banyakkk lagi jenis kurma di dunia :)


1. Kurma Nabi/ Ajwa – Kurma ini hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma payorit Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan citarasanya hampir mirip seperti kismis.

2. Kurma Sekki – Kurma ini memepunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwana coklat-kecoklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.

3. Kurma Barhi – Kurma yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.

4. Kurma Kholas – Kurma berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi. Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya juga di kadar yang sedang.

5. Kurma Khidri – Kurma berwarna merah maron gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.

6. Kurma Mactoumi – Kurma berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak permukaan agak keriput dan kenyal tetapi rasanya manis.

7. Kurma Sokari – Kurma berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.

8. Kurma Siraj – Kurma berwarna kecoklatan kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa manis sedang.

9. Kurma Majol – Kurma berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.

10. Kurma Monief – Kurma berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.

perkongsian dari blog ini

stay tuned :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, August 20, 2011

Makan Kenduri Tak Dijemput?

salam all . harini dah pun hari yg ke20 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yg mulia ni . Amacam puasa ? adakah penuh puasa anda ? bagi lelaki, anda memg wajib puasa penuh kecuali atas sebab2 tertentu . perempuan pulak, ada dua keadaan . ada yang puasa penuh, ada yang tidak . jangan pelik coz ada jugak perempuan baligh yg puasa penuh . dela pernah masa dekat sekolah asrama dulu . ada yang tertanya2 ada ke pompuan yg puasa penuh . mestilah ada . tak semua ada kitaran haid normal . ye dop.

ok entri hari ni bukan nak cakap pasal pompuan puasa penuh ke dak , tapi nak berkongsi pasal 1 isu yang mgkin ada korang alami atau saksikan sendiri . pernah tak korang sebagai tuan rumah mengadakan majlis walimatul urus dan menjemput sanak saudara sahabat handai makan ? dorang biasanya akan bagi duit or kasi hadiah kan ..ni yang dela experience la . time kakak kahwin aritu . tapi, dalam byk2 orang ni, ada yang tak dijemput, dan kita tuan rumah tak kenal pun dia . tak pernah kenal . tiba2 datang makan kt majlis tu . adakah haram atau halal makanan yang dia makan ?

dela pun tertanya2 gak . halal ke x. katakanlah haram kan . yelah main redah je makan . tapi macam mana kalu lepas makan tu dia jumpa tuan rumah dan kasi duit ? adakah hukumnya halal pula ? mari kita lihat jawapan dari Ustaz Azhar Idrus berhubung hal ni .

menurut ustaz, HARAM makan kenduri kahwin kalau tak dijemput waima kita bayar sekalipun . kalau nak bawak kawan plak, wajin minta izin tuan rumah dulu . ok mgkin kita tak tahu pasal ni sebelum ni . takpelah nak buat mcm mana . tapi sekarang dah tahu kan ? sama2 lah kita mengingat2 kan sesama kita umat Islam .

p/s: malam ni nak bikin cookies lagi . ^_^


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, August 15, 2011

Kisah Rasulullah SAW & Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.


Agungnya akhlak dan peribadi Rasulullah SAW.


Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, August 13, 2011

Duit RM1 dan RM50

Pada suatu hari, duit seringgit terserempak dengan duit lima puluh ringgit.


RM1 : " Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"

RM50: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik

AirAsia, lepak One Utama, konsert, tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?


Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,


RM1 : " Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama...'SURAU..MASJID.....SURA​U....."



renung2kan ..dan selamat beramal.. ^_^

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Monday, August 08, 2011

"InsyaALLAH ... Rapat-rapatkan Saf...."

salam semua ..dela nak berkongsi satu perkara ..selama dela pergi solat terawih di surau dekat area rumah dela kan ..rata2 jemaah nya tidak mahu merapatkan saf ,, terutama perempuan la. lelaki takda masalah dela rasa . susah benar nak berganjak dan rapatkan saf , masing2 tidak mahu beralah , nak solat atas sejadah sendiri .

dela masa kat sekolah asrama dulu, time solat di musalla, diajar merapat2kan saf .tiap kali sebelum nak solat , akan kedengaran Imam berkata

"InsyaALLAH ...rapat-rapatkan saf....."

pastu makmum2 akan mula merapat2 kan saf ..kalau tak syaitan akan datang menyelit . begitu yang diajar dan disematkan dlm fikiran . mesti ada yg kata, bulan2 puasa ni mana ada syaitan . semua dah kena ikat . salah . bukan semua . hanya kepala jin-jin kafir yang tersangat jahat (syayaatiin) sahaja diikat . kalau ejaan salah betulkan ek . itulah , syaitan yg tak jahat mana tapi still jahat tetap ada . eh tapi ada ke syaitan/jin yang tak jahat mana ? Wallahu'alam .

lepas tu dela mohon penjelasan tentang perkara ni . bimbang dan mula ragu2 tentang status sah solat berjemaah . sebab dela diajar merapatkan saf, jadi dela terbiasa begitu d mana2 pun . bila ada yang tidak buat begitu , dela jadi ragu2 la . dela dah ajak rapatkan saf , tapi ada yang hesitate sebab orang sebelah dia dah angkat takbir, dah start solat . aishh..

dela pon post kt wall Ustaz Azhar Idrus dan bertanyakan soalan ini

"salam ..nak tanya, adakah batal solat berjemaah jika makmum tidak merapatkan saf ? contohnya, masing2 nak solat atas sejadah sendiri . mohon penjelasan ye . tq "

lepas tu Alhamdulillah ada yang jawab . dan salah seorang darinya memberikan link tentang jawapan yg Ustaz berikan, seperti di bawah :



daripada apa yg Ustaz kata, orang yang menjaga saf tidak hilang pahala walaupun ada kekurangan pada saf yg dia berada ketika tu kerana dia telah berusaha buat apa yang syarak suruh, manakala yang tidak mahu menjaga saf hilanglah pahala safnya . solat berjemaah tidak batal, tetap sah . cuma tak dapat pahala saf bagi yg tidak menjaga saf (merapat-rapatkan saf). jadi, marilah kita sama2 menjaga saf agar memperoleh pahala menjaga saf itu sendiri.

Aminnn ..

sama2 kita berkongsi ilmu yang ada :)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, August 07, 2011

Kisah Uwais al-Qarni Bagi Insan Yang Masih Punya Ibu

salam semua ..hari ni dela nak kongsi pasal sebuah cerita mengenai lelaki sejati yang amat kasih pada ibunya dan sanggup berbuat apa sahaja demi ibunya ..harap2 yang masih mempunyai ibu, berbaktilah kepada ibu kita sepenuh hati kita ..IBU yg mengendong kita 9bukan 10hari n kemudiannya menempuh kesakitan utk melahirkan kita ..sama2 lah kita membaca kisah yg dela petik dari blog Nota-nota dakwah di Kemaman ini ..>>

*****

Nabi Muhammad s.a.w. pernah meminta Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. agar berjumpa dengan Uwais al-Qarni di Yaman. Tujuannya hanya agar dua orang sahabat Baginda itu meminta kepada Uwais al-Qarni agar mendoakan mereka agar diampunkan dosa oleh Allah. Apakah rahsia besar kelebihan Uwais al-Qarni hingga Rasulullah s.a.w. mengangkat namanya begitu tinggi dalam sejarah kemuliaan seorang insan?

Uwais al-Qarni ialah nama kecil di sebuah perkampungan di Yaman. Dia menghidapi penyakit kulit (sopak). Suatu hari ibunya yang sudah tua berhasrat untuk menunaikan haji di Mekah. Sebagai keluarga yang miskin tentulah mustahil baginya untuk membeli atau menyewa unta untuk dijadikan pengangkutan bagi perjalanan yang amat jauh itu. Namun sebagai anak yang meletakkan ibunya di singgahsana hatinya, dia tidak sesekali berkata tidak. Dia berjanji kepada ibunya untuk memenuhi hajat ibunya yang sudah uzur itu. Walaupun, dia tidak mampu mencari kenderaan untuk perjalanan yang jauh itu, Uwais menggunakan sedikit wang yang dimilikinya untuk membeli seekor anak lembu.

Dibuatnya sebuah kandang di atas bukit. Pagi, dia akan mengendong anak lembu itu turun untuk diberi makan. Petang, dia akan mengendong anak lembu itu ke atas bukit untuk disimpan di kandang tersebut. Cukup 8 bulan, besarlah anak lembu itu.

Apabila tiba saat yang sesuai, Uwais berkata ibunya, “wahai ibu, bolehlah kita mula berangkat ke Mekah kerana musim haji tiba tidak berapa lama lagi.”

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, August 02, 2011

Sejauh Mana Kesahihan Fadhilat Solat Terawih ?

Assalamualaikum .. dela ingin berkongsi tentang satu perkara yang berkaitan dengan solat terawih. mgkin ada dalam kalangan kita yang tercari2 fadhilat solat terawih dan kemudian terjumpa fadhilat solat terawih malam pertama hingga malam terakhir ..sebenarnya, fadhilat tntg terawih ini dipertikaikan ulamak ..ada yg mengatakan ia datang dari hadith palsu ..dan tidak sahih ..

mari kita lihat apa jawapan ustaz Azhar Idrus tntg perkara ini :

Hamba Allah :
Assalamualaikum Ya Ustaz..
Nok tanya pasal kesahihan Fadhilat Solat Terawih..
Ramai yg kata ia dtg dari hadith palsu...
Bg yg iktikad atau berpegang pada Fadhilat tu..guane Ustaz....Cer bg jelas sikit Ustaz ramai hok tanya ni...

Contoh Fadhilat..
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Ustaz Azhar Idrus :
jgn pegang dgn fadhilat yg dipertikaikan ulamak ini..cukup sekadar kita yakini solat terawih adalah sunnah dan pahala sunnah amatlah besar di akhirat nanti..

wallahu'alam ..

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tidur Sebab Nak Elak Rasa Berpuasa | Makruh !

assalamualaikum semua ..tgh buat apa ? tgh prepare utk iftar arini ke ? hehehehehe menu ape arini ? menu dela arini ..em rahsia ! hehe tngu dela update laporan hari kedua puasa dela nti ye :)

tadi dela buka2 page ustaz azhar idrus , terjumpa psal hukum tidur time puasa di siang hari ..dela memg slalu bukak page ustaz azhar ,,suke, byk ilmu diperolehi dan tambah2 plak ustaz ni kelakar sket cara dia bagi jawapan ..dela penah tegur kat wall fb die dulu..dah lame dah..mcm ni :

dela : salam ustaz..
ustaz: wsalam...
dela: ustaz dok wat nape dop tdo g..?
ustaz: dok jawab salam mu la..
dela: oloh ustaz ni..

:
:

pastu dela tgk ramai yang komen mengatakan
"ustaz ni kelakar la", "hoh amek sebutir gn ustaz"
hehe, keesokannya, dela tgk ramai yg like komen ustaz tadi tu ..huhu

dela sampai sekarang teringat, dan memg xkan pernah lupa la ..hehhe ^_^

oh ya, pasal tdo td tu ..em ustaz azhar ckp, kalu kita tdo di siang hari pada bulan puasa sebab nak mengelakkan dari merasa puasa (menahan lapar n dahaga), hukumnye MAKRUH . tapi lain la kalu kita nak tdo sekejap sebelum masuk waktu zohor tu ..tu lain, tu sunat..sunat tdo kejap sbl zohor supaya bile bangun nti tbuh kita segar skit utk melakukan tugas seharian..

jadi, kita kena la elakkan tdo sebab nak elak dari rase lapar or dahaga ..dela tdo sbb semalam xckup tdo ..hehe nampaknye kene kurangkan sket tdo tu ..okey!

p/s: ok lah, nak prepare nak buka posa ..:)

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, July 31, 2011

Berpuasalah Seolah2 Ini Ramadhan Terakhir Kita

salam kepada semua readers n followers ..arini sudah pun masuk hari terakhir bulan Julai, dan bermula esok,

1 Ogos bersamaan 1RAMADHAN 1432H

umat Islam akan mula menunaikan IBADAH PUASA . bagi Dela, Ramadhan kali ini sangat bermakna dan seronok kerana berpeluang berpuasa bersama2 keluarga..

bersahur, berbuka, terawih ..dan moreh bersama2 !!

hehe ..tapi, jangan lupa niat tau ! kalau nak tahu niat puasa, sebulan or harian, boleh rujuk di sini

tiba2 rasa RINDU pulak waktu zaman sekolah dulu ..^_^
sangat best sebab dapat berpuasa bersama rakan2 asrama, bersahur, iftar, solat terawih, dan makan moreh same2 ..kat sekolah dulu, Dela memang rajin bangun sahur sebab nak isi perut kan, tambah2 lagi dapat pahala bersahur tu sendiri ..kalau xsahur, takot xdapat survive..yelah, pegi sekolah balik sekolah, pegi class prep balik class prep, kena jalan kaki..kalau xmakan, maunya pengsan nanti ..hehehe :)

time berbuka pon amat2 lah seronok, macam2 lauk n kueh mueh ada ..best sebab dapat menjalani ibadat puasa bersama rakan2 ..dan yang paling bermakna, dapat solat terawih bersama2 ..kat sekolah dulu buat 8rakaat jer, tak buat penuh coz kena pegi prep class pulak ..Dela rase semua ngantok dan tak tahan kot kalau buat penuh ..ye tak ? ye tak ? hehe

dan selepas terawih, n sebelum pegi bilik prep, ktorang p dewan makan n beratur utk dapatkan kueh2 moreh pulak ..biase kueh2 dan air teh je dihidangkan ..bubur..tak sure plak ..dah lame sangat, lupe dah~

lepas habis zaman sekolah, tahun 2006, puasa dan raya di rumah ,,tahun 2007, puasa di UiTM n raya di rumah,,tahun 2008 pun sama,,then tahun 2009 pulak puasa n raya di rumah (praktikal di Kelantan)..tahun lepas puasa di UPM dan raya di rumah ..dan pada tahun 2011 ini,
berpuasa dan beraya di rumah !!
yeay !! hehe

iskh Dela ni,,,sebenarnye tak kire lah puasa di mana2 pun, rumah ke perantauan ke pusat pengajian ke ..yang penting ibadat puasa tu dapat dijalani dengan penuh semangat dan sentiasa berkobar2 utk mengejar pahala dalam bulan tersebut ..ade pahala solat terawih, membaca al-Quran,,dalam bulan mulia ini juga al-Quran diturunkan, dan ada juga malam Lailatul Qadar yang semua sudah maklum akan keistimewaannya..

marilah kita semua merebut pahala2 tersebut,, jalanilah ibadat puasa kali ini dengan bersungguh2 ,, seolah2 ini Ramadhan terakhir kita ..

p/s: selamat berpuasa semua !!!

Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...