Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

facebook membunuh rakyat palestin?

salam petang khamis semua. dela nak kongsi sikit tentang facebook ni. jom baca2. artikel kredit to iluvislam.com.

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, June 16, 2010

privasi Facebook mudah diceroboh

PADA masa kini, salah satu laman web sosial yang amat popular dan sering disebut ramai ialah Facebook. Facebook berada jauh di hadapan meninggalkan Friendster dan Myspace dengan bilangan pengguna seramai 500 juta di seluruh dunia.

Ke mana saja kita pergi, pasti akan terdengar perkataan Facebook. Sehingga ini, Facebook dilihat lebih mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pengguna.

Saya sudah berpengalaman selama berbelas tahun dalam hal berkaitan internet dan laman web sosial. Keajaiban Facebook ialah laman ini mencetuskan satu fenomena luar biasa terhadap hampir kebanyakan masyarakat dunia melalui cara berinteraksi dan mengenali rakan sehinggakan laman sosial Friendster dan Myspace semakin dilupakan.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, June 08, 2010

facebook tempat bukti kecurangan | betui ka?

hi, semua. ni dela nak berkongsi satu info tentang facebook, laman web sosial terkenal gitu. yela, berjuta2 yg melayarinya. tp facebook ade baik n buruknya. mcm2 artikel dah kita tengok, kita baca pasal facebook. tp yg penting, niat kita baik. ikhlas nak cari member2 lama or sebarkan Islam etc. yg penting niat kene betul.

ok2. ni pasal facebook tempat bukti kecurangan. kat US, ramai pasangan yg bercerai gara2 kecurangan pasangan mereka. bukti kecurangan tu pulak ade kt facebook! sama2 kita ikuti info yg dela petik dr berita harian online.

Hubungan sulit pasangan didedah dalam web sosial

NEW YORK: Semakin ramai pasangan yang bercerai menjadikan laman web sosial Facebook sebagai bukti pasangan mereka melakukan kecurangan, menurut hasil kajian terbaru.
Kajian yang dijalankan sekumpulan peguam terkenal di Amerika mendedahkan, pelanggan mereka datang ke mahkamah dengan membawa bukti yang mereka temui di laman web itu.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...