Tuesday, June 29, 2010

gabungan majlis guru besar malaysia ( GMGBM ) sokong UPSR dihapus

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zakarshi.

Beliau berkata GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali sahaja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.

"Kalau UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) ini sijilnya tiada nilai selepas daripada itu. Sebab itu GMGBM setuju UPSR diganti dengan penilaian sekolah atau 'school based assessment'," katanya pada sidang media selepas menyampaikan diploma dan sijil pada konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras YPC-ITWEB kali ke-6 di Kuala Lumpur hari ini.

Puad berkata kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan SPM sahaja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

"Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor...jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

- Bernama

sumber : malaysiakini
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Sunday, June 27, 2010

'ragging' perbuatan zaman jahiliah

salam semua. hari ini dela ingin berkongsi tentang satu isu yg melanda bebudak sekolah terutama yg tinggal di asrama, iaitu buli a.k.a ragging. dulu masa dela kt sekolah takde la plak dengar bebudak kene ragging teruk2 sampai membawa maut. cuma, senior ragging junior time minggu suai kenal. tu pun bukan ragging sangat,just sesi kenal mengenal je. itu sahaja. tapi perbuatan ragging atau buli ini tidak baik dan boleh memudaratkan sebenarnya. dan ia tidak berlaku di asrama sekolah2 sahaja. kat kem tentera pun ada jugak ye. spt yg kita tahu dulu kuar kat berita budak sekolah asrama maut sebab kene ragging gn bebudak lain. pastu ade lg. yg dela terlepas pandang pun ada. yg terbaru, kejadian buli di sekolah tentera di mana Allahyarham Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 dikatakan maut kerana dikaitkan dengan kejadian dera dan buli. kita ikuti berita dr berita harian online ini:

Zahid anggap 'ragging' perbuatan jahiliah

2010/06/26
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dikaitkan dengan kejadian dera dan buli adalah satu tindakan jahiliah.

Katanya, kejadian ‘ragging’ pelajar junior tidak seharusnya berlaku di mana-mana sekolah, khususnya di sekolah tentera dan pelakunya mesti dikenakan hukuman berat.

“Kementerian memandang serius perbuatan zaman jahiliah ini. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar terbabit selepas siasatan siap sepenuhnya dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah tentera selain mengikut undang-undang sivil.

“Berulang kali saya tegaskan supaya jangan jadikan buli sebagai satu budaya kerana ia adalah perkara yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh di sini, semalam.

Zahid turut menafikan dakwaan pihaknya lambat bertindak dalam menangani kejadian itu, sebaliknya beliau berkata kementerian menubuhkan lembaga siasatan sejurus dimaklumkan mengenainya.

“Kejadian itu berlaku tengah malam semalam (kelmarin) dan kita menjalankan siasatan serta mengambil tindakan secepat mungkin termasuk menghulurkan bantuan penerbangan ehsan membawa jenazah pulang ke kampung halamannya,” katanya.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Muhammad Naim pengsan selepas dikatakan dibuli oleh sekumpulan lima pelajar senior di bilik asramanya dan meninggal dunia sebaik tiba di Pusat Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) Kem Perdana Sungai Besi sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.
Jenazah Allahyarham kemudian diterbangkan ke kampungnya di Baling, Kedah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siong.

salam.

p/s: dela pernah kene buli mase form1! hehehe
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, June 26, 2010

another award this month!

salam. petang2 sbl maghrib ni sempat lg dela berposting..hehehee. ok2 nak cerita pasal award neh. award yg dela dapat ni nama die "the bestest award until everever, the bestest blog greatest award blog". hehehhe panjang nye nama award! banyak betul penghargaan yg ingin diberikan.dela dapat award ni drp ain najwa, my blogger fren a.k.a my ex-junior. ni awardnye;

ok, macam biasa ( macam tak biasa ) ade tag2 yg perlu dijawab ye :)

1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni
terima kaseh banyak2 ye ain, sbb kasi award ni pd kak dela..hehehehhe jasamu dikenang

2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..
matdin
ubi
fit
lily
aleesya
yana
dan siapa2 yg nak, tinggalkan link dan amek lah ek!

3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni
matdin
ubi
fit
lily
aleesya
yana
ambiklah award ikhlas dr dela neh! :)


4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great
huhu dela pun tahu cmane blog ini boleh digelar mcm tu. ok mcm ni, kalau ade yg kata blog dela bagus, angkat tangan! hehehe..blog dela ni biasa2 sahaja, dela banyak kongsi info n artikel berbanding personal issues..hope readers n followers sekalian enjoy baca blog dela yg tak sepertinya ini..ok?


salam blogging!

p/s: harap terus follow blog
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, June 24, 2010

punca isteri terjebak maksiat patut dikaji

salam semua. ada satu artikel yg dela ingin kongsi bersama. artikel ini dela tak tujukan kepada siapa2, just utk pedoman dan panduan kita semua.

APABILA tersiar kisah isteri ditangkap khalwat oleh suami serta isteri menjalinkan hubungan sulit dengan remaja lelaki, ia bukan saja memalukan kaum hawa tetapi juga umat Islam seluruhnya.

Ketika kajian mengenai gejala sosial di kalangan remaja dijalankan pakar akademik dan pelajar di institusi pengajian tinggi, ‘ibu’ remaja pula turut sama terjebak ke kancah kehidupan gelap. Oleh itu, wajar juga dilakukan kajian punca isteri menghampiri zina sedangkan boleh berkasih sayang dengan suami masing-masing, malah mendapat keberkatan Allah SWT.

Ramai isteri yang tidak kasihkan suami. Ada juga berkahwin tanpa rasa cinta dan rasa hormat yang tinggi terhadap suami. Benar, ada yang baru mengenali hati budi suami dan keluarganya hanya selepas majlis akad, sebab itulah banyak masalah dikatakan timbul selepasnya.

Tetapi kepada Muslimah yang arif ajaran agama, mereka akan berusaha sedaya upaya membina persefahaman dan keharmonian dalam rumah tangga, malah menjadi benteng untuk menghalang anasir jahat yang mengganggu ketenteraman istana cinta mereka.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Wednesday, June 23, 2010

nice blogger award

salam semua. malam ni dela nak coret tentang award yg dela dapat di mana award ini award ke8 kot. rasenye lah. hehehe. award ini dtgnye drp ain si budak baik. hehehehh jom tgk awrd tuh; cantik tak?

lepas dapat award, mcm besa kene jawab tag :)

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?
em, skang ni? semua ade. ini itu ini itu :)

2. Apakah nama samaran anda ?
bola. tp jangn pgl dela gn nama tu kat sini hehe :P

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
tiga je? tak cukup neh :)

4. Panggilan untuk si dia ?
heehehheehehe ( sengih memanjang )

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?
em ape ek. kejujuran dan kasih syg yg tiada batasnya. wah..:P

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
blog yg informative, tak banyak iklan n animation sgt, yg takde lagu

7.Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
mijie
mizah
ain
ika
semakness
aideal fitri
kaizer
shamimah
ninie
ubi
fit
ady
aril lanang
ron
wawa


yg dapat tu nti wat entry pasal ni tau. kepada fit, ambiklah award neh, ikhlas dr dela :)

salam blogging dr dela.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

ujian khas masuk sekolah asrama penuh

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mewujudkan ujian khas menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai kelayakan untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bagaimanapun berkata, ujian khas itu tidak akan diwajibkan, sebaliknya terbuka kepada pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh.

“Sebelum ini pun ada pelajar cemerlang mendapat 5A dalam UPSR, tetapi tidak mahu memohon asrama penuh dan mahu kekal di sekolah harian, jadi mungkin kita tidak mewajibkannya, sebaliknya terbuka untuk pelajar berminat,” katanya pada sidang media selepas menerima lawatan kira-kira 49 anak yatim dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini, semalam.

Dr Mohd Puad berkata, ujian khas itu juga akan diselaraskan Kementerian Pelajaran sendiri dan bukan pihak sekolah berasrama penuh.

Di BANGI, Pengambilan pelajar lepasan sekolah rendah dan sekolah menengah ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak akan terjejas jika kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata MRSM mempunyai kaedah sendiri dalam membuat penilaian bagi pengambilan pelajar ke maktab berkenaan dan bukannya berdasarkan kepada keputusan UPSR atau PMR sepenuhnya.

“Saya ingat itu tak jadi masalah dan jika Kementerian Pelajaran memutuskan untuk memansuhkan UPSR dan PMR, kita akan guna pakai kaedah penilaian sedia ada dalam MRSM untuk dasar pengambilan pelajar,” katanya.

sumber dr berita harian online
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...