Sunday, May 30, 2010

barang "FREE"

menjelang musim perayaan, sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan suami isteri untuk berbelanja membeli barang keperluan membuat kuih muih. suatu petang sewaktu si suami balik dari kerja, maka si isteri telah meminta suaminya ke supermarket membeli barang-barang utk membuat kuih muih dan biskut raya. selesai membeli barangan yg dipesan,si suami pun terus bergegas pulang.

Suami: "sayang...abang dah balik ni, ni ha semua barang yg sayang pesan abang dah belikan."

si isteri pun mengeluarkan semua barang yg telah dibeli utk memastikan kesemuanya mencukupi. ye la, mana tahu si suami lupa lak. tiba-tiba, si isteri dapat mengesan ada perkataan FREE tertulis pd tin 'Planta' yg dibeli suaminya. tajam betul mata si isteri.namun, tidak pula didapati sebarang benda free antara barang2 tersebut, semuanya dibeli.

Isteri: "abang.. ni ada benda FREE ni...kenapa abang tak claim kat kaunter masa bayar tadi..abang kena pergi ke supermarket tu balik dan mintak benda FREE ni. "

Suami: "sorry lah sayang, abang tak nampak benda tu tadi, ok2 takpe abang akan pergi semula ke supermarket tu ek."

si suami pun membawa tin 'Planta' utk berjumpa semula dengan jurujual dan claim benda FREE yg tercatat pd tin tersebut. bagaimanapun berlaku pertengkaran antara si suami dan jurujual kerana jawapan yg diberikan oleh jurujual ialah barang FREE itu sudah ada dlm tin 'Planta' tersebut. pertengkaran ini telah menarik perhatian pengurus supermarket yg kemudiannya menghampiri kedua-duanya.

Pengurus: "encik, kenapa encik marah-marah ni?"

Suami: "syarikat kamu ni berniaga mcm mana, ni tin 'Planta' ni kata ada benda FREE, kenapa kamu tak beri barang FREE tu? nah, ni dia tin nya, cuba kamu tengok."

pengurus supermarket berkenaan mengambil dan membelek2 tin 'Planta' tersebut lalu berkata:

Pengurus: "ohh...betullah kata jurujual saya encik, CHOLESTEROL FREE ni memang dah ada dalam tin 'Planta' ni."



kuang kuang kuang
p/s: cholesterol free first! :)

untuk info tentang marjerin Planta, klik sini
salam blogging dr dela ;p
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Friday, May 28, 2010

Tahukah Anda?

1. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Itali, jurugambar dikenali sbg paparazi. perkataan itu dipercayai diambil dr watak paparazzo dlm filem La Dolce Vita yg diterbitkan oleh Federico Fellini pd tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kpd seorang budak bernama Razzi juga boleh dikenali dgn nama papa Razzi.

2. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan ia bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama drp penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah anda perkataan May Day yg diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara, berasal drp bahasa Perancis, M'aidez yg bermaksud "tolong saya". perkataan Mydin yg tertera pd Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yg juga digelar besi berani. sebagaimana namanya magnet ialah besi yg berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. bagaimanapun orang yg diupah utk menarik kereta bukanlah magnet.

5. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. apabila cicak menyedari yg dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lg, atas alasan kalau takda ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer drp sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yg tersendiri sebenarnya.

7. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dr segi rupa bentuknya. tapi, walaubagaimanapun orang yg kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

8. Tahukah anda gunung berapi yg berusia 3 ratus tahun disahkan masih aktif utk meletup. tapi mengikut kajian ahli gunung, api eletrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama 3bulan.

9. Tahukan anda orang yg tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan, dan harta dunia ialah Orang Utan.

10. Tahukah anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi ia tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

11. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yg berupa kekenyangan. nasi ayam juga boleh digunakan sbg ubat utk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yg dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

sekian :)
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Thursday, May 27, 2010

tak ada telinga

seorang pemuda cedera parah dalam satu kemalangan ngeri. dia kehilangan kedua-dua telinganya dan merasa rendah diri atas kecacatannya itu. dengan wang pampasan yg diterima, dia memulakan perniagaan. dia kemudiannya bercadang mengambil pekerja sbg pembantunya. sesi temuduga pun bermula. calon pertama melepasi semua ujian yg dijalankan kecuali soalan yg terakhir.

"awk perasan tak ada sesuatu yg ganjil pada saya?" tanya pemuda itu.

"oh...awk tak ada telinga, " jawab calon tadi spontan.

pemuda itu sedih dgn jawapan berkenaan dan menolak calon tersebut. calon kedua lebih baik drp calon pertama dan seperti sebelumnya pemuda itu akan bertanya soalan yg sama utk mengakhiri sesi temuduga. tetapi jawapan yg diterima sama spt calon pertama. hatinya bertambah sedih dan menolak calon tersebut.

akhirnya dia berpuas ati dgn calon ketiga dan kemudiannya menguji calon tersebut dgn soalan yg sama.

"awk nampak tak sesuatu yg ganjil pd muka saya?" tanya pemuda itu.

"ya! awk pakai kanta sentuh," jawab calon ketiga.

"wow! menarik tu, mcm mane awk tahu?" tanya pemuda itu, terkejut.

"kerana awk tak boleh pakai cermin mata sebab tak ada telinga, " balas calon itu sambil ketawa terbahak-bahak.



p/s : cerita ini tidak berkenaan dgn sapa2 pun, sama ada yg masih hidup atau yg dah meninggal dunia
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

ujian air kencing

sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Farid sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Farid.

Shan : Kenapa menangis?
Farid : Saya datang utk ujian darah
Shan : Awk takut ke?
Farid : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah memotong jari saya

Mendengar penjelasan Farid, Shan pula menangis.

Farid : Eh, kenapa pula awk menangis?
Shan : Saya datang utk ujian air kencing....


salam.
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Tuesday, May 25, 2010

'Abah' terima Anugerah Naib Canselor UiTM

TUESDAY, MAY 25 2010

salam readers dan followers sekalian. selepas beberapa hari tak update, hari ni dela nak berkongsi tentang kejayaan seorang bapa mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sehingga memperoleh anugerah Naib Canselor Uitm. huhu, anugerah tu susah nak dapat, tp bg yg berusaha dan dapat dekan every sem, semuanya tidak mustahil. jom, kita ikuti ceritanya. moga2 kejayaan nya ini menjadi contoh dan pembakar semangat kpd yg lain terutamanya bg yg berpangkat bapa yg sedang menuntut ilmu.

Bapa tiga anak berusia 44 tahun bukti umur tak halang kejayaan

SHAH ALAM: "Panggilan abah oleh pelajar lain yang jauh lebih muda dianggap sebagai cabaran untuk saya mencatat keputusan cemerlang kerana perlu menjadi contoh kepada mereka yang dianggap seperti anak sendiri," kata Jefri Adam, 44, penerima Anugerah Naib Canselor Konvokesyen ke-72 Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

Saturday, May 22, 2010

tag pertama untuk dela!

salam readers n followers sekalian. ha, ni first time dela kena tag. kalau kaizer first time dapat tag sejak blognya ditubuhkan awal bulan 2 tahun ni, dela pulak first time ditag sejak blog dela ni beroperasi akhir bulan 4 tahun ni. huhu, dela ni beginner. jadi, dela amat mengharapkan panduan dr yg lebih senior dlm blogging ni.
ok2 ni soalan2 tag yg dela kena jawab. ni just for fun je, btol tak kaizer? hehehe.

3 names in your message inbox:
Mr. Right
Mr. Right
Mr. Right
laa orang sama ke..


Your Ringtone:
SHINEE- Stand By Me
hehe, alaa lagu dlm cite bof tu..


What u did at 12 last night?
erm, blogging, studying, and messaging

Who was the last person you went out with? Where?
last person? emm, haa mak n kakak, kitorang kuar g bandar together gether

The colour of the T-shirt you're wearing now :
eh kenapa nak tau..hehe dark green

The last thing u did:
makan kerepek pisang..hehe ade yg terliur ke, ke tak? tak ehh,,

3 of your everyday favorite items:
my lappy
my handphone
em satu lagi ape ek. haa my bed. laa betol la, kan tido hari2..


The color of your bedroom:
putih, putih, dan putih ;p

How much money in your wallet now:
saya takde wallet..kui3

How's life?
so far, Alhamdulillah lah..still waiting n waiting for true happiness n success

Your favorite song:
dulu suke layan lagu nustan, pahtu sekarang suka lagu nasyid. yg lain2 tu dela dengar ala kadar je..he he

What will you do next week:
mcm biasa, mcm tak biasa..except for daily routines, other plan tu not sure yet ;p

When was the last time you saw your mum:
tadi,

Where is she now?
kat umah, dgn sy,,,

When was the last time you talked to your parent?
lepas maghrib td,

Who is the last that talked with you last night:
my mom..;p

Where did you have dinner last night
dalam bilik, kui3 kantoi makan dlm bilik!

The last surprise you got.
apa ek, dah lupe, dah lama dela xdapt adiah. em, haa. minyak wangi silky gurl dr si dia ;p

Last thing you borrowed from your friend:
apa ek, rase xde, dah pulangkan semua, dela lupa la, knp tny soalan mcm ni,,

Who is your bf/gr or husband/wife?
my bf is lelaki

What do you feel now?
rase biasa aja, knp nak tau ni,,

Who knows your secret?
diriku, dan semestinya Penciptaku, ALLAH SWT

They keep your secret??
ALLAH JUA MAHA MENGETAHUI

Are you angry with someone?
setuju gn kaizer, rasa sakit hati dengan group yg menghina Nabi Muhammad SAW.kat fb. ade ke peg wat group hari melukis nabi muhammad? sapa tak marah,:( [btol ke nama group tu, lau salah betulkan. ah xpyh betulkan lah, menyampah tol gn group 2!]

What do you order at McD:
dah lama dah tak hinggap kat restoran McD,,sape2 nak belanja silakan,,

The last time you feel so sad..
em entahlah, banyak bende yg buat sy so sad,,sy ni penyedih sket orgnya..sob3

ok itulah dia jawapan2 ikhlas+selamba dr dela. harap korang enjoy. nti dela tag ek sape2, em camnilah, sape2 yg baca post ni kire dielah yg ditag. aci tak macam tu, aci tak ni???? aci lah tu.

ok, salam dr dela. selamat berblogging!
Terima Kasih Sudi Membaca ! Singgahlah lagi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...