Assalamu'alaikum semua. Alhamdulillah, dengan izinNYA dela tergerak juga hati untuk kembali update belog yang sudah bersarang ni. Entri terakhir ialah pada 25 Mei 2012. Hari ini 9 Januari 2015 (hari ni Jumaat, jangan lupa Al-Kahfi dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi :D) dela kembali dalam dunia belog. Walaupun tidak seaktif dulu barangkali.
Alhamdulillah, dela telah pun tamat belajar di Upm, sekarang menunggu panggilan temuduga sambil mencari kerja. Nak kembali menulis di belog ni makan masa juga sebenarnya. Nak kena kumpul semangat tu balik. Azam tu kena ada. Haa bercakap mengenai azam, apa azam tahun baru korang? Dela baru perasan dela tak buat lagi senarai azam tahun baru, padahal tahun baru bagi kita (1 Muharam) dah lama berlalu. Hehe (dah mula berfikir azam apa nak capai tahun ni)..azam tahun lepas dah ke laut rasanya :P
Sahabat-sahabat, tiada apa yang lebih menenangkan hati selain daripada mengingati ALLAH. Kita ingat kat DIA, insyaALLAH hati tenang. Nak mintak apa-apa, DIA dah pesan, mintak kat DIA, jangan mintak dengan manusia. Berdoa padaNYA, nescaya DIA akan makbulkan. Begitulah penyayangnya Sang Pencipta, yang sentiasa ada untuk kita. Tapi kita time susah saja ingat padaNYA. Bila sudah senang sikit? Membaca pelbagai cerita mengenai banjir, menatap puluhan gambar mengenai bah di media sosial mahupun elektronik, membuatkan kita dapat merasai azab yang ditanggung oleh mangsa-mangsa. Seolah-olah kita juga di sana. Bah besar atau tsunami kecil seperti yang disebut setengah pihak di Kelantan adalah antara yang terburuk berlaku di bumi serambi Mekah itu. Antara yang terburuk. Dulu zaman datuk nenek kita iaitu sekali pada 1927, sekali lagi Bah Merah melanda pada 1967. Dan penghujung 2014 bumi Kelantan kembali 'disapa' bah. Kita dapat baca 'penderitaan' mangsa yang terlibat. Pada masa ni jika diamati, hampir semuanya ingat kat ALLAH, mengingatiNYA dengan dzikir yang tidak lekang di mulut. Which is a very good deed. Tapi kalau boleh, SENTIASALAH ingat ALLAH. Maksud saya, time dah senang sikit pun kena ingat DIA jugak.
Kita maklum bahawa solat itu wajib. Walau macam mana sekalipun, solat tetap solat. Time banjir pun kena solat, dan ada cara-caranya. Ada ustaz-ustaz yang berkongsi dan mengajar kaedah solat semasa darurat seperti itu. Tetapi masih ada yang memperlekehkan, masih ada yang acuh tak acuh. Bila situasi dah ok sikit, dah tak ingat dah kat ALLAH. Duk fikir kebendaan, keduniaan. Solat nantilah, lepas ni lah. Dibelakangkan nya Sang Pencipta. Sedih!
Namun, dela tak sangkal masih wujud insan-insan mulia yang sentiasa meletakkan ALLAH di hadapan. Buktinya, insan yang solat di tepi landasan keretaapi, insan yang bila nampak team bantuan banjir datang dia tanya ada telekung tak. Betapa dia mengutamakan auratnya. Betapa dia menjaga hak ALLAH. Tapi tidak bolehlah kita menyalahkan mangsa-mangsa totally kerana kita bukan di tempat mereka. Namun, syariat tetap kena jaga. Ini semua ujian ALLAH, DIA nak tengok macam mana kita jaga apa yang dituntut dalam agama. Bab aurat, solat semua tu.
Dela pun manusia biasa, pernah culas. Dan dela sangat malu dengan ALLAH atas dosa yang dilakukan, dan Alhamdulillah digerakkan hati memohon ampun dan bertaubat atas kesalahan dilakukan. ALLAH sayang hambaNYA, tapi hambaNYA? Sentiasalah kita jaga solat, agar teguh iman kita. Agar kita tidak tergugat time dajjal datang kat kita nanti. Hari pertama dajjal muncul, tempohnya adalah seperti setahun, kata Nabi. Betul-betul 354 hari, bukan sekadar kiasan. Para sahabat bertanya Ya Rasulullah, adakah kena solat masa tu? Nabi kata solat tetap solat. Macam mana nak solat kalau sehari panjang dia macam 354 hari? Nabi suruh kita anggarkan waktu solat, antara satu waktu dengan waktu yang lain. Lihat, time kemunculan dajjal pun Nabi kata wajib solat. Time kemunculan dajjal, sahabat! Fitnah paling besar atas muka bumi ni. Kalau sekarang pun kita main-main, sambil lewa, acuh tak acuh pasal solat, agak-agak bagaimanakah kita masa dajjal muncul nanti? ALLAHUROBBI. Semoga kita semua dibawah lindungan ALLAH.
Iman kita bukan selalu naik dan bukan selalu turun, dia akan naik dan turun. Berdoalah semoga hati kita ditetapkan dalam agama Islam. Berdoalah semoga kita semua dapat bertaubat sebelum ajal menjemput! Aaminn. Dan marilah kita beristighfar selalu. Tak susah pun, dan tak perlu bayar pun.
Semoga ALLAH mengampunkan dosa kita semua.
Terima kasih semua sudi menjengah lagi ke belog dela. Assalamu'alaikum :D